Mata Permata ialah sebuah filem dokudrama pendek Malaysia 1964 arahan Osman Haji Shamsuddin dengan cerita dan skrip oleh Aziz Alias terbitan Filem Negara Malaysia (FNM).[1] Diadaptasi dari cerita pendek Perancis 1884, La Parure ("The Necklace") karya Guy de Maupassant, ia berkisarkan tentang konflik kekeluargaan dan kejiranan akibat harta.[2] Ia ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Hari Raya Aidilfitri 1964 dan menjadi lakonan pertama dan terakhir Norma Salim yang meninggal dunia pada 1963.

Mata Permata
GenreDrama
Berdasarkan daripada
La Parure ("The Necklace") oleh Guy de Maupassant
PenciptaAziz Alias
Ditulis olehAziz Alias
PengarahOsman Hj. Shamsuddin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitMohd Zain Hussain
PenyuntingRaymond Lopez
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Filem Negara Malaysia
Penyiaran
Saluran asalTV1
Format gambar576i (NTSC)
Format audioStereo
Siaran asal15 Februari 1964

Sinopsis sunting

Mengisahkan pergolakan sepasang suami isteri, Kahar (S.M. Salim) dan Jenah (Nurlidar Saidi) akibat perasaan irihati dan si isteri mahu menunjuk-nunjuk. Jenah tidak mahu jirannya, Latifah (Norma), melebihi dirinya. Dia suka meminjam barang-barang emas dan intan berlian.

Jenah seorang yang boros, menyebabkan suaminya, Kahar tidak boleh berjimat cermat, sebaliknya Latifah pandai berjimat cermat. Untuk menghadiri jemputan kahwin di rumah Penghulu, Jenah telah meminjam barang-barang emas dan intan berlian dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Tetapi di malam keramaian, akibat hujan lebat, Jenah telah menghilangkan subang yang dipinjamnya, dan ini menyebabkan Kahar berjanji kepada Pak Dollah (Ismail Bontak) akan mencari wang untuk mengganti subang tersebut. Dia menjualkan segala harta-bendanya.

Hutang Kahar semakin banyak, sehingga diketahui jirannya, Cikgu Latif (Abu Bakar Ahmad). Dia menolong Kahar dengan memasukkannya sebagai ahli syarikat kerjasama jimat cermat dan pinjam meminjam. Dengan menjadi ahli syarikat tersebut, Kahar dapat menyelesaikan kesemua hutang piutangnya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • S.M. Salim sebagai Kahar
  • Nurlidar Saidi sebagai Jenah
  • Siti Hawa Zain sebagai Mak Ngah
  • Abu Bakar Ahmad sebagai Cikgu Latif
  • Norma Salim sebagai Latifah

Pelakon undangan sunting

Kredit sunting

Diperoleh dari catatan penerbitan.[3]

  • Karya (cerita dan skrip): Aziz Alias
  • Jurugambar: Tony Aeria
  • Penyunting: Raymond Lopez
  • Penyelia muzik: Saiful Bahri
  • Jurubunyi: Mustafa Kemal
  • Penolong pengarah I: J.J. Xavier
  • Penolong pengarah II: S.M. Salim (tidak dikreditkan)
  • Penolong jurugambar: Hassan Rashid
  • Jurugambar luar studio: Latiff Tamin, Daud Iman
  • Penerbit bersekutu: Wong Khye Weng
  • Penerbit: Mohd Zain Hussain
  • Pengarah: Osman Hj. Shamsuddin

Penerbitan dan keluaran sunting

Mata Permata diadaptasi daripada cerita pendek Perancis 1884, La Parure ("The Necklace") karya Guy de Maupassant. Pasangan seniman S.M. Salim dan Norma Salim melakonkan watak utama, sebagai suami isteri. Untuk filem ini, beliau berkhidmat sebagai penolong pengarah. Kakitangan Radio Malaysia (kemudian RTM) melakonkan watak-watak penting dalam filem ini.

Filem ini ditujukan khas kepada pelakon utamanya, Norma yang meninggal dunia pada 12 September 1963 akibat kemalangan jalan raya dan ia dikeluarkan secara anumerta. Mata Permata ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 pada 15 Februari 1964, sempena Hari Raya Aidilfitri dan di Taman Bunga, Kuala Lumpur.[4]

Pada Januari 1965, filem ini telah dipertontonkan di New Delhi, India sempena Festival Filem Antarabangsa Ketiga yang berlangsung dari 9 hingga 21 Januari.[5]

Filem ini dipertontonkan pada 22 Januari 2000 sempena majlis apresiasi filem ini anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).[6]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1964 Festival Filem Asia Pasifik ke-11 Sumbangan Dalam Kemajuan Pendidikan Sosial Mata Permata Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Alias Dunos (28 November 1964). "Filem Mata Permata mendapat sambutan". Berita Harian. m/s. 7. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  2. ^ "Mata Permata... Adaptasi karya Perancis". Utusan Malaysia. 24 Januari 2000. Dicapai pada 20 Ogos 2010.
  3. ^ Mata Permata (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Malaysia: Filem Negara Malaysia. 1964.
  4. ^ "Achara di-kebun bunga". Berita Harian. 15 Februari 1964. m/s. 7. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  5. ^ "Malaysian film at New Delhi festival" [Filem Malaysia di festival New Delhi] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 9 Januari 1965. m/s. 5.
  6. ^ "Dialog filem klasik". Harian Metro. 22 Januari 2000. Dicapai pada 20 Disember 2020.

Pautan luar sunting