Masyhur merupakan album studio kelapan oleh penyanyi Noraniza Idris yang diterbitkan pada 01 Jun 1998. Masyhur memuatkan lagu-lagu seperti Dikir Puteri, Zapin Pusaka, Joget Berkias Kasih dan Dondang Dendang. Album ini mendapat sambutan menggalakkan apabila terjual 80,000 ribu unit dalam masa enam bulan dipasarkan. Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Album ini telah memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6 (1999) dan turut tercalon untuk kategori utama Album Terbaik. Kemenangan kali ini merupakan kemenangan kedua Noraniza selepas album Ala Dondang. Secara tak langsung, menerusi penghasilan dua album tersebut, Noraniza mengumpul dengan lebih ramai lagi pengikut dan peminat lagu-lagu pop tradisional. Pak Ngah dan S. Atan selaku penerbit album ini.

Masyhur
Album studio oleh Noraniza Idris
Dikeluarkan pada1 Jun 1998[1]
GenreIrama Malaysia
Masa50:17
SyarikatSuria Records
PenerbitPak Ngah • S. Atan
Kronologi Noraniza Idris
Ala Dondang
(1997)
Masyhur
(1998)
Molek
(1998)
Single daripada album Masyhur
  1. "Dikir Puteri"
    Dikeluarkan pada: 1 Jun 1998 (1998-06-01)
  2. "Zapin Pusaka"
    Dikeluarkan pada: 19 Julai 1998 (1998-07-19)
  3. "Joget Berkias Kasih"
    Dikeluarkan pada: 14 September 1998 (1998-09-14)
  4. "Dondang Dendang"
    Dikeluarkan pada: 7 November 1998 (1998-11-07)

Ringkasan albumSunting

Masyhur diperkaya dengan khazanah budaya juga bahasa ibunda kita. Tiap lagu yang terkandung dipelbagaikan dengan bermacam-macam jenis muzik tradisional antaranya Zapin, Ghazal, Inang, Gambus Zapin, Joget, Asli Inang, Rodat, Masri, Dikir Barat dan Asli. Noraniza juga abadikan sebuah gurindam yang hanya pernah didengar namanya namun sukar didengar iramanya. Kali ini Noraniza bekerjasama sekali lagi bersama Pak Ngah untuk penghasilan lagu-lagu yang berkonsepkan dikir barat dan rodat seperti Dikir Puteri dan Dondang Dendang. Turut sama terlibat dalam album ini adalah S. Atan, Ahmad Jusoh, Fadzil Ahmad, Anak Sarawak dan Kazar Saisi.

Senarai runutSunting

  1. "Gurindam Masyhur"
  2. "Dikir Puteri" (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)
  3. "Joget Berkias Kasih" (S. Atan / Siso)
  4. "Permata Kasih" (S.M. Noor / Nurul Asyiqin)
  5. "Lat Tali Lat" (Kazar Saisi / Kazar Saisi)
  6. "Zapin Pusaka" (Fadzil Ahmad / Megamutiara)
  7. "Di Anjung Rindu" (Rahim Jantan / Nurul Asyiqin)
  8. "Joget Mengidam Rindu" (Raja Kobat / Raja Kobat)
  9. "Dendang Anak" (Ahmad Jusoh / Ahmad Jusoh)
  10. "Kisah Satu Malam" (Anak Sarawak / Hairul Anuar Harun)
  11. "Dondang Dendang" (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)

PencapaianSunting

Anugerah Industri Muzik 1999

  • (Menang) Album Pop Etnik Terbaik
  • (Dicalonkan) Album Terbaik

RujukanSunting