Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

Filem biografi sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof berdasarkan skrip karangan beliau sendiri bersama Shahruddin Mt Dali untuk terbitan Studio Kembara.[1][2] Filem ini dibintangi oleh Adi Putra sebagai tokoh watak senama Mat Kilau dan perjalanan bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya berjuang mati-matian menentang penjajahan British suatu ketika dahulu. Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As'ari menjayakan bersama sebagai pelakon pembantu.[3][4][5]

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
PengarahSyamsul Yusof
Lakon layar
  • Shahruddin Dali
  • Syamsul Yusof
Dihasilkan oleh
  • Abdul Rahman Dali
  • Shahruddin Dali
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyamsul Yusof
Muzik olehSantosh Logandran
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 23 Jun 2022 (2022-06-23) (Malaysia, Singapura & Brunei)
  • 31 Ogos 2022 (2022-08-31) (Indonesia)
Masa tayangan
117 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM8 juta
Pecah panggungRM97 juta

Idea untuk mengarahkan filem ini mula diutarakan oleh Syamsul pada 2017, setelah menerima tawaran daripada Studio Kembara untuk menghasilkan filem ini, selepas pengarah terdahulunya menarik diri. Penggambaran dijalankan di Perak, Pahang, Melaka dan Selangor selama 100 hari pada 2018, dengan kos pembikinan sebanyak RM8 juta. Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei pada 23 Jun 2022.[6]

Filem ini menerima ulasan yang sangat positif dari penonton, dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM97 juta, hanya dalam tempoh 40 hari ditayangkan, menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia (termasuk filem-filem tempatan dan antarabangsa) bagi tahun 2022,[7][8] sekaligus mengatasi Avengers: Endgame (2019, kutipan RM87.5 juta), sebagai filem dengan kutipan tertinggi keseluruhan dalam sejarah tayangan pawagam Malaysia, di samping mengatasi rekod Munafik 2 (2018, kutipan RM48 juta), juga arahan Syamsul sendiri, sebagai filem tempatan paling laris.[9][10][11][12]

Filem ini diberikan ulasan sederhana daripada banyak pengulas filem, namun ia menimbulkan kritikan dan kontroversi mengenai penggambaran watak-watak bukan Melayu serta motif filem tersebut yang menggalakkan penyebaran ideologi ketuanan Melayu secara terang-terangan.[13][14][15]

Plot sunting

Filem ini berlatarkan akhir abad ke-19, di sebuah petempatan di Pahang. Ketika ini, sekumpulan pihak British yang diketuai seorang kapten tentera bernama Syers, sambil diiringi oleh Toga, seorang pembunuh upahan British asal Borneo, serta sekumpulan tentera British Sikh, sedang memburu tiga orang pahlawan atas kesalahan khianat. Akan tetapi, serbuan ini bertukar ganas dengan para tentera membunuh penduduk begitu sahaja, sehingga memaksakan ketiga-tiga pahlawan tersebut untuk menyerah diri, sebelum dihantar ke tahanan. Pada masa ini, pihak British mula mengeksploitasikan sumber bumi Pahang, demi merancang untuk meluaskan kuasa mereka. Tujuan dan cara perluasan kuasa British yang disifatkan melampau itu, merisaukan para pembesar tempatan, dan dengan itu, mula menentang penjajah British.

Di Pulau Tawar, Mat Kilau sedang menjalani latihan bersama rakan-rakannya. Kerana kemahiran dalam pertempuran yang hebat, ini menandakan bahawa Mat Kilau dan rakan-rakannya bersedia untuk menentang penjajah British. Mereka kemudiannya datang ke rumah Usup untuk mempelawanya menyertai pasukan mereka, tetapi ditolak kerana ingin menjaga ayahnya yang keuzuran. Sementara itu, di sebuah kawasan perlombongan emas Kuala Tembeling, para pahlawan yang ditahan itu dibawa ke penjara British. Perbincangan diadakan pada kalangan pembesar Melayu untuk melantik ketua pahlawan Melayu bagi menentang penjajah British menjadi tegang, sehinggakan Mufti Bottoqh membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan satu lawan satu antara Mat Kilau dan Mat Lela. Setelah selesai perlawanan tersebut, Mat Kilau, anak kepada Tok Gajah, dipilih oleh para pembesar sebagai ketua pahlawan, tetapi rakannya, Awang naik angin kerana tidak dipilih. Bertitik-tolak daripada itu, Mat Kilau dan Awang mula bertengkar dan berpisah. Ketika berpisah, Awang terserempak dengan pihak tentera British yang sedang memunggah bekalan senapang. Sementara itu, Wahid pula mengalami konflik dengan isterinya, Rokiah yang sarat mengandung, kerana sering berdampingi Mat Kilau, berbanding dengan isterinya sendiri.

Sementara itu, pihak British mula melaksanakan sistem percukaian baharu di kawasan taklukan, dengan kutipan dilakukan oleh para tentera. Namun begitu, kadar percukaian adalah di luar kemampuan mereka, sehingga para tentera bertindak memeras ugut penduduk. Ketika itu, Mat Kilau datang lalu menyerang para tentera, seorang demi seorang. Akan tetapi, Awang pula tiba dan bertengkar dengan Mat Kilau, sehingga Syers yang kedengaran tentang berita tersebut, berkepeningan atas apa yang terjadi. Syers kemudiannya mempelawa rakan saudagarnya, Goh Hoi untuk memujuk seorang pembesar tempatan, Pak Deris, bapa kepada salah-satu pahlawan yang ditahan oleh tentera British pada awalnya, untuk menjadi pengintip dengan jaminan anaknya akan dibebaskan.

Toga mendapat maklumat bahawa orang yang membuat kacau di jeti adalah Mat Kilau dan beliau berasal dari Pulau Tawar. Selepas kejadian di jeti, British mula memburu Mat Kilau, tetapi membawa kepadanya konflik yang mengorbankan warga tempatan. Mat Kilau muncul sekali lagi dan menyerang tentera sehingga Syers dan Toga hampir dibunuh. Walau bagaimanapun, Awang pula datang lalu menyuruh Mat Kilau untuk melepaskan Syers, dengan hujah bahawa membunuhnya hanya akan memburukkan keadaan. Kemudian, sedar akan kelengkapan persenjataan British, Awang dan rakan-rakannya berhasrat untuk merampas senjata mereka secara sulit untuk memperoleh kelebihan, tetapi ditentang oleh Mat Kilau kerana risiko lanjut yang boleh melanda. Meskipun begitu, rampasan tetap dilakukan dan berjaya. Rampasan itu membuatkan Syers naik angin, dan dengan ini, satu serangan besar-besaran dilancarkan, dengan jeti dan petempatan berdekatan dibakar. Tentera British dengan pembantu Toga, kemudiannya menyerbu rumah Wahid, dan Rokiah terbunuh dalam serbuan itu. Menyesal atas impak serangan balas tersebut, Awang memohon maaf kepada Mat Kilau atas perselisihan selama ini, dan mereka pun bersatu semula.

Wahid menyerang dan membunuh beberapa tentera British, tetapi tidak berjaya akibat ditumpaskan tentera-tentera lain. Usup datang ke persembunyian Mat Kilau dan membuat keputusan untuk menyertainya. Kemudian, Mat Kilau dan rakan-rakannya menyerbu senyap-senyap pada waktu malam ke sebuah kem British, untuk selamatkan Wahid yang ditahan oleh Toga. Gaya serbuan pada awalnya bersifat selinap, lalu bertukar menjadi serangan terbuka. Para tentera cuba menyerang, tetapi sukar untuk mengalahkan mereka disebabkan oleh gaya pertempuran mereka. Wahid yang dilepaskan, bertempur dengan pembantu Toga, yang bertanggung-jawab membunuh Rokiah. Di luar pula, pahlawan lain sedang berusaha menumpaskan para tentera, tetapi Usup telah menjadi tawanan kepada Toga, lalu menarik perhatian Mat Kilau dan rakan-rakannya yang lain. Toga kemudiannya membunuh Usup dengan mengelar lehernya.

Setelah seketika, mereka berundur ketika lebih banyak tentera British tiba. Mat Kilau, rakan-rakannya, serta beberapa orang penduduk tempatan bersembunyi di sebuah gua, untuk melakukan persiapan pertempuran, serta berjanji sumpah untuk bertempur. Sementara itu, Mat Kilau cuba memujuk penduduk-penduduk tempatan yang lain untuk menyertai perjuangannya, tetapi ditentang kuat kerana kacau-bilau yang diterbit susulan perjuangannya. Pada masa itu juga, kesangsian timbul bahawa ada pembelot dalam kalangan mereka, dengan Pak Deris akhirnya disyaki, sehingga beliau dikelilingi oleh Mat Kilau dan Wahid. Pak Deris kemudiannya dibawa ke pangkuan British, dan memberitahu tempat persembunyian Mat Kilau. Mat Kilau menasihati isterinya Yang Chik, untuk menjaga anaknya dan bersembunyi di dalam gua sehingga semua selesai.

