Mat bin Hassan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Hassan ialah seorang guru pendidikan serta ahli politik di Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Tempat terakhir beliau bertugas sebelum meletakkan jawatannya untuk bertanding ialah di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kayang di Behor Lateh. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

Haji

Mat bin Hassan
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Kuala Perlis
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului olehBakar Saad
Digantikan olehNor Azam Karap
Majoriti2,521 (2008)
1,254 (2013)
Butiran peribadi
Lahir (1963-03-23) 23 Mac 1963 (umur 61)
Kuala Perlis, Perlis
Parti politikBarisan Nasional
[1]

Kerjaya politik sunting

Anak watan Kampung Kuala, Kuala Perlis ini merupakan satu-satunya calon N9 Kuala Perlis yang memang berasal di kawasan tersebut.[1]

Dalam pilihan raya umum ke-12, beliau menang bertanding menentang calon PAS, iaitu Ustaz Tajuddin Omar.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Mat bin Hassan". Barisan Nasional. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2013.
  2. ^ Ahli Dewan Undangan Negeri, SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI