Matt Damon

Pelakon, penulis dan penerbit filem Amerika Syarikat

Matthew Paige "Matt" Damon (/ˈdmən/; lahir 8 Oktober 1970)[1] ialah seorang pelakon, penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat. Damon dan Ben Affleck menulis lakon layar yang memenangi Anugerah Akademi, Good Will Hunting (1997) yang juga dibintangi olehnya. Beliau merupakan salah seorang daripada 40 pelakon lelaki dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Sebagai tambahan kepada banyak anugerah yang diterima oleh Damon termasuk Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe, beliau menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2007 untuk kerjanya dalam industri filem.

Matt Damon
Damon pada tahun 2015
Kelahiran
Matthew Paige Damon

(1970-10-08) 8 Oktober 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon, penerbit, penulis
Tahun aktif1988–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PasanganLuciana Bozán Barroso (k. 2005)
Anak-anak4

Damon dikenali sebagai pelakon versatil, membintangi dalam filem-filem yang mencapai kejayaan komersial dan kritis seperti siri Bourne, Ocean, The Talented Mr. Ripley (1999), Dogma (1999),[2] Saving Private Ryan (1998) dan The Martian (2015). Beliau mendapat pujian kritis untuk lakonannya dalam Syriana (2005) dan The Good Shepherd (2006) serta The Departed (2006).

Kehidupan awal sunting

Damon dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, anak kepada Kent Telfer Damon dan Nancy Carlsson-Paige.[3][4] Bapanya berketurunan Inggeris dan Scotland manakala ibunya berketurunan Finland dan Sweden.[5][6][7] Damon dan keluarganya berpindah ke Newton untuk dua tahun. Ibu-bapanya bercerai ketika beliau berumur dua tahun dan kembali bersama ibunya ke Cambridge.[4][8] Beliau menghadiri Sekolah Alternatif Cambridge (sekarang Graham and Parks) dan kemudiannya Sekolah Latin dan Cambridge Rindge. Damon berlakon dalam beberapa produksi teater sekolah tinggi.[4] Damon menghadiri Universiti Harvard tetapi meninggalkan universiti itu untuk berlakon dalam School Ties.

Kerjaya sunting

1988–1996 sunting

Damon menghadiri Universiti Harvard pada tahun 1988 dimana beliau muncul dalam lakonan teater pelajar seperti Burn This dan A... My Name is Alice.[9][10] Beliau membuat penampilan filem pertamanya ketika berumur 18 tahun dalam Mystic Pizza.[11] Sebagai seorang pelajar di Universiti Harvard, beliau berlakon sebagai peranan kecil seperti dalam Rising Son dan School Ties.[12] Beliau meninggalkan universiti itu pada tahun 1992 untuk berlakon dalam Geronimo: An American Legend[9][13] Damon kemudiannya muncul dalam Courage Under Fire.[11][14]

1997–2000 sunting

 
Damon dan Rino Barillari di Rome pada tahun 1999

Pada awal tahun 1990an, Damon dan Affleck menulis lakon layar Good Will Hunting (1997).[15] Ia menerima sembilan pencalonan Anugerah Akademi, mendapatkan Damon dan Affleck Oskar[16][17] dan Golden Globes untuk Lakon Layar Terbaik.[18] Damon juga dicalonkan Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem itu.[16] Beliau dan Affleck dibayar gaji $600,000 manakala filem itu mengutip lebih daripada $225 juta di seluruh dunia.[19] Kedua-dua mereka kemudiannya membuat parodi watak dari filem itu dalam Jay and Silent Bob Strike Back.[20]

Juga pada tahun 1997, Damon merupakan watak utama dalam The Rainmaker.[21] Selepas berjumpa Damon di set Good Will Hunting, Steven Spielberg memilih Damon untuk berlakon dalam Saving Private Ryan.[22] Beliau melakonkan watak Tom Ripley dalam The Talented Mr. Ripley (1999).[11][23] Beliau juga mempunyai peranan dalam Dogma (1999).[24] Peranan Damon sebagai watak utama dalam filem romantik seperti All the Pretty Horses dan The Legend of Bagger Vance gagal mencapai kejayaan komersial dan kritis.