Selepas itu, Syers dan tenteranya tiba di tempat persembunyian Mat Kilau, dengan para tentera diarahkan masuk ke belantara dan mencari para pahlawan. Namun begitu, setiap tentera dibunuh oleh perangkap sulit Mat Kilau, sehingga seorang tentera sahaja yang terselamat, berjaya pulang ke Syers untuk melaporkan hal ini. Dengan itu, Syers memulakan pertempuran terbuka terhadap Mat Kilau. Tanpa disangka, banyak penduduk tempatan tiba-tiba muncul melawan, lalu mewujudkan pertempuran yang besar. Ketika itu, Pak Deris membongkar bahawa beliau telah memperdayakan Syers ke dalam perangkap mereka, akibat dipengaruhi oleh Mat Kilau, lalu mengelar leher Goh Hoi, sehinggakan Syers naik angin lalu menembaknya. Selepas seketika, tentera British semakin kalah dalam pertempuran, sehinggakan Syers melarikan diri. Sementara itu, Mat Kilau bertarung satu-lawan-satu dengan Toga, disertai dengan Wahid selepas itu. Kemudiannya, Wahid dibunuh oleh Toga, dan Mat Kilau sempat mengalahkannya dengan tikaman di lehernya. Akhirnya, pertempuran dimenangi oleh penduduk tempatan, dan selepas itu, Mat Kilau berpesan kepada yang masih hidup bahawa kekuatan sebenar orang Melayu bukanlah pada kebudayaan mereka, tetapi pada Allah.

Barisan pelakon sunting

Pelakon-pelakon lain yang turut membintangi termasuk: Ahmad Hilmi Ishak sebagai Pembunuh Upahan British/Pembantu Toga, Qadaffy MT Aidala sebagai Buyung, Wan Suhaimi sebagai Kelubi, Megat Terawis sebagai Mat Hassan, Awie Bakri sebagai Haji Ali, Harith Haziq sebagai Omar, Mark Geoffrry sebagai JP Rodger, David Abraham sebagai Sir Hugh Cilfford, Dennis Arthur sebagai Profesor Cameron, Ravi Pattel sebagai Ghuram Singh, Fadil Mofadd sebagai Jumaat, Yus Simurai sebagai Tun Lela, Siraj Alsagoff sebagai Shidu, Muhamad Abd Hafiz sebagai Belalai, Abe Lagun sebagai Sukun, Kuetlaw sebagai Andak, Datuk Das sebagai Bapa Usup, Nizam J sebagai Mamat, Hilmee Alwi sebagai Lazim, Ahmad Hilmee sebagai Thong, Masher sebagai Sahak, Fudalillah sebagai Seman, Razib Salimin sebagai pelanggan warung dan Jobot sebagai pengikut Dato Bahaman (tidak dinamakan).

Penerbitan sunting

Pembangunan sunting

 
Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof (gambar pada 2016) dan merupakan filem pertama arahannya yang mana beliau tidak berlakon.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah filem pertama terbitan Studio Kembara. Ia merupakan filem ke-11 arahan Syamsul Yusof dan menjadi filem pertama arahannya yang mana beliau tidak berlakon dan juga filem pertama arahannya di bawah syarikat penerbitan lain, bukannya Skop Productions milik keluarganya.[16] Pada Ogos 2017, beliau mengumumkan hasratnya untuk mengarahkan sebuah filem epik mengenai sejarah pahlawan negara.[17] Beliau dipetik oleh Astro Awani sebagai berkata, "... perancangan masa hadapan, saya akan hasilkan satu filem berbajet besar, berkisarkan pejuang-pejuang bangsa seperti Mat Kilau dan Hang Tuah."[17] Syamsul menegaskan bahawa filem itu bukan diadaptasi daripada kisah sebenar Mat Kilau sewaktu menentang penjajah tetapi lebih berupakan inspirasi perjuangannya, sekaligus disuntik dengan unsur-unsur cereka dan konflik tambahan bagi memberi lebih warna terhadap jalan cerita sedia ada.[18]

Beliau sebelum ini telah menyahut cabaran bagi menggarap naskhah itu selepas beberapa syarikat penerbitan dan pengarah dikatakan gagal menyiapkan penggambaran filem sejarah serta perjuangan Mat Kilau.[19] Menurut Syamsul, Studio Kembara telah menghubunginya untuk mengarahkan filem biografi itu selepas projek itu terhenti. Beliau berkata: "Tetapi saya terpaksa bermula dari awal dan menjalankan penyelidikan sendiri. Saya akan menulis semula skrip juga. Nama saya dilampirkan pada ini, jadi saya mahu memberikan yang terbaik dan fokus pada cerita itu."[20] Pada malam gala filem KL Special Force di Petaling Jaya, Selangor pada 8 Mac 2018, Syamsul mengumumkan akan mengarahkan sebuah filem biografi sejarah yang berkisarkan tentang pahlawan Melayu, Mat Kilau.[20] Beliau berkata, bersyukur kerana diberi peluang untuk membawa nama tokoh besar yang kian dilupakan dalam filem epik pertama arahannya, namun mengakui filem ini tak boleh dibuat main-main, kerana ia merupakan tanggungjawab lebih besar buatnya.[21]

Studio Kembara, syarikat penerbitan yang diasaskan pada 2013 oleh pasangan adik-beradik – Haji Abdul Rahman Mt Dali[22] dan Shaharuddin Mt Dali, diberi tanggungjawab untuk menerbitkan filem ini selepas beberapa syarikat produksi menarik diri, sekaligus menjadi filem pertama terbitannya selepas hampir 10 tahun penubuhannya. Shahruddin berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip. Menurut Syamsul Yusof, sebanyak 90 peratus jalan cerita dan dialog filem Mat Kilau telah diolah dan ditulis kembali oleh beliau dan Rizal Ashreff; rombakan besar juga dilakukan untuk mengikut kehendaknya sebagai pengarah dan penulis.[23] Shahruddin berkata, pihaknya juga mendapat sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Skop Productions untuk menjayakan filem ini. Majlis pelancaran filem ini diadakan di Dataran Karyawan Finas pada 29 Mac 2018 dan disempurnakan oleh Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad dengan paluan gong sebanyak tiga kali.[21] Sebelum ini, Studio Kembara cuba menerbitkan Mat Kilau sebagai telefilem untuk siaran TV, namun gagal. Untuk projek ini, studio itu juga mengupah pengarah yang berbeza sebelum mengambil Syamsul sebagai pengarah. Studio Kembara juga telah membuat kajian mengenai filem ini selama 2 tahun, manakala Syamsul juga pernah berbincang dengan ahli sejarah yang pakar dalam sejarah Mat Kilau.[24]

Menurut pengasas Studio Kembara, Shahruddin, pihaknya juga sudah bertemu beberapa waris Mat Kilau dan Tok Gajah yang memberikan sokongan mereka sepanjang kajian untuk menghasilkan filem epik itu sebelum ini, sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan ia dihasilkan tanpa merujuk kepada ahli keluarga serta keturunan Mat Kilau dan Tok Gajah. Shahruddin dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata: "Kami bersama penulis skrip asal sudah membuat kajian selama dua tahun untuk menghasilkan filem ini. Jadi, adalah tidak benar jika ada pihak menganggap filem ini dihasilkan tanpa kajian."[25] Mohd Alhamadi Abu Bakar, cucu kepada Mat Kilau kemudian menjelaskan bahawa beliau berharap pihak menghasilkan filem Mat Kilau dapat menghasilkan cerita yang bukan sahaja terbaik dan bermutu, tetapi lebih penting mengikut jalan cerita sebenar dilalui datuknya, dan berharap supaya mereka lebih berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan fakta.[26]

Pemilihan pelakon sunting

Pelakon Singapura, Adi Putra dipilih menjayakan watak Mat Kilau, pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang.[24][27] Kata Syamsul, Adi dipilih bagi watak Mat Kilau oleh kerana "dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik."[28][18] Syamsul mengakui pengalaman bekerjasama dengan Adi dalam karya sebelum ini membuatkan beliau lebih yakin dengan kemampuan Adi.[28]

Adi kemudian berkata kepada mStar Online pada Jun 2022 bahawa beliau pernah menolak tawaran membintangi filem ini sebanyak dua kali, akhirnya bersetuju menerima tawaran tersebut selepas melihat kesungguhan Syamsul dan mahu mencabar dirinya untuk membawa nama tokoh tersohor itu. Beliau turut berterima kasih kepada Syamsul kerana memberinya peluang.[29] Adi juga mengakui menerima bayaran paling mahal untuk melakonkan watak Mat Kilau.[30]

Syamsul menjelaskan, beliau turut melamar M. Nasir dan Eman Manan untuk membintangi filem ini.[20] Pelakon dan artis seni bela diri Indonesia, Yayan Ruhian—yang terkenal dengan filem lakonannya seperti John Wick: Chapter 3 – Parabellum, Star Wars: The Force Awakens, Beyond Skyline dan The Raid—melakonkan watak sebagai Toga, pengawal peribadi Kapten Syers dalam filem itu. Beliau juga membuat koreografi adegan pergaduhan bersama Akmal dari Malaysia, yang mahir dalam silat dan pernah bekerja dalam filem Skop Productions yang lain.[24]

Barisan pelakon lain termasuk Fattah Amin sebagai Awang, Beto Kusyairy sebagai Wahid, Johan As'ari sebagai Yasin, A. Galak sebagai Pak Deris, pendatang baharu, Ali Karimie sebagai Berahim,[24] Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad, Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh, Namron sebagai Hj. Sulong, Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman dan Ellie Suriati sebagai Ibu Yassin. Watak Yang Chik pada asalnya ingin diberikan kepada Nadiya Nisaa, namun menarik diri kerana jadual kerjanya yang padat. Watak itu diberikan kepada Farah Ahmad, balu kepada pengarah dan penulis skrip, Pitt Hanif.

