Matthias Chang Wen Chieh ialah seorang peguam di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad bermula 2001 hingga peletakan jawatan Mahathir pada 2003.[1]

Matthias Chang
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2001–2003
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Butiran peribadi
PekerjaanPeguam, aktivis antipeperangan

Beliau aktif dalam pergerakan anti peperangan - Yayasan Perdana . Pada 2009, Mathias Chang turut serta dalam konvoi Viva Palestina. Berugama Kristian Katholik dan menetap di Kuala Lumpur.

Menghina mahkamah sunting

Pada 25 Mac 2010, Hakim Noor Azian Shaari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Mathias Chang bersalah menghina mahkamah. Dia didenda RM20,000 atau sebulan penjara. Chang menjadi saksi pertama dalam kes saman fitnah terhadap American Express pada 2002.

Kesalahannya ialah dia gagal memohon maaf kepada mahkamah selepas berlaku pertengakaran antara beliau, hakim dan peguam ketika di soal balas oleh peguam dalam prosiding saman fitnah terhadap American Express (Malaysia) Sdn Bhd pada hari Khamis 25 Mac 2010. Ekoran itu, Chang keluar dari kandang saksi dan hendak mengadu kepada Ketua Hakim Negara.Dia ditahan polis.

Peguam Chang ialah Manjit Singh . Zainur Zakaria bertindak bagi Chang dalam prosiding menghina mahkamah. American Express diwakili oleh Prakash Menon.[2]

Mogok lapar sunting

Semasa di Penjara Kajang , Matthias Chang Wen Chieh melancarkan mogok lapar selama 5 hari dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Serdang. Dalam laman web milik Chang, ww.futurefastforward.com, beliau akan mogok lapar sehingga pihak hakim tidak lagi berat sebelah terhadap peguam . Hakim hendaklah mengkaji semula hukuman yang berat terhadap kesalahan menghina mahkamah itu mengikut Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.[3]

Buku sunting

Hasil tulisan beliau ialah:

  • The Shadow Money Lenders and The Global Financial Tsunami. Buku ini ada membicarakan Perbankan Islam sebenarnya adalah idea orang Yahudi, bertujuan mengalih pandangan umat Islam terhadapa perbankan konventional.
  1. Future Fast Forward- Zionist Anglo-American Empire Meltdown
  2. Brainwash For War - Programmed to Kill :The Zionist Global War Agenda - Penerbit American Free Press (US)

Rujukan sunting

  1. ^ "MATTHIAS CHANG IS PM'S NEW POLITICAL SECRETARY" (PDF). 2001.
  2. ^ Bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Didenda RM20,000 Kerana Hina Mahkamah
  3. ^ Matthias Dimasukkan Ke Hospital Serdang