Mat Kilau
Mat Kilau (Jawi: مت كيلاو ; lahir Mat Kilau bin Imam Rasu sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam, Jawi: مت سيام ; 1865 - 16 Ogos 1970, merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[2]
Mat Kilau | |
---|---|
Kelahiran | Mat Kilau bin Imam Rasu 1865 |
Meninggal dunia | 16 Ogos 1970 (umur 104–105) |
Nama lain |
|
Terkenal kerana | mempertahankan tanah air terhadap campur tangan dari penjajah British di Pahang |
Pasangan |
|
Ibu bapa | Tok Gajah Teh Mahda Tok Kaut |
Kehidupan
Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada tahun 1865 di Kampong Pulau Tawar, Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau dikatakan mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[3]
Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong.[3] Imam Daud ialah seorang guru agama di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.[perlu rujukan] Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.[3] Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.[perlu rujukan]
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.[perlu rujukan]
Sejarah perjuangan
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.[penjelasan lebih lanjut diperlukan] Beliau dikatakan suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau dikatakan sebagai seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Antara pengikut Mat Kilau yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.[4]
Buruan British dan persembunyian
Khabar yang menyatakan Mat Kilau maut tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka", iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".[5] Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.[6] Akan tetapi, apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Sebaliknya, disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris, Mat Kilau terpaksa mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga menukar namanya beberapa kali, dengan nama akhirnya ialah Mat Siam.[7]
Keluar dari persembunyian
Dalam bulan Disember 1969, Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, keluar daripada persembunyiannya dan memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut.[4] Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,[8][9] Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.[10]
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Munchul-nya Mat Kilau (EYD: Jawatankuasa Penyiasat Munculnya Mat Kilau).[11] Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.[12][catatan 1] Beberapa orang telah ditemu ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.[14][15]
Pada 24 April 1970,[16] Mat Kilau telah memberikan kebenaran kepada pihak Utusan Melayu untuk menerbitkan kitab kepunyaan beliau, Kitab Mat Kilau, sebuah kitab kompilasi doa dan amalan mistik seperti ilmu kebal dan penguat diri. Berdasarkan buku itu, kitab ini ditulis beliau, dan diserahkan bagi jagaan kerabat diraja Kelantan dalam persembunyiannya sebelum diserahkan kepada Utusan Melayu bagi penerbitan kepada masyarakat awam. Orang terakhir yang diamanahkan menyimpan kitab ini ialah Wan Alim bin Wan Hasan, murid Menteri Besar Kelantan Nik Mahmud bin Nik Ismail yang turut menerbitkan kitab ilmu kebal.[17]
Kematian
Pada hari Sabtu 15 Ogos, beliau telah dilaporkan berada dalam keadaan tenat.[18] Setelah sepuluh hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, pada hari Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi,[catatan 2] Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar, Jalan Kuantan–Gambang kerana keuzuran.[20][21] Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun[22] namun menurut buku laporan jawatankuasa penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia ketika berusia 104 tahun.[23][24] Beliau kemudiannya dikebumikan di Kampung Kedondong.[24] Kenduri arwah tujuh hari untuk beliau telah diadakan pada malam Isnin 23 Ogos di Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan dihadiri oleh kira-kira 1,200 orang.[25]
Legasi
Sebuah galeri yang menempatkan artifak peninggalan beliau dibuka kepada orang awam di Jerantut pada 30 September 2015.[26]
Dalam budaya popular
Satu filem bertajuk Mat Kilau berdasarkan kehidupannya telah difilemkan pada April 2018. Filem ini diterbitkan oleh Studio Kembara, dan mula ditayangkan pada 23 Jun 2022. Filem ini diarahkan oleh pelakon serta pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau.[27][28] Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Zarina Zainoordin, Farah Ahmad, pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan pelakon baru, Ali Karimie.[29] Filem ini kemudiannya menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia.
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2022 | Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2022 | Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 1444 Hijrah | Mat Kilau [Muhammad Khatib Rasu Abd Salam] | Menang |
Catatan
- ^ Terdapat juga laporan berita yang menyatakan tarikh pembentukannya jatuh pada 5 Januari 1970[13]
- ^ Pada 1 Disember 1981, zon waktu Malaysia telah ditukar oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, daripada +7.5 jam kepada +8 jam.[19] Jadi, mengikut waktu Malaysia sekarang, kematiannya berlaku pada pukul 7.15 pagi.
Rujukan
- ^ Kim & Clifford 1961, m/s. 154-160, Enclosure 9.