Penggambaran sunting

Penggambaran dijalankan pada 1 April 2018 dengan geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan oleh FINAS,[31] manakala selebih bakinya ialah daripada Studio Kembara. Menurut Syamsul, pihak produksi telah menghabiskan sedikit masa untuk membina jeti, pangkalan British dan lombong serta tapak pasar, di kawasan padang ragut di persisiran Sungai Perak di Kampung Teluk Bakong, Lambor Kanan, Bota, Perak.[24] Beliau menjelaskan: "Kita jangkakan penggambaran mengambil masa selama dua bulan dan melibatkan hampir 500 pelakon tambahan dan saya boleh katakan filem ini merupakan karya terbesar yang akan saya arahkan."[28]

Pada Ogos, penggambaran filem telah dihentikan akibat masalah dalaman sebelum bersambung semula dalam bulan Oktober.[32][33] Pada Jun 2020, dilaporkan bahawa penggambaran filem ini telah hampir selesai,[34] dan pada Februari 2021, filem ini telah dilaporkan siap, tetapi penayangannya terpaksa ditangguhkan angkara wabak COVID-19 yang melanda Malaysia.[35][36]

Pada 15 Mei 2022, kos sebenar pembikinan filem ini didedahkan menelan belanja RM8 juta. Filem Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.[37][38][39][40]

Tema dan gaya sunting

Pengkaji filem, Bilal Jailani berpandangan bahawa Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mampu membangkitkan rasa cinta kepada agama dan bangsa setanding filem dari Turki, Fetih 1453 (2012) kerana terdapat persamaan dari segi genre dan tema, namun mengakui ia "akan meniup rasa bangga dan patriotisme dalam diri penonton Malaysia" dan yakin "banyak mutiara kata dalam dialog filem itu yang menusuk kalbu dan berunsurkan nasihat yang membakar jiwa."[41][42] Penulis buku, Nisah Haron pula berkata antara mesej yang jelas ingin disampaikan dalam filem ini ialah mengenai kepimpinan berkualiti dan bertindak bukan dengan terburu-buru dalam melawan pihak musuh. Beliau yang merupakan penerima Hadiah Sasterawan Muda Mastera 2017 itu juga berpendapat penerbitan filem Mat Kilau sekurang-kurangnya memberikan sedikit dokumentasi masyarakat dahulu kala dan menggambarkan Mat Kilau ialah "wira kepada agama, bangsa dan tanah air."[41][42]

Daniyal Kadir, menulis untuk SelangorKini berpendapat bahawa "apa yang berlaku kepada filem Mat Kilau bukan sesuatu yang pelik kerana beliau membikin filem berasaskan peristiwa sejarah dan tokoh penting. Apa yang dijelmakan pengarah mungkin visi dan ilhamnya dalam menilai perjuangan Mat Kilau." Beliau turut berpandangan bahawa elemen seperti penggunaan senjata termasuk keris dan busana tidak melambangkan pahlawan Pahang dan dikatakan tidak memiliki jati diri yang diharapkan.[43] Bekas wartawan New Straits Times, Rohiman Haroon melihat filem ini sebagai sebuah naskhah aksi yang kekurangan fakta sejarah kerana "tidak menjejaki sejarah peribadi Mat Kilau dan perjuangannya." Beliau berpandangan bahawa filem itu "gagal menggambarkan eksploitasinya dalam memerangi tuan penjajah. Lebih penting lagi, filem itu tidak menyelidiki bagaimana Mat Kilau terselamat daripada pukat British sehingga kematiannya pada tahun 1970." Menurutnya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan hanyalah "sebuah filem aksi" dan juga berpendapat bahawa ia "tidak lebih, tidak kurang — sama seperti filem-filem Syamsul sebelum ini, Evolusi KL Drift dan KL Gangster, yang memperoleh pelbagai pujian dalam industri perfileman."[44] Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berpendapat bahawa mesej yang dibawa dalam filem ini membawa makna yang besar tentang kesusahan para pejuang kemerdekaan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan "menyuntik kembali semangat patriotik semua lapisan masyarakat Keluarga Malaysia,".[45][46][47]

Keluaran sunting

Tayangan sunting

Mat Kilau dikeluarkan pada 23 Jun 2022 di 90 pawagam seluruh Malaysia,[48] dengan pembukaan tayangan perdana filem ini di kebanyakan pawagam di seluruh negara mencatatkan penjualan tiket penuh.[49] Poster rasmi filem ini telah dipamerkan pada 13 Mei,[50] manakala treler rasminya telah dipertontonkan pada 16 Mei di saluran YouTube rasmi Studio Kembara.[51][52][53]

Majlis pratonton filem ini diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC), The Starling Mall, Petaling Jaya, pada tarikh sama. Syamsul bagaimanapun, tidak hadir di majlis pratonton filem itu.[54][55]

Filem ini dipertontonkan secara percuma pada 24 Julai 2022 di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, Kota Bharu, Kelantan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) dan dihadiri seramai 2,000 penonton.[56][57][58][59]

Filem ini juga telah ditayangkan di 200 pawagam di Indonesia dengan tajuk Kisah Mat Kilau Kebangkitan Pejuang pada 31 Ogos 2022 bertepatan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-65.[60][61][62][63]

Pemasaran sunting

Pada 8 Julai 2022, New Straits Times melaporkan bahawa filem Mat Kilau akan dipasarkan di negara luar menerusi projek Road To Oscars. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata kementerian sedang merancang untuk menerbitkan lebih banyak filem berdasarkan sejarah negara untuk pasaran antarabangsa.[64]

Syarikat perkhidmatan penstriman Amerika Syarikat, Netflix dikatakan telah memberi tawaran membeli hak penyiaran filem Mat Kilau dengan jumlah RM7 juta.[65][66] Bagaimanapun, Penerbit dan pengarah urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali, menafikan perkara itu. Menurutnya, pihaknya masih dalam proses perbincangan dengan Netflix.[67] Bagaimanapun, media telah melaporkan bahawa filem ini akan ditayangkan di Netflix pada September 2022, 14 hari bulan di Indonesia manakala 16 hari bulan di seluruh dunia.[68][69][70]

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh portal FlixPatrol, Mat Kilau menduduki carta Top 10 di hampir 20 buah negara setakat 22 September 2022, antaranya Singapura, Korea Selatan, Sweden, Romania, Arab Saudi, Oman, Filipina, Finland dan Greece. Ia turut menduduki tangga keempat di Israel.[71]

Sambutan sunting

Kutipan pecah panggung sunting

Jadual kutipan pawagam
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
(23 Jun – 11 Ogos)
Tempoh Tayangan Kutipan kumulatif
1 hari (23 Jun) RM1 juta
4 hari (hingga 26 Jun) RM12.2 juta[72]
7 hari (hingga 29 Jun) RM23 juta[73]
11 hari (hingga 3 Julai) RM47 juta[74]
13 hari (hingga 5 Julai) RM51.3 juta[75]
17 hari (hingga 9 Julai) RM61 juta[76]
21 hari (hingga 13 Julai) RM71.27 juta[77]
23 hari (hingga 15 Julai) RM80 juta[78]
27 hari (hingga 19 Julai) RM84 juta[79]
33 hari (hingga 24 Julai) RM90 juta[7]
40 hari (hingga 1 Ogos) RM96 juta[60]
50 hari (hingga 11 Ogos) RM97 juta[80]

Filem ini memperoleh sambutan hangat awal di Malaysia dengan kutipan terbesar sebanyak RM1 juta pada hari pembukaan bagi filem tempatan selepas dua tahun, sekaligus muncul sebagai filem genre epik pertama mencapai kutipan pecah panggung sebaik dipertontonkan.[81][82] Mat Kilau terus meledak apabila berjaya meraih kutipan RM7 juta dalam tempoh tiga hari ditayangkan di pawagam, berdasarkan maklumat terkini diperoleh penerbit.[83]