2001–2007 sunting

 
Brad Pitt, George Clooney, Damon, Andy García dan Julia Roberts (barisan pelakon Ocean's Eleven), bersama pengarah, Steven Soderbergh pada bulan Disember 2001

Dari tahun 2001 sehingga 2007, Damon mula lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada dua francais filem. Beliau membintangi sebagai Linus Caldwell dalam Ocean's Eleven; disusuli dengan dua sekuel, Ocean's Twelve (2004) dan Ocean's Thirteen (2007).[11] Beliau melakonkan watak Jason Bourne dalam The Bourne Identity (2002), The Bourne Supremacy (2004) dan The Bourne Ultimatum (2007).[11]

 
Damon dan Robert De Niro di Berlin pada bulan Februari 2007 untuk pembukaan filem The Good Shepherd

Damon melakonkan watak kembar siam dalam Stuck on You (2003) yang menerima skor 60% di Rotten Tomatoes dan ulasan bercampur . Beliau melakonkan watak Wilhelm Grimm dalam The Brothers Grimm (2005) yang gagal mencapai kejayaan komersial. Kemudiannya pada tahun itu, beliau muncul dalam Syriana.[25]

Pada tahun 2006, Damon menyertai Robert De Niro dalam The Good Shepherd sebagai pegawai CIA dan mempunyai peranan dalam The Departed.[11] The Departed mendapat skor 92% di Rotten Tomatoes dan menerima ulasan positif. Damon membuat penampilan kameo tidak dikredit dalam Youth Without Youth (2007) dan satu lagi penampilan kameo dalam Che.

2009–kini sunting

Beliau membuat penampilan tetamu dalam musim keenam Entourage sebagai dirinya sendiri.[26][27] Peranan seterusnya adalah dalam The Informant! (2009).[28][29] Juga pada tahun 2009, Damon melakonkan watak François Pienaar dalam Invictus.[30] Invictus mendapatkan Damon pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[31]

Pada tahun 2010, beliau bekerjasama semula dengan pengarah, Paul Greengrass untuk filem aksi thriller, Green Zoneyang gagal mencapai kejayaan komersial[32] dan menerima skor 53% di Rotten Tomatoes.[33] Beliau muncul sebagai bintang tetamu dalam sebuah episod Arthur bertajuk "The Making of Arthur" sebagai dirinya sendiri. Semasa Musim 5 30 Rock, beliau muncu sebagai bintang tetamu dalam episod "I Do Do", "The Fabian Strategy", "Live Show" dan "Double Edged Sword". Projek 2010 Damon termasuk Hereafter dan True Grit.[34]

Pada tahun 2011, beliau membintangi dalam The Adjustment Bureau, Contagion dan We Bought a Zoo. Pada bulan April 2012, Damon menjalani pengambaran Promised Land, diarahkan oleh Gus Van Sant.[35][36][37] Damon mempunyai peranan dalam Behind the Candelabra yang ditayangkan di HBO pada Mei 26, 2013.[38]

Damon membintangi filem sains fiksyen, Elysium (2013) dimana beliau berlakon sebagai Max DeCosta.[39] Beliau juga muncul dalam The Zero Theorem pada tahun 2013.[40] Pada tahun 2014, beliau membintangi The Monuments Men,[41] dan mempunyai peranan kecil sebagai Dr. Mann dalam Interstellar. Beliau melakonkan watak Mark Watney dalam The Martian (2015), berdasarkan novel Andy Weir dengan tajuk yang sama. Beliau telah menandatangani untuk membintangi filem Downsizing.[42]

Kehidupan peribadi sunting

Damon mempunyai hubungan dengan bintang bersama Good Will Hunting, Minnie Driver.[43] Beliau kemudiannya mempunyai hubungan selama dua tahun bersama pelakon, Winona Ryder.[11] Dari tahun 2001 sehingga 2003, beliau mempunyai hubungan dengan Odessa Whitmire, bekas pembantu peribadi Billy Bob Thornton dan Ben Affleck.[11]

