Sir Alexander Matthew "Matt" Busby CBE, KCSG (26 Mei 1909 – 20 Januari 1994) merupakan bekas pemain dan pengurus bola sepak lagenda berbangsa Scotland, dimana merupakan pengurus Manchester United dari 1945 dan 1969 dan sekali lagi untuk separuh musim 1970-71. Rekod beliau di Manchester United hanya diatasi oleh Sir Alex Ferguson.

Sir Matt Busby
Maklumat peribadi
Nama penuh Alexander Matthew Busby
Tarikh lahir (1909-05-26)26 Mei 1909
Tempat lahir Orbiston, Bellshill, Scotland
Tarikh kematian 20 Januari 1994(1994-01-20) (umur 84)
Tempat kematian Cheadle, Stockport, England
Posisi permainan Sayap kanan
Kerjaya remaja
1928 Denny Hibs
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1928–1936 Manchester City 204 (11)
1936–1941 Liverpool 115 (3)
1941–1943Hibernian (guest) 0 (0)
Jumlah 319 (14)
Pasukan kebangsaan
1933 Scotland 1 (0)
1941 Scottish League XI 1 (0)
Pasukan diurus
1945–1969 Manchester United
1948 Great Britain
1958 Scotland
1970–1971 Manchester United
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Sebelum memasuki pengurusan, Busby merupakan pemain untuk dua pasukan lawan Manchester United iaitu Liverpool dan Manchester City. Semasa di City, beliau bermain di dua perlawanan akhir Piala FA, menang satu daripadanya. Berikutan gangguan Perang Dunia II, Busby ditawarkan kerja sebagai pembantu jurulatih di Liverpool, tetapi mereka tidak bernarkan beliau untuk mengambil alih pasukan maka beliau nekad untuk menjadi pengurus Manchester United, dimana Busby terkenal dengan Busby Babes dan memperoleh 13 trofi bersama Manchester United.

Kehidupan awal sunting

Busby merupakan anak kepada Alexander dan Nellie Busby, di sebuah perkampungan kecil yang melombong arang batu di Orbiston, Bellshill, Lanarkshire Utara. Bapa Busby merupakan seorang pelombong, tetapi berkhidmat sebagai askar dalam Perang Dunia I, beliau dibunuh oleh penembak tepat pada 23 April 1917 di Pertempuran Arras. Tiga pakcik beliau dibunuh di Perancis bersama Pendaki Cameron. Nellie ditinggalkan untuk membesarkan Matt bersama tiga adik beradiknya sehingga perkahwinannya bersama Harry Matthie pada 1919.

Busby sering meneman bapanya ke lubang arang batu, tetapi cita-cita sebenar beliau ialah untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Pada 1973, autobiografi milik Busby menggambarkan dirinya sebagai gila bola sepak daripada kanak-kanak lain di Bellshill.

Ibunya membantu beliau apabila beliau memohon untuk mengemigrasi Matt ke Amerika Syarikat pada 1920an, tetapi berlaku penangguhan selama 9 bulan.

Pada masa yang sama, Busby bekerja sepenuh masa sebagai pelombong dan bermain bola separuh masa untuk pasukan Denny Hibs. Beliau hanya bermain beberapa perlawanan bersama Denny Hibs, tetapi tidak lama apabila beliau ditandatangani oleh Manchester City.

Kareer bermain sunting

Kareer kelab sunting

Pada usia 18 tahun, Busby ditandatangani oleh Manchester City dengan kontrak setahun bernilai £5 seminggu pada 11 Februari 1928, bersama peruntukan untuk beliau jika Matt ingin emigrasi ke Amerika Syarikat bersama ibunya. Beliau membuat keputusan untuk menetap dan membuat kemunculan untuk City pada 2 November 1929. Beliau membuat 11 kemunculan untuk City musim itu dengan lima gol dalam proses.

Pada musim 1930-31, pengurus City, Peter Hodge membuat keputusan bahawa bakat Busby lebih baik, maka Busby bermain untuk posisi tengah belah kanan. Dalam posisi baru beliau, Busby membina reputasi sebagai pemain pintar dan memberi bola kepada rakan sepasukan dengan mudah. Pada 1930, Manchester United bertanya tentang Busby untuk dibeli tetapi United tidak mampu membayar £150 dengan kemahuan City. Pada musim 1931-32, Busby membuat kemunculan untuk pasukan pertama, hanya terlepas satu perlawanan musim itu. Pada 1930an, Manchester City menjadi sebuah pasukan yang kuat dalam Piala FA. Mereka capai perlawanan separuh akhir pada 1932 dan perlawanan akhir pada 1933 sebelum memenangi pertandingan itu pada 1934. Walau bagaimanapun, kedudukan Busby terancam pada tengah musim 1934-35 apabila jersey nombor 4 beliau dipakai oleh Jack Percival yang mendapat tempat utama dalam pasukan maka Busby dijual ke Liverpool untuk £8,000 pada 12 Mac 1936, dengan membuat lebih 200 kemunculan untuk Manchester City.