Filem ini berjaya melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan panggung lebih RM11 juta pada hari keempat tayangan sekaligus mengatasi kutipan filem Jurassic World Dominion dan Top Gun: Maverick.[84][85][86] Kutipan pecah panggung kemudian meningkat sebanyak RM12.2 juta hanya pada minggu pertama ditayangkan di pawagam seluruh negara.[72][87] Selepas 5 hari tayangan, filem ini memperoleh kutipan sebanyak RM16 juta.[88] Pada hari ketujuh tayangannya, Mat Kilau berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta, sekaligus menjadikannya sebagai filem epik Melayu pertama yang pecah panggung.[73][89][90][91]

Dalam tempoh 10 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei, Mat Kilau berjaya memperoleh kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM39.2 juta.[92][93][94][95] Syamsul Yusof dilaporkan berkata beliau berterima kasih kepada penonton "kerana masih percaya dengan sentuhan saya dan pasukan produksi."[96] Hujung minggu kedua menyaksikan kutipan mencecah RM47 juta; ketika ini, Syamsul dilaporkan gembira mengakui bahawa kejayaan Mat Kilau perlu dikongsi oleh semua pembikin filem negara dengan mengulas, "Saya sendiri teruja dengan rekod yang dibuat Mat Kilau. Pelbagai perasan bercampur dalam diri. Barangkali, formula memenuhi kehendak dan selera penonton adalah rahsia utama kejayaan Mat Kilau." Pada 5 Julai, diumumkan bahawa kutipan sudah mengatasi rekod lepas filem tempatan kutipan tertinggi yang dipegang oleh Munafik 2 (RM48 juta) yang juga diarah oleh Syamsul.[74][97][98][99][100]

Filem ini berjaya mengungguli senarai filem tempatan paling laris pernah diterbitkan dalam sejarah perfileman negara sejak filem Laila Majnun yang diterbitkan pada 1933.[101] Media melaporkan bahawa kutipan Mat Kilau melonjak dengan jumlah terbaru dilaporkan lebih RM51.8 juta selepas 13 hari tayangan.[102] Ditanya mengenai sambutan terhadap filem ini, penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata: "Jumlah kutipan filem Mat Kilau sudah mencecah RM51.8 juta. Saya nak ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang memberi sokongan menonton filem yang mengetengahkan pahlawan terbilang, Allahyarham Mat Kilau Iman Rasu ini. Paling mengujakan, pelbagai lapisan masyarakat datang menonton. Ini termasuklah makcik dan pakcik, ada antaranya bertongkat serta berkerusi roda. Ia sekali gus menyuntik semangat untuk menghasilkan filem bergenre epik dan ikonik pada masa hadapan."[75][103]

Namun selepas tayangan pada hari ke-13 sahaja, sambutan peminat semakin hangat serta berjaya mengutip kutipan pecah panggung tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia iaitu sebanyak RM53 juta. Syamsul dinyatakan berkata: "Dalam 13 hari, Mat Kilau menjadi filem tempatan yang mencatat kutipan 'box office' tertinggi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua penonton."[104][105][106][107][108]

Pada hari ke-17 tayangan perdana rasminya, Mat Kilau berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM61 juta, sekaligus melebihi sasaran yang dijangkakan.[109][110][111] Harian Metro melaporkan bahawa Syamsul menyasarkan bahawa filem arahannya boleh mencatat kutipan maksimum RM60 juta walaupun ada mendakwa ia boleh memperoleh kutipan RM80 juta hingga RM100 juta, sekaligus berjaya mengatasi rekod kutipan filem antarabangsa yang ditayangkan di Malaysia dalam carta All Time International Malaysia Box Office.[76]

Mat Kilau berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM71.27 juta pada ke-21 tayangan perdananya selepas ditolak cukai hiburan sebanyak 25 peratus oleh kerajaan dan caj 50 peratus yang dikenakan pawagam.[77][112][113]

Pada hari ke-23 tayangan perdananya, jualan tiket filem Mat Kilau meningkat lebih RM80 juta.[78][114] Syamsul berkata, sudah tiba masanya industri filem tanah air untuk bangkit. Beliau berkata: "Kepada yang memberi komen positif untuk filem saya, syukur dan terima kasih. Saya amat terharu dan hargai anda. Kepada yang katakan filem saya kali ini sampah dan lemah, juga saya terima dengan berlapang dada, kerana tidak ada filem yang sempurna." Ditanya mengenai jangkaan filem itu mampu mencecah kutipan RM100 juta, Syamsul berkata, beliau mensasarkan RM90 juta.[115]

Pada hari ke-27 tayangannya, kutipan meningkat ke RM84 juta.[79] Pada 24 Julai 2022, 33 hari selepas ditayangkan, kutipan mencapai paras RM90 juta, sekali gus mengatasi Avengers: Endgame sebagai filem dengan kutipan paling tinggi keseluruhan dalam sejarah tayangan pawagam Malaysia.[7][116][117][118]

Kutipan tayangan meningkat lagi ke paras RM96 juta pada hari ke-40 tayangannya.[60][119][120] Selepas dua bulan tayangan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih kutipan sebanyak RM97 juta menjadikannya sebagai filem tempatan dengan keuntungan yang tertinggi sepanjang zaman setakat ini.[121][122][80]

Ulasan kritis sunting

Filem ini menerima pelbagai ulasan yang rata-ratanya positif dan juga bercampur-campur. Ahmad Fariszuan dari portal filem, Kakimuvee memuji Syamsul Yusof dan Studio Kembara kerana "berani menerbitkan sebuah filem berunsurkan perjuangan Melayu yang diinspirasikan daripada pahlawan kemerdekaan tanah air iaitu Mat Kilau." Beliau menulis, "Walaupun ada beberapa perkara yang boleh ditingkatkan lagi dalam filem Mat Kilau ini akan tetapi saya mengakui bahawa filem ini adalah filem yang wajib ditonton oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan tontonan harus dilakukan di pawagam." Untuk filem ini, beliau memberikan penarafan 4.5 bintang.[123] Rafzan Tomomi dalam ulasan retrospektifnya mengenai filem ini berpendapat bahawa filem Mat Kilau "sangat menarik untuk ditonton." Beliau turut memuji barisan pelakon yang membawakan watak masing-masing dengan baik.[124] Menulis untuk Astro Gempak, Hanafis Haris menyatakan kepujiannya terhadap filem ini sambil berpuas hati dengan penghasilan filem ini. Beliau memberi penarafan 7.5/10.[125] Portal filem, Rollo de Pelicula memuji keseluruhan filem ini sambil menulis, "Secara keseluruhan filem ini masih menghiburkan dan paling penting berjaya membuatkan kami sebagai orang Melayu bangga dengan perjuangan dan keberanian nenek moyang kami yang berterusan menentang penjajah tanpa gentar dan penuh dengan keimanan."[126] Sembang Filem pula mengulas bahawa filem ini "berjaya mengajak penonton temnpatan beramai-ramai ke pawagam, membawa ahli keluarga masing-masing untuk menghayati sendiri perjuangan anak bangsa membebaskan tanah air dari penjajahan British." Portal filem itu turut memberi penarafan 48.5 bintang untuk filem ini.[127]

Noel Wong dari Free Malaysia Today mengulas bahawa Mat Kilau ialah sebuah filem aksi sejarah yang "memerlukan doktor skrip." Dalam ulasannya, beliau berkata: "Tambahan pula, filem ini menjadi berat, dengan watak-watak yang melepaskan baris tentang patriotisme, penghormatan dan pengorbanan setiap beberapa minit [...] Secara keseluruhannya, walaupun filem ini mungkin telah menawan hati sebilangan rakyat Malaysia, mempunyai doktor skrip di tangan sudah tentu akan membantu mengukuhkannya sebagai sebuah karya sinematik yang mantap."[128] Hafizal Mahat dari Oh! Media pula menyatakan kepujiannya terhadap filem ini sambil berpendapat ia "berjaya membangkitkan semangat anak Melayu."[129] Menulis untuk Sensasi Selebriti, Budiey dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini berkata: "Mat Kilau berjaya untuk membawa mesej terbesar kepada penonton iaitu Melayu dan perpecahan yang akhirnya membawa kepada penjajahan. Mesej ini besar dan boleh dikatakan sebagai baju kepada filem ini." Beliau turut beranggapan bahawa "menonton Mat Kilau nampak seperti menonton filem aksi KL Gangster tetapi diubah eranya dan wataknya. Ianya menghiburkan. Penuh aksi. Padat dengan babak yang cukup lasak dan mantap."[130] Wafa Aula dari portal Getaran pula menulis: "Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa Mat Kilau ialah sebuah filem yang penting bukan sahaja untuk membawa kembali semangat kepahlawanan, tetapi menambah koleksi genre filem epik sejarah dalam industri perfileman negara. Mesejnya jelas bahawa kemenangan akan selalu berpihak kepada mereka yang bersatu hati dan yakin dengan keesaan Tuhan. Kemenangan tidak berpihak kepada orang yang hanya menikus dan ketakutan."[131] Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis: "Paling penting, mesej sampai kepada penonton dengan baik biarpun jalan cerita agak bercelaru, namun secara keseluruhan, Mat Kilau sebuah filem yang seronok untuk ditonton. Koreografi silat, senjata dan babak aksi yang ditunjukkan semuanya menjadi."[132] Pengkritik filem, Mansor Puteh berpendapat "Mat Kilau dalam filem dengan tajuk Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tak sama dengan Mat Kilau dalam sejarah" sambil berkata: "Mat Kilau hanya kisah tokoh tempatan dan filemnya juga hanya filem hiburan ringan dengan gerak aksi berlebihan dan ungkapan dialog yang penuh perasaan yang semuanya ini hanya boleh menarik perhatian penonton tempatan sahaja".[133]

