Mata (lagu Ayda Jebat)

"Mata" ialah lagu oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Ia dikeluarkan sebagai single keempatnya pada 28 Julai 2017 melalui Paranormal Talents dengan lagu dan lirik oleh Audi Mok dan Shazee Ishak. Lagu ini telah memenangi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2018.[1]

"Mata"
Single oleh Ayda Jebat
Dikeluarkan pada28 Julai 2017
FormatMuat turun digital
GenreR&B, pop
Panjang4:07
SyarikatParanormal Talents
PenulisAudi Mok, Shazee Ishak
Kronologi single Ayda Jebat
"Nakal Nakal Nakal"
(2016)
"Mata"
(2017)
"Temberang"
(2018)

KontroversiSunting

"Mata" menjadi subjek kecaman apabila logo single lagu itu didakwa mempunyai hubung kait dengan illuminati. Menurut Ayda, gimik logo yang mencantumkan beberapa nombor itu menampakkan bentuk mata, yang dikatakan seperti lambang Illuminati. Beliau berkata bahawa simbolik mata itu mempunyai maksudnya tersendiri. "Jika diamati sebaiknya, dapat dilihat beberapa nombor yang dicantumkan kelihatan seperti mata. Ia bukan saja-saja dibuat tanpa mempunyai maksud, sebaliknya ia membawa makna simbolik dalam setiap bentuk yang dipilih. Lagu "Mata" membawa erti semangat yang didekasikan buat mereka yang hampir berputus asa untuk bangkit dan tidak mengalah begitu saja. Selain memberi aura positif menerusi lagu ini, saya juga berharap peminat turut menghayati liriknya".[2]

Format dan senarai runutSunting

  • Muat turun digital[3]
  1. "Mata" – 4:07

CartaSunting

Carta (2017) Kedudukan
carta
Era FM
Hot FM
Muzik Muzik 1

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 28 Julai 2017 Muat turun digital[3]
Penstriman digital[4]
Paranormal Talents

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Lagu Terbaik Malaysia Menang [5]

RujukanSunting

  1. ^ Qarami Hashim (5 Oktober 2018). Ayda Jebat puas dapat tebus kekecewaan lalu mStar Online. Dicapai pada 5 Oktober 2018.
  2. ^ Farhana Ab Rahman dan Feride Hikmet Atak (27 Julai 2017). Simbol mata ada maksud sendiri: Ayda Jebat Berita Harian. Dicapai pada 17 September 2017.
  3. ^ a b "Mata - Single - Ayda Jebat". iTunes Store (MY). Apple. 25 November 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  4. ^ "Mata - Single by Ayda Jebat". Spotify. 1 Oktober 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  5. ^ Ifqdar Rahman (29 September 2018). Mata nyanyian Ayda Jebat rangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Oktober 2018.