Beliau membuat kemunculan untuk The Reds dua hari kemudian, pada 14 Mac menentang Huddersfield Town; dimana Liverpool tewas 1-0. Busby membantu dengan menambah beberapa gol sebulan kemudian, dan mendapat jersey nombor 4 dalam pasukan, menewaskan Ted Savage dalam proses. Beliau juga jarang untuk meninggalkan perlawanan pada tiga musim berikutnya. Busby dijadikan kapten Liverpool dan membawa kelab itu ke era yang bagus. Bersama Jimmy McDougall dan Tom Bradshaw, Busby membuat sesuatu perkara yang dikatakan sebagai pemain yang berposisi tengah belah kanan terbaik Liverpool pernah ada.

Bob Paisley menyertai Liverpool dari Bishop Auckland pada 1939, dan merupakan Busby membantu beliau dan menunjukkan selok belok di Anfield. Ini mewujudkan hubungan akrab antara dua pengurus lagenda dalam sejarah bola sepak Inggeris. Tidak lama kemudian, tercetusnya Perang Dunia II, menjadi tanda terakhir untuk Busby bermain. Seperti mana staf Liverpool yang lain, Busby berkhidmat untuk servis nasional di bawah Regimen Raja Liverpool.

Busby membuat beberapa penampilan ketika peperangan, membuat tiga penampilan untuk Chelsea. Beliau juga menolak tawaran Middlesborough, Reading, Brentford, Bournemouth & Boscomber Athletic and Hibernian.

Kareer antarabangsa sunting

Busby membuat hanya sekali secara rasmi penampilan untuk Scotland, beliau bermain dalam 3-2 British Home Championship menewaskan Wales di Ninian Park, Cardiff pada 4 Oktober 1933. Menentang beliau ialah pembantu akan datang beliau iaitu Jimmy Murphy, Busby turut membuat tujuh penampilan untuk Scotland menentang England semasa Perang Dunia II, memenangi satu daripada semua perlawanan tersebut, tetapi perlawanan ini dianggap tidak rasmi. Beliau membuat penampilan untuk Scottish League XI dalam perlawanan antara liga pada 1941, beliau merupakan pemain tetapi Hibernian.

Kareer pengurusan sunting

Hari-hari awal di Manchester United sunting

Semasa perang dunia kedua, Busby berkhidmat sebagai jurulatih di Army Physical Training Corps (Tentera Kor Latihan Fiizikal) dan memberi pengalaman untuk Busby selepas ditawarkan untuk menjadi pembantu jurulatih kepada George Kay. Walau bahgaimanapun, Busby menolak tawaran tersebut atas beberapa faktor dan dijelaskan kepada lembaga Liverpool, pengerusi Billy McConnell membenarkan Busby untuk pekerjaan alternatif.

Selepas Manchester United telah cuba membeli Busby dari City pada 1930, beliau menjadi kawan baik kepada tukang pasang United, Louis Rocca; hubungan mereka membantu kerana mereka berdua merupakan ahli Kelab Sukan Katolik Manchester. United memerlukan dan terdesak untuk pengurus apabila berlaku pengambil alihan dari Walter Crickmer selepas peperangan dan mesyuarat lembaga diadakan pada Disember 2044 tetapi tiada jawapan untuk bakal pengurus. Mengetahui bahawa Liverpool telah menawarkan Busby sebuah pekerjaan, Rocca menyakinkan kepada lembaga United dengan "biar dia [Busby] lakukan" dan dengan cepat menulis surat kepada Busby sebagai regimen askar. Surat itu agak samar-samar tetapi dipastikan bahawa ianya "sebuah pekerjaan", jika-jika surat ini jatuh ke tangan kelab lain misalnya Liverpool.

Pada Februari 1945, masih dalam uniform, Busby menghadiri Cornbrook Cold Storage, one daripada pengerusi United, bisnes James W. Gibson di Old Trafford untuk membincangkan isi-isi surat Rocca bersama pengerusi. Busby memohon agar dia dapat melibatkan diri dalam latihan, memilih pasukan dan memilih pemain yang ingin dibeli dan menjual pemain tanpa gangguan ahli lembaga. Tahap pengawasan Busby sepatutnya dilarang dalam perlawanan Inggeris tetapi pengerusi United tidak boleh membantah. Busby pada asalnya ditawarkan tiga tahun kontrak tetapi berjaya mendapat lima tahun kontrak bahawa akan mengambil masa yang lama untuk membawa perubahan ketara kepada United.