Maklum balas sunting

Mat Kilau turut menerima banyak maklum balas positif semasa ditayangkan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan menyifatkan filem ini ditayangkan tepat pada masanya. Beliau berkata: "Tayangan filem Mat Kilau adalah tepat pada masanya, sama ada dirancang atau tidak, kita harus akui tarikan aura filem hasil sentuhan pengarah muda, Syamsul Yusof berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia menonton dan mendalami jalan cerita yang menarik."[134] Mohammad Sufian Abdul Manan, Penolong Pendaftar Kanan di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengakui bahawa dengan menonton filem Mat Kilau, ia merupakan kaedah yang kreatif secara visual untuk mahasiswa mendapat isi manfaat daripada filem tersebut. Meskipun ada yang berpendapat filem ini hanya filem hiburan yang menginspirasikan perjuangan pahlawan Mat Kilau menentang Inggeris di Pahang dan bukan filem dokumentari sejarah,[135] Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Md Nasir Ibrahim berkata filem Mat Kilau merupakan antara penerima sokongan dan galakan daripada kerajaan. Menurut Md Nasir, prestasi memberangsangkan filem ini dengan kutipan pecah panggung memberi sinar kepada industri perfileman negara, sekali gus membuktikan kekuatan jenama filem tempatan dalam meraih kepercayaan penonton ke pawagam setelah berhadapan cabaran pandemik COVID-19.[136][137] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang telah menonton filem ini, bertitah: "Beta menggalakkan rakyat bangsa ini khususnya orang Melayu untuk menonton filem Mat Kilau untuk dijadikan contoh dan pengajaran bagaimana sesebuah tamadun dan bangsa itu boleh runtuh sekiranya tiada perpaduan dan kerjasama."[138]

Reaksi oleh waris Mat Kilau sunting

Filem ini juga menerima reaksi positif daripada waris-waris Mat Kilau.[139][140] Salah seorang daripada waris Mat Kilau, pensyarah Dr. Siti Shukhaila Shaharuddin, memuji usaha dilakukan penerbit, Studio Kembara untuk mengangkat kisah kepahlawanan Mat Kilau. Beliau yang bertugas di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kepakaran dalam bidang Komunikasi Visual, menganggap filem ini membuka mata ramai terhadap kisah Mat Kilau. Beliau berkata: "Saya ucap syabas kepada Syamsul [Yusof] dan penerbit [Studio Kembara] kerana berjaya menghasilkan naskhah yang baik dan menarik. Mungkin selama ini, kami dan orang lain hanya tahu dan lihat ia sebagai penceritaan dalam fakta sejarah. Namun, sentuhan emas Syamsul dengan acuannya tersendiri berjaya menghasilkan filem fiksyen dan epik dalam sejarah perjuangan Mat Kilau yang mampu menarik minat golongan muda hingga dewasa."[141]

Seorang lagi waris Mat Kilau, Marliza Zain berkata: "Sejarah dan filem itu sendiri membuktikan semua bangsa dipergunakan untuk kepentingan penjajah British. Tetapi, realitinya hingga kini, antara sedar atau tidak, kita ibarat terus dipergunakan untuk kepentingan tertentu biarpun sudah mencapai kemerdekaan. Filem dan sejarah ini memang boleh disesuaikan dengan situasi sekarang. Bahkan, kita boleh adaptasi perjuangan figura sejarah ini dalam pelbagai aspek kehidupan semasa."[141]

Cucu kepada Mat Kilau, Mohd. Alhamadi Abu Bakar menyifatkan filem arahan Syamsul dihasilkan berkisar perjuangan datuknya sebagai mempunyai daya tarikan dan kekuatan tersendiri selain membangkitkan semangat jati diri dalam kalangan masyarakat Melayu. Beliau berkata kepada Utusan Malaysia: "Pada pandangan saya, ia satu kerja yang baik kerana dapat membangkitkan semangat jati diri Melayu Islam selain mengembalikan semula zaman kegemilangan orang-orang Melayu yang jati dirinya semakin pudar. Penerimaan filem yang menggunakan nama tokoh Mat Kilau ini juga mempunyai kekuatan yang tersendiri sehingga ia berjaya membuat kutipan yang sebegitu."[142]

Kontroversi sunting

Peranan sebagai media menyebarkan fahaman Ketuanan Melayu sunting

Mat Kilau turut menerima kecaman daripada kumpulan penganut agama Sikh apabila mereka meluahkan rasa kecewa dengan gambaran buruk ke atas komuniti mereka dalam filem itu. Para anggota pertubuhan komuniti United Sikhs Malaysia dalam kenyataan rasmi mereka menyatakan bimbang komponen dalam filem Mat Kilau boleh mencetus salah faham agama dan perkauman,[143][144] bahkan menggesa industri filem Malaysia tidak menghasilkan filem yang memberi kesan pada sentimen agama dan kaum dan berpotensi menimbulkan salah faham agama dan kaum lalu boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum.[145][146][147] FINAS dilaporkan berkata bahawa susulan isu Sikh dalam filem Mat Kilau, penguatkuasaan garis panduan untuk semua kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF) di Kementerian Dalam Negeri (KDN).[148] Abdul Rahman Mt Dali, pengasas dan pengarah urusan Studio Kembara kemudian berkata bahawa gambaran Sikh dalam filem itu berdasarkan daripada fakta sejarah sebenar iaitu tentera Sikh British sewaktu di Tanah Melayu.[149]

Filem ini sekali lagi dihimpit dengan kontroversi apabila ahli akademik dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Hafidzi Mohd Noor mendakwa filem itu tidak memberikan gambaran yang tepat tentang peranan yang dimainkan oleh pelbagai kaum pada zaman penjajah. Beliau berkata ia perlu ada naratif yang jujur ​​supaya penonton dapat memahami bahawa bukan hanya satu komuniti yang memainkan peranan dalam membantu British menguasai Tanah Melayu. Menurutnya: "Bukan sahaja tentera Sikh yang berkhidmat untuk empayar British ketika itu, tidak seperti dalam filem, tetapi juga (pengawal) Melayu,".[150][151]

Pada September 2022, ahli sains politik Azmil Tayeb mengarang rencana yang membongkarkan hubungan Ikatan Muslimin Malaysia dengan pembikinan filem ini sebagai wahana menyebarkan ideologi Ketuanan Melayu melalui orang kuatnya Abdul Rahman Dali bekas naib presiden pertubuhan tersebut selaku pengerusi Studio Kembara untuk makalah Fulcrum terbitan Institut ISEAS–Yusof Ishak di Singapura, namun rencana tersebut terpaksa ditarik balik selepas Azmil menerima ugutan ke atas beliau oleh pihak sefahaman ISMA.[152]

Pembocoran haram sunting

Filem ini disasarkan segelintir penonton yang merakamkan secara haram babak kemuncak dan berkongsi ke platform TikTok pada Jun 2022. Beto Kusyairy meluahkan rasa kecewanya terhadap kejadian begini menerusi hantaran di laman Facebook malah menyeru pengguna media sosial supaya padam sebelum tindakan saman diambil.[153][154][155]

Pada 1 Ogos tahun sama, Kosmo! melaporkan bahawa salinan filem ini didakwa telah bocor di aplikasi Telegram sejak beberapa minggu lalu dan turut mempromosikan kegiatan perjudian. Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt. Dali berkata, be­liau mengetahui insiden itu serta sedang berusaha untuk membuangnya daripada apli­kasi ter­sebut. Beliau berkata: "Sedang berusaha buang dan laporan juga telah dibuat kepada Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),".[156]

Lain-lain sunting

Mat Kilau menjadi subjek kontroversi apabila poster filem itu yang menampilkan Jalaluddin Hassan mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia, Pak Li. Dalam perkongsiannya di Facebook, individu tersebut mengkritik keris yang terselit di pinggang watak lakonan Jalaluddin dalam poster filem itu. Menurutnya, keris tersebut ialah Keris Jawa, bukannya Keris Pahang, sepertimana yang digunakan pahlawan Melayu, khususnya Mat Kilau. Menurut Pak Li: "Indahnya Alam Melayu yang mengamalkan sesuatu penuh adab, penuh maksud, kerana disitulah akan menunjukkan jatidiri dan identiti si pemakai."[157]