- ^ Bakar Ya'akub (16 Ogos 1970). "Beribu tiba ziarahi jenazah Mat Kilau". Berita Harian Singapura (diterbitkan 17 Ogos 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ a b c "Makam Mat Kilau". pdtjerantut.pahang.gov.my/. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2020. Dicapai pada 17 Jun 2020.
- ^ a b "Mat Kilau, Gov". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29. Dicapai pada 2012-07-03.
- ^ "THE PAHANG REBELS CAUGHT AT LAST" [Pemberontak Pahang Akhirnya Ditangkap Jua.]. The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (dalam bahasa Inggeris). 21 Oktober 1895. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "The Sheriff and Deputy Registrarship of Penang" [Sheriff dan Pemangku Pendaftaran Pulau Pinang.]. Mid-day Herald (dalam bahasa Inggeris). 22 Oktober 1895. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Malaysian National News Agency :: BERNAMA". web.archive.org. 2010-06-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-10. Dicapai pada 2022-07-24.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "KESATRIA AGONG, 132 TAHUN, MUNCHUL DI-PEKAN". Berita Harian Singapura (diterbitkan 28 Disember 1969). 27 Disember 1969. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Mat Kilau atau Mat Siam?". Berita Harian Singapura (diterbitkan 29 Disember 1969). 28 Disember 1969. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Abu Bakar Ya'akub (28 Disember 1969). "Akuan 'Mat Kilau' di-masjid: Ahli2 sejarah berpendapat Mat Kilau meninggal". Berita Harian Singapura (diterbitkan 29 Disember 1969). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Bakar Ya'akub (5 Januari 1970). "Siasat: Izin rasmi Sultan". Berita Harian Singapura (diterbitkan 6 Januari 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Laporan Jawatan Kuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau 1970, m/s. 1.
- ^ Jaafar Hussin (20 Januari 1970). "SHOR SUPAYA J-KUASA MAT KILAU JADI BADAN TETAP". Berita Harian Singapura (diterbitkan 21 Januari 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Bakar Ya'akob (6 Ogos 1970). "Sah sekarang: Kerajaan Pahang akui Mat Kilau". Berita Harian Singapura (diterbitkan 7 Ogos 1970). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Mat Kilau: Kerajaan sahkan". Berita Harian Singapura (diterbitkan 8 Ogos 1970). 7 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Lim Kit Siang ditahan". Utusan Malaysia. 25 April 2021. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
- ^ Kitab Mat Kilau کتاب مة کيلاو. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. 1970.
- ^ "MAT KILAU SAKIT TENAT". Berita Harian Singapura (diterbitkan 16 Ogos 1970). 15 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (2013). "Pemuliharan Artifak Jam Matahari". Dalam Mat Rofa Ismail (penyunting). Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 86. ISBN 978-967-488-030-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ "Perwira Mat Kilau di-ingat". Berita Harian Singapura (diterbitkan 17 Ogos 1970). 16 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Mat Kilau meninggal". Berita Harian Singapura (diterbitkan 18 Ogos 1970). 17 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "'Mat Kilau Pejuang Yang Dilabelkan Pemberontak' , 22 Ogos, 2006, Oleh Tuan Sharifah Shahaini dan Zafri Razali". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2012-07-03.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaberitaharian19700808
- ^ a b Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 235.
- ^ "Kenduri aruah Mat Kilau". Berita Harian (diterbitkan 25 Ogos 1970). 24 Ogos 1970. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Galeri Mat Kilau dibuka kepada orang ramai". Utusan Online (diterbitkan 1 Oktober 2015). 30 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-06. Dicapai pada 9 Jun 2020.
- ^ Aref Omar (8 Mac 2018). "Syamsul to direct Mat Kilau biopic". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
- ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
Buku
- Kim, Khoo Kay; Clifford, Hugh (1961). "[Expedition to Trengganu and Kelantan]". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 34 (1 (193)). ISSN 2304-7550 – melalui JSTOR.CS1 maint: ref=harv (link)
- Laporan Jawatan Kuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau (Laporan). Kuantan, Pahang: Sharikat Perchetakan Inderapura Sdn. Berhad. 1970. OCLC 829454821.
- Aeby Muara (1970). Mat Kilau: satu churat churit ka-arah pengesahan-nya. Singapore : International Arts. OCLC 12002873.CS1 maint: ref=harv (link)
- Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)
- Talib Samat (2007). Jejak pahlawan Mat Kilau: tokoh pahlawan nasional. Bukit Mertajam, Pulau Pinang: Goal Intelligent. ISBN 978-983-373-023-0. OCLC 197316865.CS1 maint: ref=harv (link)