Material (album Yuna)

Material ialah album Malaysia tahun 2015 oleh penyanyi wanita Malaysia Yuna, dikeluarkan pada 5 Mei 2015.[1] Ia merupakan album bahasa Melayunya yang pertama.[2]

Material
Album studio oleh
Dilancarkan pada5 Mei 2015
Dirakamkan pada2014-2015
Genre
Panjang26:51
SyarikatYuna Room Records
FMC Music
Kronologi Yuna
Nocturnal
(2013)
Material
(2015)
Chapters
(2016)
Single daripada Material
  1. "Lelaki"
    Dikeluarkan: 2014
  2. "Lautan"
    Dikeluarkan: 2014
  3. "Material"
    Dikeluarkan: 2015
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Material merupakan album bahasa Melayu pertama Yuna yang terdiri daripada 7 lagu, dimana lagu bertajuk "Material" menjadi single utama untuk album ini. Kebanyakan lagu di dalam album ini telah dikeluarkan beberapa tahun yang lalu sebagai single berasingan. Matlamat album ini adalah untuk meluahkan kerinduan beliau terhadap Malaysia dan untuk mendekatkan lagi dirinya dengan semua peminat dan penyokongnya di Malaysia.

Yuna telah melancarkan album Bahasa Inggeris di Malaysia dan juga telah menetap di Amerika Syarikat selama 5 tahun yang lalu untuk mengeluarkan album antarabangsa. Album Material merupakan satu penghormatan kepada tanah kelahirannya, kerana kesemua lagu adalah dalam bahasa ibunda, yang sekaligus mengingatkan Yuna kepada asal usulnya.

Sama seperti single "Material", ia menceritakan kisah bagaimana Yuna yang mahu hidup dalam dunia Material, dengan semua kemasyhuran dan tekanan yang telah beliau lalui, sepanjang bertahun-tahun kejayaannya. Bagaimanapun, beliau mengatasi itu dengan mengingatkan dirinya di mana dia datang dan untuk selalu kembali kepada asal-usulnya. Beliau mengingatkan dirinya dengan rakan-rakan, keluarga dan peminat yang sentiasa menyokong dari awal kerjayanya yang bermula di Malaysia.

Keluaran dan sambutan sunting

Material dikeluarkan pada 5 Mei 2015, majlis pelancaran album ini diadakan di Coffee Planet, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Untuk mempromosikan album ini, tajuk runutnya "Material" dikeluarkan sebagai single. Selain itu, lagu "Dan Sebenarnya" yang sebelum ini dimuatkan dalam album EP beliau turut dimuatkan dalam Material.[3]

Lagu "Lautan" telah dipilih sebagai lagu tema filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Senarai runut sunting

No.TajukMasa
1."Material"3:32
2."Lautan"4:25
3."Bicara"3:31
4."Sayang"3:30
5."Langit"3:36
6."Lelaki"3:47
7."Dan Sebenarnya"4:23
Jumlah masa: 26:51


Rujukan sunting

  1. ^ Yuna Lancarkan Album Baharu Berjudul “Material” Wanista. Dicapai pada 7 Mei 2015.
  2. ^ Shahirah Mokhtazar (5 May 2015). Yuna releases first Malay album, Material New Straits Times. Diperoleh pada 7 Mei 2015.
  3. ^ Yuna releases first Malay album, Material Malaysia Global Business Forum. Dicapai pada 7 Mei 2015.

Pautan luar sunting