Perancangan filem susulan sunting

Berikutan kejayaan filem Mat Kilau, Syamsul Yusof tidak menolak kemungkinan akan mengarahkan filem yang menyinambung susul.[158][159] Beliau berkata kepada Harian Metro: "Filem Mat Kilau 2, setakat ini kalau dari bahagian saya sudah semestinya akan ada. Cuma, perkara ini tak boleh gopoh. Dalam berkarya ini tak boleh gopoh. Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan dan tambah baik untuk selepas ini. Tidak kira sama ada filem Mat Kilau atau apa saja pahlawan dan apa jua filem sekalipun kena perbaiki daripada sebelumnya, insya-Allah."[73] Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt. Dali kemudian mengesahkan akan menerbitkan kesinambungan filem Mat Kilau. Menurutnya, skrip filem ini juga telah disiapkan.[160][161] Adi Putra kemudian memberitahu bahawa beliau tidak menolak untuk membintangi kesinambungan filem Mat Kilau, namun beliau perlu mempertimbangkan dan mengkaji daripada banyak sudut sebelum memberikan kata persetujuan jika tawaran diberikan.[162][163][164] Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan bahawa akan ada filem kedua Mat Kilau sambil berkata bahawa ia bakal bertaraf antarabangsa.[165][166]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. Ikatan Muslimin Malaysia. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  2. ^ Nur Emira Saizali (15 Julai 2022). "Filem Mat Kilau bukti rakyat Malaysia hargai karya tempatan". Kosmo!. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  3. ^ Mimieyuzi (16 Mei 2022). "Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, Netizen Teruja Mahu Tonton Filem Mat Kilau Di Pawagam". Hot FM. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  4. ^ "Filem Mat Kilau paling laris". Berita Harian. 7 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  5. ^ "Fenomena Mat Kilau". Harakah Daily. 2 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  6. ^ "Filem Mat Kilau sarat dengan mesej patriotisme". Astro Awani. 22 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  7. ^ a b c "Mat Kilau cecah RM90 juta, Syamsul Yusof akui filemnya tidak sempurna". Astro Awani. 25 Julai 2022. Dicapai pada 26 Julai 2022.
  8. ^ Asri Azizan (12 September 2022). "Local Historical Epic Mat Kilau Grosses RM97 Million in 2 Months, Beating Marvel Movies". World of Buzz. Dicapai pada 15 September 2022.
  9. ^ Anna Mohammed (12 Julai 2022). "Filem Mat Kilau jadi penanda aras". Utusan TV. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  10. ^ Norden Mohamed (29 Jun 2022). "Di mana hebatnya filem Mat Kilau?". Sinar Premium. Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  11. ^ Budiey (9 Julai 2022). "Ulasan & Pendapat Penonton Tentang Filem MAT KILAU". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  12. ^ Liz Shackleton (7 Julai 2022). "Syamsul Yusof's Action Movie 'Mat Kilau' Becomes Malaysia's Highest-Grossing Local Film Ever". Deadline Hollywood. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  13. ^ Indra Sathiabalan (12 Julai 2022). "Why the fuss over 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan'?". Malaysiakini. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  14. ^ Rizal Hamdan (4 Julai 2022). "'Mat Kilau' success due to people wanting a hero in troubled times". New Straits Times. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  15. ^ Abdul Razak Idris (16 Julai 2022). "Mat Kilau jangan hanya 'hidup' di layar perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  16. ^ Deegun Rahman (23 Jun 2022). ""Saya Terpaksa Tolak" – Ulas Syamsul Tatkala Kali Pertama Tiada Dalam Filem Sendiri". BOOM Malaysia. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  17. ^ a b Azyyati Ahmad (1 Ogos 2017). "Syamsul Yusof mahu hasilkan filem pahlawan negara". Astro Awani. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  18. ^ a b Najiy Jefri (22 April 2018). "Adi Putra ada aura Mat Kilau". Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2018.
  19. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (14 Julai 2018). "Penggambaran Mat Kilau terpaksa dihentikan". Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2018.
  20. ^ a b c Aref Omar (8 Mac 2018). "Syamsul to direct Mat Kilau biopic". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  21. ^ a b "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  22. ^ Farol Hadi (30 Jun 2022). "Siapa sangka penerbit 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' bukan orang filem, 30 tahun tak jejak panggung wayang". mStar Online. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  23. ^ Naddy Joe (17 Jun 2022). "Ada Yang Kurang Senang Dengan Filem Mat Kilau? Ini Komen Syamsul Yusof". Murai.my. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  24. ^ a b c d e Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
  25. ^ Ramlah Zainal (15 Februari 2019). "Penerbit sudah berjumpa waris Mat Kilau". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  26. ^ Mohd Rafi Mamat (16 Februari 2019). "'Tiada pihak rujuk mengenai Mat Kilau'". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  27. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  28. ^ a b c Qarami Hashim (31 Mac 2018). "Adi Putra layak jadi Mat Kilau: Syamsul Yusof". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  29. ^ Farol Hadi (17 Jun 2022). "Dua kali tolak tawaran, akhirnya Adi Putra setuju bawa watak Mat Kilau". mStar Online. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  30. ^ "Adi Putra akui dibayar mahal untuk filem Mat Kilau". Info Rakyat. 5 Julai 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  31. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (5 Julai 2022). "FINAS beri filem Mat Kilau dana RM1.8 juta". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  32. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (14 Julai 2018). "Penggambaran Mat Kilau terpaksa dihentikan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.
  33. ^ Zulhilmi Jalil (1 Januari 2020). "#GempakOnz2020: Filem Tempatan Bakal Tayang 2020". Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2020. Dicapai pada 7 Julai 2020.
  34. ^ Ashraf Nasser (25 Jun 2020). "Filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan" sudah hampir siap". Cinema Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  35. ^ Norhayati Nordin (2021-02-02). "Syamsul reda kena 'simpan' lagi dua filemnya". myMetro. Dicapai pada 2021-05-22.
  36. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (2021-02-23). "Yusof Haslam risau masa depan industri filem". Berita Harian. Dicapai pada 2021-05-22.
  37. ^ "Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini". Kosmo!. 16 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  38. ^ Aphit J. (14 Mei 2022). "Kos 8 Juta! Filem Arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini". Murai.my. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  39. ^ "Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof telan belanja RM8 Juta, paling mahal setakat ini". Info Rakyat. 15 Mei 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  40. ^ Normawati Adnan (6 Julai 2022). "Telok Bakong: Perak sedia iktiraf lokasi penggambaran Mat Kilau". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  41. ^ a b Mohd Afiq Zulkifli (22 Jun 2022). "Filem Mat Kilau sarat mesej patriotisme". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  42. ^ a b "Warrior movie 'Mat Kilau' will 'inspire pride and patriotism' in Malaysians". The Star Online. 28 Jun 2022. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  43. ^ Daniyal Kadir (17 Jun 2022). "Bukan keris Pahang, filem Mat Kilau hilang jati diri?". SelangorKini. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  44. ^ Rohiman Haroon (10 Julai 2022). "'Mat Kilau' — an action flick that lacks historical facts". New Straits Times. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  45. ^ "Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat bebas cengkaman Covid-19". Sinar Harian. 13 Ogos 2022. Dicapai pada 15 Ogos 2022.
  46. ^ "Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat Malaysia bebaskan negara daripada cengkaman COVID-19". Astro Awani. 13 Ogos 2022. Dicapai pada 15 Ogos 2022.
  47. ^ "Mat Kilau film inspires fighting spirit against colonialism: Zahidi". The Sun Daily. 13 Ogos 2022. Dicapai pada 15 Ogos 2022.
  48. ^ "Filem Mat Kilau Ditayangkan pada 23 Jun 2022". Dewan Budaya. Jendela DBP. 17 Mei 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  49. ^ Norhayati Nordin (23 Jun 2022). "Syamsul Yusof lega jualan tiket Mat Kilau 'full house'". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  50. ^ "Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan "Mat Kilau" Pada 23 Jun Ini". Kakimuvee. 13 Mei 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  51. ^ "Mat Kilau jangan hebat pada trailer saja". Kosmo!. 30 Mei 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  52. ^ Ahmad Faez (17 Mei 2022). ""Power kot!" – Trailer Mat Kilau Dapat Pujian Pengkritik Filem, Buat Ramai Tak Sabar Nak Tonton". BuzzKini. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  53. ^ Ain Mahthir (17 Mei 2022). "Trailer Filem Mat Kilau Gempak Habis!, "Meremang Tengok"". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  54. ^ Farol Hadi (18 Jun 2022). "Bukan biasa-biasa! Filem 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' tunjuk sisi sebenar tokoh pejuang... Angkat aras pemikiran penonton". mStar Online. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  55. ^ Hanafis Haris (17 Jun 2022). "Syamsul Yusof tak muncul tayangan perdana, rupanya disebabkan..." Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  56. ^ "Tayangan filem Mat Kilau percuma di Kelantan". Harakah Daily. 21 Julai 2022. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  57. ^ N. Faizal Ghazali (25 Julai 2022). "Annuar bawa Mat Kilau 'berpencak' di Kota Bharu". Malaysiakini. Dicapai pada 26 Julai 2022.