Damon berkahwin dengan Luciana Bozán Barroso pada Disember 9, 2005. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak perempuan: Isabella (l. 2006),[44] Gia Zavala (l. 2008)[45] dan Stella Zavala (l. 2010).[46] Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Alexia Barroso (l. 1999) menerusi perkahwinan Luciana sebelum itu.[47] Sejak tahun 2012, mereka tinggal di Pacific Palisades, Los Angeles,[48] dimana sebelum ini mereka tinggal di Miami dan New York.[49]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1988 Mystic Pizza Steamer
1988 The Good Mother Pelakon tambahan
1989 Field of Dreams Peminat besbol di Fenway Park Tidak dikredit
1992 School Ties Charlie Dillon
1993 Geronimo: An American Legend Lt. Britton Davis
1996 Glory Daze Edgar Pudwhacker
1996 Courage Under Fire Specialist Ilario
1997 Chasing Amy Shawn Oran – Eksekutif #2
1997 The Rainmaker Rudy Baylor
1997 Good Will Hunting Will Hunting Juga penulis
1998 Saving Private Ryan Private James Francis Ryan
1998 Rounders Mike McDermott
1999 Dogma Loki
1999 The Talented Mr. Ripley Tom Ripley
2000 Titan A.E. Cale Tucker (suara)
2000 The Legend of Bagger Vance Rannulph Junuh
2000 Finding Forrester Steven Sanderson Kameo
2000 All the Pretty Horses John Grady Cole
2001 Jay and Silent Bob Strike Back Dirinya Sendiri Kameo
2001 Ocean's Eleven Linus Caldwell
2001 The Majestic Luke Trimble (suara)
2002 Gerry Gerry Juga penulis dan editor
2002 Stolen Summer Penerbit
2002 Spirit: Stallion of the Cimarron Spirit (suara)
2002 The Third Wheel Kevin Penerbit Eksekutif; Juga Kameo
2002 The Bourne Identity Jason Bourne/David Webb
2002 Confessions of a Dangerous Mind Matt, Bachelor #2 Kameo
2003 Stuck on You Bob Tenor
2004 EuroTrip Donny Kameo
2004 Jersey Girl PR Exec #2 Kameo
2004 The Bourne Supremacy Jason Bourne/David Webb
2004 Ocean's Twelve Linus Caldwell
2004 Howard Zinn: You Can't Be Neutral on a Moving Train Pencerita Dokumentari
2005 Magnificent Desolation: Walking on the Moon 3D Al Shepard (suara) Dokumentari
2005 The Brothers Grimm Wilhelm Grimm
2005 Syriana Bryan Woodman
2005 Feast Penerbit Eksekutif
2006 The Departed Staff Sergeant Colin Sullivan
2006 The Good Shepherd Edward Wilson
2007 Ocean's Thirteen Linus Caldwell
2007 The Bourne Ultimatum Jason Bourne/David Webb
2007 Youth Without Youth Wartawan Majalah Life
2007 Running the Sahara Pencerita Dokumentari; penerbit eksekutif
2008 Che: Part Two Fr. Schwarz
2008 Ponyo Koichi (suara) Dub Bahasa Inggeris
2009 The Informant! Mark Whitacre
2009 Invictus Francois Pienaar
2010 Green Zone Pegawai Roy Miller
2010 Hereafter George Lonegan
2010 True Grit La Boeuf
2010 Inside Job Pencerita Dokumentari
2011 The Adjustment Bureau David Norris
2011 Contagion Mitch Emhoff
2011 Margaret Encik. Aaron
2011 Happy Feet Two Bill the Krill (suara)
2011 We Bought a Zoo Benjamin Mee
2012 Promised Land Steve Butler Juga penulis dan penerbit
2013 Behind the Candelabra Scott Thorson
2013 Elysium Max Da Costa
2013 The Zero Theorem Management
2014 The Monuments Men James Granger
2014 The Man Who Saved the World Dirinya sendiri Dokumentari
2014 Interstellar Dr. Mann
2015 The Martian Mark Watney
2016 Manchester by the Sea Penerbit
2016 Jason Bourne Jason Bourne/David Webb Juga penulis dan penerbit
2016 The Great Wall William Garin
2017 Bending The Arc Dokumentari; penerbit eksekutif
2017 Downsizing Paul Safranek
2017 Surburbicon Gardner Lodge
2017 Thor: Ragnarok Pelakon Loki Kameo
2018 Unsane Detektif Ferguson Kameo
2018 Deadpool 2 Redneck #1 Kameo; dikreditkan sebagai "Dickie Greenleaf"
2018 Ocean's 8 Linus Caldwell Kameo; adegan dipadam
2019 Ford v Ferrari Carroll Shelby
2019 Jay and Silent Bob Reboot Loki Kameo
2021 No Sudden Move Mike Lowen/Mr. Big Kameo
2021 Stillwater Bill Banker
2021 The Last Duel Jean de Carrouges Juga sebagai penulis dan penerbit
2022 Thor: Love and Thunder Pelakon Loki Kameo
2023 Air Sonny Vaccaro Juga sebagai penerbit
2023 Oppenheimer Leslie Groves

