Mat Kilau merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia yang akan datang arahan dan lakonlayar oleh Syamsul Yusof terbitan Kembara Studio dengan kerjasama Skop Productions.[1] Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 2020.

Mat Kilau
PengarahSyamsul Yusof
Penerbit
Lakon layar olehSyamsul Yusof
Dibintangi oleh
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
2020
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM5 juta

PremisSunting

Mat Kilau mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan Mat Kilau dan diubah mengikut kesesuaian, bukan kisah benar.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Mat Kilau menjadi filem pertama arahan Syamsul di mana beliau tidak berlakon. Pada Ogos 2017, beliau mengumumkan berhasrat untuk mengarahkan sebuah filem epik mengenai sejarah pahlawan negara.[2] Beliau sebelum ini telah menyahut cabaran menggarap naskhah itu selepas beberapa syarikat produksi dan pengarah dikatakan gagal menyiapkan penggambaran filem sejarah serta perjuangan Mat Kilau.[3]

Pada malam gala filem KL Special Force di Petaling Jaya pada 8 Mac 2018, Syamsul mengumumkan mengarahkan filem biografi sejarah yang berkisarkan tentang pahlawan Melayu, Mat Kilau.[4] Filem ini menjalani penggambaran pada 1 April 2018.[5] Penggambaran terpaksa dihentikan seketika akibat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.[3]

Pelakon Singapura, Adi Putra menjayakan watak Mat Kilau, pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang.[5][6] Syamsul mengulas mengenai pemilihan Adi untuk watak Mat Kilau: "Pemilihannya adalah kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik,".[7][8]

RujukanSunting

  1. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai 20 April 2018. 
  2. ^ Azyyati Ahmad (1 Ogos 2017). "Syamsul Yusof mahu hasilkan filem pahlawan negara". Astro Awani. Dicapai 2 Ogos 2017. 
  3. ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (14 Julai 2018). "Penggambaran Mat Kilau terpaksa dihentikan". Berita Harian. Dicapai 2 November 2018. 
  4. ^ Aref Omar (8 Mac 2018). "Syamsul to direct Mat Kilau biopic". New Straits Times. Dicapai 14 Mac 2018. 
  5. ^ a b Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai 20 April 2018. 
  6. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai 20 April 2018. 
  7. ^ Qarami Hashim (31 Mac 2018). "Adi Putra layak jadi Mat Kilau: Syamsul Yusof". mSTAR Online. Dicapai 20 April 2018. 
  8. ^ Najiy Jefri (22 April 2018). "Adi Putra ada aura Mat Kilau". Berita Harian. Dicapai 19 September 2018. 

Pautan luarSunting