  58. ^ Fernando Fong (23 Julai 2022). "Free Screening Of Mat Kilau In Kelantan, Cinema Experience For 2,000 Lucky Audiences". The Rakyat Post. Dicapai pada 26 Julai 2022.
  59. ^ Tahir Alhamzah (22 Julai 2022). "#Showbiz: Free screening of 'Mat Kilau' in Kota Baru tomorrow". New Straits Times. Dicapai pada 26 Julai 2022.
  60. ^ a b c Fareez Azman (11 Ogos 2022). "Filem Mat Kilau ke Indonesia selepas kutip hampir RM100 juta". Astro Awani. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  61. ^ Nur Hasliza Mohd Salleh (11 Ogos 2022). "Selepas kutipan hampir RM100 juta, filem Mat Kilau ke Indonesia". Malaysia Now. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  62. ^ Sudirman Mohd Tahir (11 Ogos 2022). "Mat Kilau ditayangkan di 200 pawagam di Indonesia". Harian Metro. Dicapai pada 12 Ogos 2022 – melalui MSN News.
  63. ^ "Filem Mat Kilau bakal ditayangkan di Indonesia mulai 31 Ogos". Berita Mediacorp. 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  64. ^ Tahir Alhamzah (8 Julai 2022). "#Showbiz: 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' to be marketed globally". New Straits Times. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  65. ^ Azma ML (14 Julai 2022). ""Netflix hendak beli Mat Kilau 7 juta." – Syamsul Yusof". Sinar Plus. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  66. ^ Aizam Manaf (13 Julai 2022). ""Netflix Nak Beli Mat Kilau RM7 Juta" - Syamsul Yusof". Media Hiburan. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  67. ^ Najiy Jefri (20 Julai 2022). "Penjualan filem Mat Kilau pada Netflix belum muktamad". Harian Metro. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  68. ^ "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan disiarkan di Netflix, boleh ditonton di TV atau peranti mudah alih". Soya Cincau. 25 Ogos 2022. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  69. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 September 2022). "Mat Kilau 'terjah' Netflix". Harian Metro. Dicapai pada 8 September 2022.
  70. ^ Adeline Leong (25 Ogos 2022). "You Can Watch 'Mat Kilau' On Netflix Starting This Malaysia Day". The Rakyat Post. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  71. ^ "Mat Kilau masuk senarai 'Top 10' di lebih 15 buah negara, tangga keempat di Israel". Astro Awani. 23 September 2022. Dicapai pada 25 September 2022.
  72. ^ a b Sairul Zamri Misrani (27 Jun 2022). "Kebangkitan penonton, 4 hari tayang Mat Kilau kutip RM12.2 juta". Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  73. ^ a b c Sudrimah Mohd Tahir (30 Jun 2022). "Mat Kilau kutip RM23 juta". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  74. ^ a b Saharudin Musthafa (4 Julai 2022). "Mat Kilau: RM47 juta dikutip dalam 11 hari, bukti filem tempatan ada masa depan - Syamsul". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  75. ^ a b "Kutipan Mat Kilau kini melebihi RM50 juta dalam tempoh 13 hari tayangan". Malaysia Dateline. 6 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  76. ^ a b Najiy Jefri (9 Julai 2022). "Mat Kilau lonjak RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  77. ^ a b Serimah Mohd Sallehuddin (12 Julai 2022). "Selepas 21 hari, Mat Kilau raih RM71 juta". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  78. ^ a b Fareez Azman (16 Julai 2022). "Filem 'Mat Kilau' berjaya kumpul RM80 juta selepas 25 hari tayangan". Astro Awani. Dicapai pada 17 Julai 2022. Walaupun ditulis 25 hari tetapi sebenarnya 23 hari telah berlalu sejak hari pembukaan.
  79. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (20 Julai 2022). "Mat Kilau kutip RM84 juta selepas 27 hari ditayangkan". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  80. ^ a b Azma ML (12 September 2022). "Mat Kilau kutip RM97 juta, Syamsul Yusof yakin filem, pelakon Malaysia mampu saingi Hollywood". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 13 September 2022.
  81. ^ Fathullah Abu Bakar (24 Jun 2022). "Mat Kilau raih kutipan tertinggi dalam sejarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  82. ^ "Hari pertama Mat Kilau cipta sejarah kutip RM1 juta". Harian Metro. 24 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  83. ^ Zaidi Mohamad (26 Jun 2022). "'Baru 3 hari tayang, dah dapat RM7 juta'". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  84. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Jun 2022). "Filem Mat Kilau atasi Jurassic World, Top Gun Maverick". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  85. ^ Siti Athirah Dzulkifly (27 Jun 2022). "Sokongan 'menggila' filem Mat Kilau, penerbit luah rasa terharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  86. ^ NST Entertainment (27 Jun 2022). "'Mat Kilau' rakes in RM11 mil after 4 days of screening". New Straits Times (NST). Dicapai pada 27 Jun 2022.
  87. ^ Mumtaj Begum (27 Jun 2022). "Malaysian film 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' earns RM12.2mil at box office in 4 days". The Star. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  88. ^ Mohd Haikal Isa (28 Jun 2022). "Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan". Kosmo!. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  89. ^ "Mat Kilau atasi kutipan filem Hollywood, raih RM23.3 juta dalam seminggu". SelangorKini. 1 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  90. ^ Moustapha Abas (1 Julai 2022). "Kutipan Dah RM23 Juta, Kenapa Filem Mat Kilau Baru Balik Modal?". The Patriots. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  91. ^ Izzat Aziz (1 Julai 2022). "Mat Kilau Menjadi Filem Terlaris Dengan Kutipan RM23 Juta Dalam Masa Seminggu". Aksiz. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  92. ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Julai 2022). "Filem Mat Kilau raih kutipan RM39.2 juta dalam 10 hari". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  93. ^ Azma ML (4 Julai 2022). "Mat Kilau pecah rekod Munafik 2, kutip RM39 juta, top 5 filem Malaysia". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  94. ^ "Filem Mat Kilau raih kutipan RM39.2 juta dalam 10 hari". Berita Mediacorp. 3 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  95. ^ "Mat Kilau cipta fenomena, pecah rekod kutipan RM39 juta". Free Malaysia Today. 4 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  96. ^ Najiy Jefri (3 Julai 2022). "Mat Kilau dah kutip RM39.2 juta, bakal 'cantas' Munafik 2". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  97. ^ Norhayati Nordin (4 Julai 2022). "Mat Kilau dah 'cantas' Munafik 2". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  98. ^ Nur Asyikin Mayudin (4 Julai 2022). "Filem Syamsul Yusof box office lagi! 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' kutip RM47 juta dalam masa 11 hari, bakal atasi 'Munafik 2'". mStar Online. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  99. ^ Zaidi Mohamad (4 Julai 2022). "Mat Kilau kutip RM47 juta, tewaskan rekod Munafik 2". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  100. ^ "Filem Mat Kilau cecah RM47 juta selepas 11 hari tayangan". Sinar Harian. 4 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  101. ^ "Filem Mat Kilau paling laris sejak 1933". MyKMU. 6 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  102. ^ "Filem Mat Kilau raih RM51.8 juta lepas 13 hari tayangan". SelangorKini. 6 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  103. ^ Zaidi Mohamad (6 Julai 2022). "13 hari kutip RM51.8 juta". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  104. ^ Norhayati Nordin (6 Julai 2022). "Kutipan 'box office' Mat Kilau terus meningkat". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  105. ^ Azma ML (7 Julai 2022). "Mat Kilau paling tinggi kutipan dalam sejarah Malaysia, 53 juta dalam 13 hari!". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  106. ^ Raja Nur Faznie Aida (7 Julai 2022). "Filem Mat Kilau kutip RM53 juta dalam tempoh 13 hari". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  107. ^ Hairi Ariff (6 Julai 2022). "Raih RM53 Juta Dalam 13 Hari, Mat Kilau Muncul Filem Tempatan Dengan Jumlah Kutipan Tertinggi". The Vocket. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  108. ^ "Kutipan Mat Kilau melonjak ke RM53 juta". Malaysiakini. 7 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  109. ^ Nurul Fadila Awaludin (9 Julai 2022). "Terus cipta sejarah... 'Mat Kilau' cecah RM61 juta, Syamsul Yusof yakin dapat capai kutipan RM70 juta". mStar Online. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  110. ^ Zaidi Mohamad (9 Julai 2022). "Mat Kilau lepasi sasaran, kutip RM61 juta". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  111. ^ "Filem Mat Kilau kutip RM61 juta". Malaysia Gazette. 9 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  112. ^ Sudirman Mohd Tahir (11 Julai 2022). "Mat Kilau dah cecah RM71 juta, Syamsul Yusof hilang kata-kata". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  113. ^ Najiy Jefri (12 Julai 2022). "Mat Kilau dah balik modal, bakal dapat bonus". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  114. ^ "Luar biasa! 'Mat Kilau' cecah kutipan RM80 juta, Syamsul Yusof seru semua pihak lestarikan karya anak tempatan". mStar Online. 16 Julai 2022. Dicapai pada 18 Julai 2022.