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1990 Rising Son Charlie Robinson Filem
2001–2005, 2015 Project Greenlight 33 episod
Juga penerbit eksekutif
2002 Saturday Night Live Diri sendiri (hos) Episod: "Matt Damon/Bruce Springsteen & The E Street Band"
2002 The Bernie Mac Show Diri sendiri Episod: "Keep It on the Short Grass"
2002 Will & Grace Owen Episod: "A Chorus Lie"
2003–2009 Journey to Planet Earth Pencerita 8 episod
2007 Arthur Diri sendiri (suara) Episod: "The Making of Arthur/Dancing Fools"
2009 Entourage Diri sendiri Episod: "Give a Little Bit"
2010–2011 30 Rock Carol Burnett 4 episod
2011 Saturday Night Live Penagih dadah yang kacak Tidak dikredit
Episod: "Katy Perry/Robyn"
2013 Jimmy Kimmel Live! Diri sendiri (hos) Episod: "Jimmy Kimmel Sucks!"
2013 House of Lies Diri sendiri Episod: "Damonschildren.org"
2013 Behind the Candelabra Scott Thorson Filem
2014 Years of Living Dangerously Diri sendiri Episod: "A Dangerous Future"
2015 Galaxy World of Alisa Ber dan Ik Dub Bahasa Inggeris British dan Amerika

