Material (lagu Bahiyya Haneesa)

"Material" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan a cappella Malaysia, Bahiyya Haneesa. Ia dikeluarkan sebagai single pertama mereka pada 12 Oktober 2018 oleh Sony Music Malaysia. Lagu ini ialah hasil karya sepenuhnya oleh Omar K dan Ikhwan Fatanna.[1][2]

"Material"
Single oleh Bahiyya Haneesa
Dilancarkan pada12 Oktober 2018
Format
Genre
Panjang
  • 3:48 (single)
  • 4:18 (muzik video)
SyarikatSony Music Malaysia
Penulis
PenerbitOmar K
Kronologi single Bahiyya Haneesa
"Material" ""Percaya"
(2020)"
"Material" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Ketua kumpulan, Wafa Hisamudin berkata kepada Sinar Harian:

“Single sulung kami ada unsur keagamaan dan menyeluruh. Maksudnya, pelbagai berbangsa boleh mendengar kerana ia mempunyai mesej yang positif. Kami tak mahu sekadar menyanyi lagu kerohanian terhad kepada umat Islam sahaja tetapi juga terbuka kepada bukan Islam,".[2]

Muzik video sunting

Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Khairul Hazwan dan telah dimuat naik di saluran YouTube rasmi kumpulan ini pada 29 Oktober 2018. Ia telah menerima jumlah 93,000 tontonan.[1] Penggambaran muzik video ini dijalankan di Sunway Lagoon. Selebriti terkenal seperti Mawi, Ben Ladin, Raqib Majid dan Misha Omar membuat penampilan khas dalam video ini.

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[3]
  1. "Material" – 3:48

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 12 Oktober 2018 Muat turun digital[3]
Penstriman digital[4]
Sony Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ a b Norhayati Nordin (9 Disember 2018). "Material kena dengan jiwa kami". Harian Metro. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  2. ^ a b Zulqarnain Abu Hassan (27 Februari 2019). "Bahiyya Haneesa teroka pelbagai genre". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  3. ^ a b "Material by Bahiyya Haneesa on Apple Music" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 13 Disember 2020.
  4. ^ "Material single by Bahiyya Haneesa" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 13 Disember 2020.