  115. ^ Sudirman Mohd Tahir (16 Julai 2022). "Mat Kilau dah cecah RM80 juta, Syamsul Yusof sasar RM90 juta". Harian Metro. Dicapai pada 18 Julai 2022.
  116. ^ Hanisah Selamat (25 Julai 2022). "Kutipan Mat Kilau cecah RM90 juta, padam rekod Avengers: Endgame". Kosmo!. Dicapai pada 26 Julai 2022.
  117. ^ Mumtaj Begum (25 Julai 2022). "'Mat Kilau' earns RM90mil in 33 days, remains at No.1 in cinema listing for 5 weeks in a row". The Star Online. Dicapai pada 26 Julai 2022.
  118. ^ "One month in, 'Mat Kilau' rakes in RM90m". The Malay Mail. 25 Julai 2022. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  119. ^ "Mat Kilau Kutip RM96 Juta! Berbaki RM4 Juta Menghampiri Kutipan RM100 Juta!". Suka Filem. 10 Ogos 2022. Dicapai pada 15 September 2022.
  120. ^ "Mat Kilau kutip lebih RM96 juta, ditayang di Netflix 16 September". Agenda Daily. 6 September 2022. Dicapai pada 15 September 2022.
  121. ^ Aina Sarah (12 September 2022). "Mat Kilau Raih Kutipan RM97 Juta Sepanjang Dua Bulan Tayangan, Kalahkan Filem Marvel – 'Filem Kita Menjadi Tuan Di Bumi Sendiri'". Oh Bulan!. Dicapai pada 13 September 2022.
  122. ^ Azri Azizan (12 September 2022). "Local Historical Epic Mat Kilau Grosses RM97 Million in 2 Months, Beating Marvel Movies". World of Buzz. Dicapai pada 13 September 2022.
  123. ^ Ahmad Fariszuan (26 Jun 2022). "Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)". Kakimuvee. Dicapai pada 14 Jun 2022.
  124. ^ "Review Filem - Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan". Rafzan Tomomi. 2 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  125. ^ Hanafis Haris (21 Jun 2022). "Review: Sindir Siapa Tu? Filem Biografi Epik Sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan! Masterpiece Atau..." Astro Gempak. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  126. ^ Hans Hanis (16 Jun 2022). "Review Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan". Rollo de Pelicula. Dicapai pada 15 Jun 2022.
  127. ^ "Review Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) - Membangkitkan Semangat!". Sembang Filem. 3 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  128. ^ Noel Wong (3 Julai 2022). "'Mat Kilau': a historical action film in need of a script doctor". FMT Lifestyle. Free Malaysia Today. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  129. ^ Hafizal Mahat (24 Jun 2022). "Filem Mat Kilau Berbaloi Dan Berjaya Bangkitkan Semangat Anak Melayu, Tapi..." Oh! Media. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  130. ^ Budiey (23 Jun 2022). "Ulasan Filem MAT KILAU, KEBANGKITAN PAHLAWAN Arahan Syamsul Yusof". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  131. ^ Wafa Aula (23 Jun 2022). "Ulasan 'Mat Kilau': Kita Ini Janganlah Buta Pilih Senjata". Getaran. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  132. ^ Mohd Haikal Isa (7 Julai 2022). "'Khutbah' perjuangan, nilai komersial Mat Kilau". Kosmo!. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  133. ^ Mansor Puteh (24 Julai 2022). "Di mana hebatnya filem Mat Kilau?". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  134. ^ "Filem Mat Kilau ditayang tepat pada masanya: PPIM". Sinar Harian. 8 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  135. ^ "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan - Pemangkin Semangat Patriotisme Mahasiswa". BERNAMA. 6 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  136. ^ "Kejayaan Filem Mat Kilau Bukti Dasar Kerajaan Tepat, Bantu Penerbit Tempatan". Getaran. 5 Julai 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  137. ^ "Mat Kilau's success proves govt policy works, helps local film producers". The Edge Markets. 5 Julai 2022. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  138. ^ Wani Muthiah (4 Julai 2022). "Selangor Ruler: Let 'Mat Kilau' movie open our eyes to the dangers of disunity". The Star Online. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  139. ^ "Waris Mat Kilau 'terjah' panggung". Harian Metro. 5 Julai 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  140. ^ Sudirman Mohd Tahir (16 Julai 2022). "Bangga filem Mat Kilau berjaya kumpulkan waris". Harian Metro. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  141. ^ a b Zaidi Mohamad (16 Julai 2022). "Ambil iktibar daripada filem Mat Kilau". Berita Harian. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  142. ^ Kamariah Khalidi (13 Julai 2022). "Cucu bangga filem Mat Kilau laris, popular". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  143. ^ "Pertubuhan kecewa imej buruk Sikh dalam filem Mat Kilau". The MalaysianInsight. 8 Julai 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  144. ^ Adeline Leong (8 Julai 2022). "Local Sikh Group Calls Out M'sian Film 'Mat Kilau' For Portraying Minority Races In Negative Light". The Rakyat Post. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  145. ^ "Persatuan kesal Mat Kilau papar askar Sikh cederakan orang tua, kanak-kanak". Malaysiakini. 8 Julai 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  146. ^ Shahrin Aizat Noorshahrizam (8 Julai 2022). "Sikh group regrets villainous portrayal of non-Muslims in 'Mat Kilau' film; claims may create interracial, interreligious tensions". The Malay Mail. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  147. ^ Dhesegaan Bala Krishnan (8 Julai 2022). "Sikhs raise concerns over scenes in Mat Kilau movie". New Straits Times. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  148. ^ Rubini Nagarajah (9 Julai 2022). "Isu Sikh Dalam Filem Mat Kilau: Garis Panduan Bawah LPF - FINAS". Getaran. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  149. ^ Ranjit Singh Malhi (13 Julai 2022). "Sikhs in Mat Kilau film based on historical facts?". Malaysiakini. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  150. ^ 'Ainin Wan Salleh (2 Ogos 2022). "'Mat Kilau' inaccurate, says academic who wants honest narrative". Free Malaysia Today. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  151. ^ 'Ainin Wan Salleh (3 Ogos 2022). "Filem 'Mat Kilau' tak tepat, kata ahli akademik". Free Malaysia Today. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  152. ^ Chan, Nicholas (April 2023). "'Human Rights…But for the Majority': The Appropriation and Subversion of the Human Rights Agenda by Right-Wing NGOs in Malaysia". TRaNS: Trans-Regional and -National Studies of Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris): 1–26. doi:10.1017/trn.2023.1. ISSN 2051-364X.
  153. ^ ""Padam sebelum kena saman!" - Beto Kusyairy, Syamsul Yusof bengang penonton rakam babak filem Mat Kilau". Oh! My Media. 25 Jun 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  154. ^ "Muat Naik Klip "Mat Kilau" Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman". Kakimuvee. 25 Jun 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  155. ^ Syaida Ismail (29 Jun 2022). ""Boleh saman 1 juta sorang" – Ramai Pengguna TikTok Muat Naik Scene Mat Kilau Dalam Wayang?". Lobak Merah. Dicapai pada 15 Jun 2022.
  156. ^ "Filem Mat Kilau 'bocor' di Telegram". Kosmo!. 1 Ogos 2022. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  157. ^ "Filem Mat Kilau dilanda kontroversi walaupun belum ditayang". MH Daily. 14 Jun 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  158. ^ Aqilah Paharuzi (30 Jun 2022). "Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – "Semestinya Akan Ada, Tapi…"". XTRA. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  159. ^ ""Filem Mat Kilau 2, Setakat Ini..." - Perancangan Sekuel, Ini Reaksi Syamsul Yusof". Media Hiburan. 30 Jun 2022. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  160. ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (8 Julai 2022). "Penerbit rancang hasilkan sekuel Mat Kilau". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  161. ^ A. Azim Idris (8 Julai 2022). "'Mat Kilau' sequel and spin-off film in the works at Kembara Studio". NME. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  162. ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Julai 2022). "Adi tak tolak jika Syamsul arah sekuel Mat Kilau". Berita Harian. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  163. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Julai 2022). "Adi Putra pertimbangkan penampilan dalam sekuel Mat Kilau". Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  164. ^ Mumtaj Begum (9 Ogos 2022). "Adi Putra would '100%' star in 'Mat Kilau' sequel if Syamsul Yusof directs it". The Star Online. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  165. ^ Faiz Hasan (16 Julai 2022). "Akan ada Mat Kilau 2". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  166. ^ Muhammad Farid Ahmad Tarmiji (7 Ogos 2022). "Mat Kilau 2 bakal bertaraf antarabangsa – Abdul Rahman Mt Dali". Kosmo!. Dicapai pada 8 Ogos 2022.

Pautan luar sunting