Kontrak itu ditandatangani ada 19 Februari 1945 tetapi tidak dikira sehingga 1 Oktober apabila Busby mengambil alih tampuk di United. Sementara itu, beliau pulang ke Army Physical Training Corps dimana beliau membawa skuad ke Bari, Itali pada musim bunga 1945. Di sana, beliau mengambil alih sesi latihan yang dibuat oleh pegawai tidak ditauliahkan yang diketuai oleh bekas pemain West Bromwich Albion, Jimmy Murphy. Mengagumi sikap Murphy, Busby berbincang dengan beliau dan menawarkan pekerjaan ketua jurulatih di Manchester United, dimana beliau menerimanya dan menjadi rasmi pada awal 1946.

Kedua-duanya mula memperkenalkan diri, membawa United ke tempat kedua dalam liga, dibelakang bekas ketua Busby, sehingga tamat musim 1946-47. Manchester United berada di tempat kedua dalam liga pada 1947,1948,1949 dan 1951, dan memenangi Piala FA pada 1948, sebelum memenangi kejuaraan liga pada 1952. Ini menjadi kebangaan kelab apabila mereka memenangi trofi terakhir pada 1911.

Pada 1952, walau bagaimanapun, dikaptenkan oleh Johnny Carey, mula menunjukkan kekuatan, bersama beberapa pemain baru. Busby, yang berjaya dalam tawaran tinggi untuk pasukan sehingga bekas pengalaman pengurusan, telah dijangkakan untuk menandatangani dengan jumlah yang besar kepada pemain-pemain yang terkenal. Walau bagaimanapun, beliau cuma menggantikan pemain lama dengan pemain muda yang berusia 16 dan 17 tahun. Ini termasuk Bill Foulkes, Mark Jones, Albert Scanlon, David Peggand dan Liam Whelan. Diantara mereka ialah Duncan Edward, yang dikatakan pemain terbaik pada era beliau dan mewakili England pada usia 17 tahun, pemain muda paling lama sehingga rekodnya dipecahkan lebih daripada 40 tahun. Beliau menandatangani beberapa pemain yang terdekat diantara 1951 dan 1957, contoh-contoh yang jarang seperti Johnny Berry, Tommy Taylor dan Harry Gregg.

Busby menguruskan Great Britain pada 1947 Summer Olympics. Pasukan itu capai perlawanan separuh akhir tetapi tewas 3-1 kepada juara pertandingan, Yugoslavia.

Pada 1956, selepas United memenangi gelaran liga, Busby ditawarkan pengurusan Real Madrid. Presiden Real Madrid memberitahu beliau bahawa peluang itu seperti "syurga pengurusan". Busby menjawab semula dengan menolak pekerjaan dan menambah "Manchester ialah syurga saya".

Busby Babes and tragedi Munich sunting

Ketika ini, pasukan ini dinamakan sebagai Busby Babes (budak-budak Busby), kerana pemain-pemain muda yang ramai di dalam pasukan. Mereka memenangi liga pada musim 1956 dan 1957, dan mendapat tempat kedua dalam Piala FA 1957 selepas tewas kepada Aston Villa. Pemain muda yang berjaya adalah seperti Tommy Taylor dan Harry Greggwere merupakan pemain yang ditandatangani secara besar-besaran selepas hampir lima tahun.

Busby dan pasukan beliau bermula pada musim 1957-58 dengan ingin memburu semula kejuaraan liga, Piala FA dan Piala Eropah. Dalam perjalanan pulang dari perlawanan Piala Eropah menentang Red Star Belgrade pada 6 Februari 1958, kapal terbang mereka terhempas di Munich-Reim Airport. Tujuh pemain, tiga pegawai bersama 21 penumpang telah terbunuh ditempat kejadian; Duncan Edwards meninggal dunia akibat kecederaan dua minggu kemudian, manakala dua pemain yang cedera tidak bermain bola lagi. Busby menderita beberapa kecederaan dan dua kali menerima upacara terakhir, tetapi beliau pulih dari kecederaan dan meninggalkan hospital sembilan minggu kemudian.

Beliau tidak sedar mengenai tragedi Munich sehingga 3 minggu selepas terhempas, doktor merasakan bahawa beliau tidak cukup kuat untuk mengetahui perkara sebenar hingga hari itu. Beberapa kali sekitar Februari, beliau bertanya kepada seorang rahib tentang Duncan Edward, rahib itu yang tidak menyedari tentang berita kematian Edward dirahsiakan telah menjalankan tugas dengan memberitahu Busby bahawa Edward telah meninggal dunia. Isterinya, Jean memberitahu beliau bahawa pemain-pemain mati turut meninggal dunia termasuk beberapa pegawai.

