Mat Sah Mohammed Satray ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia (ISA) sejak 17 April 2002 kerana dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiah yang terlibat dalam aktiviti subversif terhadap kerajaan. Beliau menafikannya dan setakat ini tidak ada sebarang bukti beliau terlibat dalam kegiatan subversif. Isterinya Norlaila Othman. [1]

Turut ditahan di Kem Tahanan Kamunting ialah Shukry Omar Talib, Mohammed Bin Kadar, Mohd Azmi Bin Abdul Karim dan Shahime Bin Ramli . Mereka telah dibebaskan dengan bersyarat pada September 2009.

Kerjaya sunting

Mat Sah adalah bekas juruteknik Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur.

Keluarga sunting

Isterinya Norlaila Othman dan seorang anak lelaki iaitu Suhaib. Isterinya seorang guru. Ibunya Saoda Abdul meninggal dunia semasa Mat Sah berada dalam tahanan. Mat Sah dibenarkan keluar dari Kem Tahanan Kamunting untuk menziarahi jenazah ibunya.[2]

Isterinya Norlaila Othman lantang memperjuangkan nasib suaminya. Norlaila bersama isteri tahanan yang lain menyerbu bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan memo bantahan di tangan. Akibatnya suaminya dikurung bersendirian selama tiga tahun.

Usaha pembebasan sunting

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (IHRC) sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpusat di United Kingdom melancarkan pek kempen anti-ISA khususnya kepada Mat Sah Mohd Satray .

IHRC melancar Kempen Bebaskan Mat Sah Satray pada 20 September 2007. Turut hadir ialah isteri Mat Sah, Norlaila Othman, peguam Edmund Bon, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin dan bekas-bekas tahanan ISA, Saari Sungib dan Abdul Ghani Haron. Norlaila hadir di 'Human Rights Council Eleventh Session' di PBB sesi Jun 2009 sebagai satu kesinambungan daripada kempen 'menulis surat' selama enam bulan pada sepanjang tahun 2008. Sekurang-kurangnya 20,000 surat disampaikan oleh rakyat Malaysia kepada Menteri Dalam Negeri dan 'Office of High Commissioner for Human Rights (OHCHR)' di PBB.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, GMI menyambut baik usaha yang dijalankan oleh IHRC kerana kes yang berlaku kepada Mat Sah dan bertentangan dengan hak asasi manusia. ISA telah melanggar Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (USHR) 1948 di bawah Artikel 9, 10 dan 11 serta Artikel 8 Kovenan Hak Sivil dan Politik. ISA juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melaporkan terdapat 90 tahanan di Kem Tahanan Kamunting iaitu 35 orang atas tuduhan Jemaah Islamiah, 27 orang atas pertuduhan memiliki dokumen dan pemalsuan, 5 dituduh kerana dipercayai pendatang asing tanpa izin / nucklear / perisik dan 10 lagi yang tidak diketahui punca penahanan mereka.

Dibebaskan sunting

Setelah mendapat desakan kuat, akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perdananya terpaksa menyatakan bahawa beliau akan mengkaji semula ISA. Kemudian 13 tahanan ISA dibebaskan pada 2 April 2009.

Pada 12 Jun 2009, Norlaila Othman, Nalini dan John daripada Suaram serta Andrew Khoo daripada Majlis Peguam pergi dan berucap di pejabat United Nation di Geneva, Switzerland. Isu yang dibentangkan ialah penahanan tanpa bicara yang memasuki tahun ke tujuh, 'habeas corpus' tidak sesuai untuk membebaskan tahanan daripada sudut perundangan, lembaga penasihat yang tiada integriti, tiada 'charge' yang membolehkan tahanan didakwa di mahkamah, perisytiharan 'Arbitrary Detention', kerinduan Suhaib yang sentiasa menanti kepulangan bapanya. Norlaila merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menerima cadangan daripada OHCHR agar sama ada membicarakan Mat Sah di mahkamah atau membebaskannya saja.Harakah, kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan dan Pulau Pinang, KeADILan, Kumpulan Usrah Profesional dan JIM telah membiayai pemergian mereka ke Geneva.[3]

Pada 1 Ogos 2009, Himpunan Mansuhkan ISA diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

Pada 17 September 2009, sempena bulan Ramadhan, Menteri Pertahanan , Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein membebaskan 5 tahanan ISA. Mereka ialah Mat Sah mohd Satray (46 tahun). Beliau ditahan di Kem Tahanan Kamunting selama 8 tahun. Turut dibebaskan ialah Dr Abdullah Daud, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail dan Muhammad Amir Md Hanafiah.Mereka ditahan kerana dituduh terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI) yang dituduh pertubuhan pengganas.

Pada 12 Jun 2002, Mat Sah menerima surat yang menyatakan beliau akan ditahan lebih lama iaitu 2 tahun di bawah ISA. Dua tahun pertama dia tidak melawan.

Beliau pada awalnya tidak menyangka akan dibebaskan kerana sudah 7 kali ditipu oleh pihak berkuasa yang berjanji untuk melepaskkannya setiap tahun menjelang Hari Raya.[4] Kini keluarga ini tinggal di Taman Melewar, Gombak. Dia ditahan di Kem Tahanan Kamunting selama 55 hari. Bilangan hari itu dihitung melalui gelang getah bungkusan makanan yang diberi setiap hari.

Kesalahannya mungkin kerana mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Abu Bakar Bashir di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ustaz Abu Bakar ditahan kerana dituduh memimpin Jemaah Islamiah Asia Tenggara dan terbabit dalam Pen geboman Bali 2002. Ketika mendengar ceramah agama, tidak terfikirpun tentang JI. Seramai 13 orang yang dituduh anggota Kumpulan Militan Malaysia yang mahu menyerang Pelabuhan Klang.

Rujukan sunting

  1. ^ "Being ISA detainee '095' for seven years". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-03. Dicapai pada 2010-08-01.
  2. ^ Cerita kegigihan, kisah kecekalan Cikgu Laila
  3. ^ Kezaliman ISA terdedah di sidang hak asasi PBB Geneva
  4. ^ Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta...