Mat Razi Mat Ail (lahir 1965) menang dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Kubur 2014 atas tiket Barisan Nasional/UMNO yang diadakan pada 25 September 2014. Beliau ialah bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat.

Mat Razi Mat Ail
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Pengkalan Kubor
Dalam jawatan
2014–2018
Didahului oleh Noor Zahidi Omar
Digantikan oleh Wan Roslan Wan Hamat
Majoriti2,635 (PRK Pengkalan Kubor 2014)
Butiran peribadi
Lahir1965 (59 tahun)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli Politik
ProfesionGuru

Latar belakang sunting

Ustaz Haji Mat Razi mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah dan persuratan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai seorang isteri yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Simpangan, Tumpat dan dikurnia enam anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

Beliau menjadi guru sejak tahun 1988 bermula di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat selama lapan tahun sebelum dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Perak, kemudian kembali mengajar di Kelantan tahun 2003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli. Selepas itu pada tahun 2008, Mat Razi ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat sebagai Guru Pemeriksa Sejarah.[1]

Politik sunting

Mat Razi mula bergiat aktif dalam politik pada 1990 dan pernah dilantik sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Simpangan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian Tumpat pada 2005 dan AJK UMNO Bahagian bermula 2009.

Beliau turut mengasaskan sebuah sekolah pondok di Kampung Simpangan yang mula dibuka pada 9 November 2012 di atas tanah milik sendiri yang sudah diwakafkan. Pondok terbabit turut menerima sumbangan Datuk Noor Zahidi Omar sebanyak RM50,000 pada tahun 2013 untuk membolehkan pelajar menerima pengajian percuma.Beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim dahulu.[2] [3]

Wakil rakyat Pengkalan Kubor sunting

Namanya diumum sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Pusat Operasi Jentera BN di Tumpat. Mat Razi adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat sejak 2009 .

Mat Razi mempertahankan kerusi BN bagi DUN itu dengan memperoleh majoriti 2,635 undi iaitu bertambah sebanyak 899 undi berbanding majoriti 1,736 undi diperoleh penyandang dari BN Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihan raya umum ke-13. Beliau mendapat 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim (7,326 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail yang hilang wang pertaruhan dengan memperoleh hanya 38 undi.

Berikutan kemenangan besar itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan pelantikan Mat Razi sebagai ikon wakil rakyat Kelantan.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Mat Razi jadi calon BN PRK Pengkalan Kubor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-11. Dicapai pada 2014-09-10.
  2. ^ Cikgu Mat Razi calon BN untuk PRK Pengkalan Kubor
  3. ^ Mat Razi Mat Ail calon BN
  4. ^ [http://www.astroawani.com/news/show/mat-razi-dilantik-ikon-wakil-rakyat-kelantan-tok-pa-44851?cp Mat Razi dilantik ikon wakil rakyat Kelantan - Tok Pa Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mat-razi-dilantik-ikon-wakil-rakyat-kelantan-tok-pa-44851?cp]