Beliau melaporkan kepada isterinya bahawa beliau ingin meletak jawatan dan berasa salah akibat tragedi itu. Busby telah menolak desakan Liga Bolasepak Inggeris yang menyuruh United untuk tidak memasuki Piala Eropah, dan tidak patut mendesak juruterbang untuk berlepas walaupun dalam keadaan salji yang turun dengan tebal. Jean menyuruh Matt untuk menjalankan tugas beliau demi pemain-pemain yang telah meninggal dunia. Busby telah berjumpa Johnny Berry yang mengalami kecederaan mengadu tentang Tommy Taylor yang sepatutnya melawat beliau di hospital - tetapi tidak sedar bahawa Taylor telah terbunuh, manakala Busby tetap dengan tidak memberitahu Berry tentang berita itu kerana berada dalam keadaan yang sukar.

Pada masa yang sama, pasukan itu dijaga oleh Jimmy Murphy, yang mengambil alih pasukan Wales ketika tragedi itu dan sebagainya beliau tidak hadir. Busby hadir untuk melihat pasukan United baru dlama Piala FA di perlawanan akhir menentang Bolton Wanderers di Wembley tiga bulan kemudian dan menyambung tugas pengurusan sehingga musim berikutnya.

Busby dilantik sebagai pengurus Scotland sebelum Tragedi Munich. Dawson Walker mengambil alih semasa Piala Dunia 1958. Selepas pulih dari kecederaan, Busby menguruskan Scotland dalam dua perlawanan menentang Wales dan Northern Ireland dalam perlawanan terakhir beliau.

Pasukan selepas Tragedi Munich sunting

Selepas kemalangan, Busby membina sebuah pasukan dengan yang masih hidup dari tragedi Munich termasuk Harry Gregg, Bobby Charlton dan Bill Goulkes. Beliau turut membawa masuk pemain-pemain dari kelab lain termasuklah David Herd, Albert Quixall dan Denis Law. George Best yang telah ditinjau United dibawah Bob Bishop ditandatangani oleh ketua penijau Joe Armstrong.

Busby berjaya membina semula United, beliau membawa pasukan ini memenangi 3-1 menentang Leicester City dalam perlawanan Piala FA 1963. Mereka merupakan juara liga pada 1965 dan sekali lagi 1967, kekalahan satu perlawanan pada musim 1967-68 menyaksikan Manchester City memenangi liga.

Kejayaan Eropah dan persaraan sunting

Kejayaan terbesar dalam kareer beliau adalah pada 29 Mei 1968 apabila pasukan ini memenangi Piala Eropah. Beliau bersara sebagai pengurus pada akhir musim, mengumumkan bahawa niat beliau itu pada 14 Januari 1969, tetapi kekal sebagai pengarah kelab, memberikan tugas pengurusan kepada bekas pemain Wilf McGuinness.Apabila McGuinness dipecat pada Disember 1970, Busby pulang ke pengurusan United, tetapi tiada persoalan mengenai mengapa beliau kembali. Jawatan itu kemudiannya diserahkan kepada Frank O'Farrell pada Jun 1971 selepas United gagal mendekati Jock Stein dan Don Revie.

Beliau menjadi pengarah kelab untuk 11 tahun, sebelum menjadi presiden pada 1982.

Busby dianugerahkan CBE pada 1958 dan dikastiakan berikutan kemenangan Piala Eropah pada 1968 sebelum dijadikan Knight Commander of St. Gregory oleh Pope pada 1972.

Tahun berikut dan kematian sunting

Matt Busby menderita strok ringan pada Julai 1980 pada usia 71 tahun, tetapi membuat pemulihan sepenuhnya. Tidak lama kemudian, isteri beliau Jean menjadi sakit dengan penyakit Alzheimer. Beliau meninggal pada usia 80 tahun, pada Disember 1988 di rumah Manchester. Mereka telah berkahwin untuk 58 tahun.

Testimonial diadakan di Old Trafford pada Ogos 1991, berikutan pemain United generasi baru seperti Mark Hughes dan Steve Bruce menentang Ireland Republik dengan keputusan seri 1-1.

Matt Busby dijadikan subjek This Is Your Life dua kali, pada Januari 1958 (sebulan selepas tragedi Munich) apabila dikejutkan oleh Eamonn Andrews di BBC Studio di Manchester dan pada Mei 1971, apabila beliau pertama kali menjadi subjek yang dianggap sebagai pujian untuk kali kedua. Untuk kali ini, Andrews memberi kejutan kepada beliau selepas perlawanan beliau menentang Manchester City di Maine Road.

Busby disebut di B.B. King dan Doris Day, dalam lagu Beatles, Dig It, dalam album Let It Be, yang diterbitkan pada 1970.

Beliau meninggal akibat kanser pada usia 84 tahun pada Januari 1994 di The Alexandra Hospital di Cheadle, Stockport, Greater Manchester. Beliau dikuburkan di Southern Cemetery, Manchester bersama isterinya, Jean.