Masyarakat antarabangsa

istilah luas mengenai kumpulan orang dan pemerintah dunia yang berkongsi nilai dan idea bersama

Masyarakat antarabangsa (Jawi: مشاركت انتارابڠسا - juga Mal. komuniti antarabangsa كومونيتي انتارابڠسا, Ind. komunitas internasional كومونيتاس اينترناسيونل) adalah ungkapan yang digunakan dalam geopolitik dan hubungan antarabangsa untuk merujuk kepada sekumpulan orang dan pemerintah dunia yang luas. Ia tidak secara harfiah merujuk kepada semua bangsa atau negara di dunia. Istilah ini biasanya digunakan untuk menyiratkan adanya pandangan umum terhadap perkara-perkara seperti isu-isu hak asasi manusia yang spesifik. Aktivis, ahli politik dan pengulas sering menggunakan istilah tersebut untuk meminta tindakan diambil; misalnya, tindakan terhadap apa yang menurut mereka penindasan politik di negara sasaran.[1]

Istilah ini biasanya digunakan untuk menyiratkan kesahan dan kesepakatan untuk sudut pandang mengenai isu yang dipertikaikan; misalnya, untuk meningkatkan kredibiliti suara majoriti dalam Perhimpunan Agung PBB.[2]

Kritikan sunting

Noam Chomsky menuduh bahawa penggunaan istilah tersebut dipergunakan merujuk khusus kepada Amerika Syarikat dan sekutu serta negara bonekanya, serta sekutu di media negara-negara tersebut.[3][4][5] Cendekiawan dan akademik Britain, Martin Jacques berkata: "Kita semua tahu apa yang dimaksudkan dengan istilah 'masyarakat antarabangsa', bukan? Ia sudah tentu merujuk kepada dunia Barat, tidak lebih, tidak kurang. Menggunakan istilah 'masyarakat antarabangsa' adalah cara memartabatkan Barat, mengglobalisasikan Barat, serta menjadikan ia kendengaran lebih dihormati, lebih lazim dan keatasan."[6]

Samuel P. Huntington menyatakan istilah ini adalah gantian eufemik dari konsep dunia bebas yang digunapakai sebelumnya.[7]

Masyarakat antarabangsa turut disifatkan 'gagal' atau lambat dalam menangani isu-isu penting, seperti konflik di Palestin dan pembunuhan beramai-ramai di Bosnia.[8][9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Byers, Michael; Nolte, Georg (29 Mei 2003). United States Hegemony and the Foundations of International Law (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 30. ISBN 9781139436632.
  2. ^ Danilenko, Gennadiĭ Mikhaĭlovich (1993-01-01). Law-Making in the International Community [Pembuatan Undang-Undang dalam Masyarakat Antarabangsa] (dalam bahasa Inggeris). Martinus Nijhoff Publishers. m/s. 204. ISBN 0792320395.
  3. ^ "The Crimes of 'Intcom'" [Jenayah 'Intcom'] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2020-08-02.
  4. ^ "Israel, US violators of international law, says Noam Chomsky" [Israel, AS yang melanggar undang-undang antarabangsa, kata Noam Chomsky]. The News Tribe (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Noam Chomsky on Iran" [Noam Chomsky tentang Iran] (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Martin Jacques. "What the hell is the international community?" [Apa kejadahnya itu masyarakat antarabangsa?]. the Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Huntington, Samuel P. The Clash of Civilizations, 72 Foreign Aff. 22 (1992–1993)
  8. ^ "Masyarakat antarabangsa boleh bantu hentikan kekejaman Israel". Bernama. Sinar Harian. 21 Januari 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2020.
  9. ^ "25 tahun tragedi Srebrenica: 'Kegagalan ini menghantui kita selamanya' - PBB". Astro Awani. 11 Julai 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2020.