Rujukan sunting

  1. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1228/1229). Time Inc. Oct 12–19, 2012. m/s. 23.
  2. ^ "Top 10 Matt Damon Movies". IGN. Dicapai pada February 23, 2015.
  3. ^ Luscombe, Belinda (December 19, 1999). "Matt Damon Acts Out". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-24. Dicapai pada April 5, 2009.
  4. ^ a b c Givens, Ron; Michele McPhee (22 March 1998). "Two Hollywood Prizefighters 'Hunting' for Stardom Pays Off for Matt Damon". Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-21. Dicapai pada 5 April 2009.
  5. ^ Liz O'Connor, Gus Lubin, and Dina Spector (August 13, 2013). "The Largest Ancestry Groups in the United States". Business Insider. Dicapai pada October 2, 2014.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ "Matt Damon". Huffington Post. Dicapai pada October 2, 2014.
  7. ^ "Matt Damon makes headlines in Finland - www.hometownfocus.us - Hometown Focus - Virginia, Minnesota". hometownfocus.us. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-07. Dicapai pada 2015-12-03.
  8. ^ "Matt Damon: A true Hollywood player". London: The Independent. October 4, 2006. Dicapai pada April 5, 2009.
  9. ^ a b Chainani, Soman S. "Matt Damon On Life, Acting and Harvard". The Harvard Crimson. Dicapai pada April 21, 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ Siegler, Elijah (November 2, 1990). "Ex Show Safe but Satisfying". The Harvard Crimson. Dicapai pada October 11, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  11. ^ a b c d e f g h "Matt Damon Biography". People. Dicapai pada April 5, 2009.
  12. ^ "Matt Damon - Season 13, Episode 3", Inside the Actors Studio, Bravo TV, January 8, 2007
  13. ^ Joseph, Jennifer (1 March 2010). "Matt Damon: Before They Were Stars". ABC News.
  14. ^ Greenblatt, Leah (September 21, 2007). "Actorexia: A Brief History". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-25. Dicapai pada April 5, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ Matthew Jacobs (August 15, 2013). "Ben Affleck's 41st Birthday Recalls Actor's Early Roles, Surprising Hobbies And Political Activism". Huffington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-11. Dicapai pada October 10, 2014.
  16. ^ a b Amy Wallace, Robert W. Welkos and Susan King (February 11, 1998). "'Titanic' Ties Record for Oscar Nominations". The Hartford Courant. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-22. Dicapai pada April 5, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)
  17. ^ Waxman, Sharon; William Booth (March 23, 1998). "'Titanic's' 11 Oscars Ties Record; Night 'Good' for Nicholson, Hunt". The Washington Post. Dicapai pada April 5, 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  18. ^ Corrine Heller (October 2, 2014). "Ben Affleck's Most Awkward Smiles". E! Entertainment. Dicapai pada October 3, 2014.
  19. ^ "Matt Damon". The Biography Channel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-18. Dicapai pada April 5, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ EW Staff (June 12, 2013). "Perfect Casting: Stars on Screen as Themselves". Entertainment Weekly. Dicapai pada October 3, 2014.
  21. ^ Matthews, Jack (November 21, 1997). "John Grisham's The Rainmaker". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-28. Dicapai pada April 21, 2010.
  22. ^ CBS News Staff (July 23, 1998). "Matt Damon: Playing Private Ryan". CBS News. Dicapai pada October 3, 2014.
  23. ^ McCarthy, Todd (December 13, 1999). "The Talented Mr. Ripley – film review". Variety. Dicapai pada April 21, 2010.
  24. ^ Janet Maslin (October 4, 1999). "Dogma (1999) Movie Review". The New York Times. Dicapai pada October 4, 2014.
  25. ^ Schwarzbaum, Lisa (November 23, 2005). "EW review: 'Syriana' lacks humanity". CNN. Dicapai pada April 5, 2009.
  26. ^ Silverman, Stephen M. (July 13, 2009). "Matt Damon Fundraises on Entourage". People. Dicapai pada November 5, 2009.
  27. ^ "We Hear: Tom Werner, Katy Davis, Matt Damon & more..." Boston Herald. October 11, 2009. Dicapai pada November 5, 2009.
  28. ^ Corliss, Richard (September 17, 2009). "The Informant! Matt Damon's Weighty Comedy". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-23. Dicapai pada November 5, 2009.
  29. ^ "The Informant". Entertainment Weekly. September 16, 2009. Dicapai pada April 21, 2010.
  30. ^ Leys, Nick (March 15, 2009). "Matt Damon takes rugby union to Hollywood". news.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-11. Dicapai pada October 10, 2014.
  31. ^ "The Mini-Review: 'Invictus'". The New Republic. Dicapai pada April 21, 2010.
  32. ^ Corliss, Richard (March 14, 2010). "Alice turns Damon a sickly Green". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-20. Dicapai pada April 16, 2010.
  33. ^ "Green Zone Movie Reviews". Rotten Tomatoes. IGN Entertainment. Dicapai pada April 12, 2010.
  34. ^ Weintraub, Steve (2010-02-27). "Matt Damon talks Future Projects, Oscars and Directing His First Feature". collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-03. Dicapai pada 2010-03-05.
  35. ^ Fleming, Mike (February 1, 2012). "Focus, Participant Acquire Matt Damon/John Krasinski Film; Gus Van Sant Directing". Deadline.com.
  36. ^ Rittmeyer, Brian C. (May 22, 2012). "Fan-friendly actors take time for photos, say hello". Triblive News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada October 10, 2014.
  37. ^ Gerhardt, Tina (31 December 2012). "Matt Damon Exposes Fracking in Promised Land". The Progressive.
  38. ^ Mikelbank, Peter (2009-09-15). "Michael Douglas To Play Liberace". People. Dicapai pada 2009-09-15.
  39. ^ "The bald identity: Matt Damon shaves his head for new tough guy role". Daily Mail. London. July 20, 2011. Dicapai pada August 9, 2013.
  40. ^ A.O. Scott (September 18, 2014). "Work, Love and Therapy, in So Many Bytes". The New York Times. Dicapai pada October 4, 2014.
  41. ^ Robin Stummer (January 18, 2014). "George Clooney's Nazi art theft film attacked for ignoring real-life British war hero". The Guardian. Dicapai pada October 4, 2014.
  42. ^ "Matt Damon downsizing with Alexander Payne". The Guardian. 6 November 2014. Dicapai pada 7 January 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  43. ^ Winters, Laura (August 2, 1998). "When the Character Calls, Minnie Driver Listens". The New York Times. Dicapai pada March 6, 2010.
  44. ^ "Matt Damon, Wife Have a Girl - Birth, Matt Damon". People.com. Dicapai pada 2014-08-13.
  45. ^ Leonard, Elizabeth (2008-08-20). "Matt Damon and His Wife Welcome a Girl - Babies, Matt Damon". People.com. Dicapai pada 2014-08-13.
  46. ^ "Matt Damon Welcomes Daughter Stella Zavala – Moms & Babies – Celebrity Babies and Kids - Moms & Babies - People.com". Celebritybabies.people.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-08-13.
  47. ^ "EXCLUSIVE INTERVIEW: Matt Damon's Great Relationship With Wife's Ex - Star Magazine". Star Magazine.
  48. ^ "Jennifer Garner, Ben Affleck Take Kids to Matt Damon's Pool Party". US Weekly. August 13, 2012. Dicapai pada October 2014. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  49. ^ Freydkin, Donna (2009-09-18). "Nice-guy Matt Damon dug in for hefty role in 'Informant!' - USATODAY.com". Usatoday30.usatoday.com. Dicapai pada 2014-08-13.

Bacaan lanjut sunting

  • Altman, Sheryl and Berk, Sheryl. Matt Damon and Ben Affleck: On and Off Screen. HarperCollins Publishers, 1998. ISBN 0-06-107145-5.
  • Bego, Mark. Matt Damon: Chasing a Dream. Andrews Mcmeel Pub, 1998. ISBN 0-8362-7131-9.
  • Diamond, Maxine and Hemmings, Harriet. Matt Damon a Biography. Simon Spotlight Entertainment, 1998. ISBN 0-671-02649-6.
  • Nickson, Chris. Matt Damon: An Unauthorized Biography. Renaissance Books, 1999. ISBN 1-58063-072-3.

Pautan luar sunting