Matunggong
Matunggong ialah sebuah Daerah Kecil di Sabah. Daerah kecil ini telah diwujudkan secara rasmi pada 1 Mac 1995. Ia terletak di pertengahan di antara Daerah Kota Marudu (36km ke Daerah Kota Marudu di sebelah Selatan) dan Daerah Kudat (42km ke Daerah Kudat di sebelah Utara). Keadaan bentuk permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dapat dihubungi melalui jalan darat iaitu jalanraya. Daerah ini mempunyai satu kawasan Pilihanraya Negeri iaitu N.4 Matunggong dan kawasan Pilihan Raya Parlimen P.168- Kota Marudu. Daerah Kecil Matunggong adalah di bawah Pentadbiran Pegawai Daerah Kudat.
Matunggong | |
---|---|
Pekan dan Daerah Kecil | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Kudat |
Ditubuhkan | 1 Mac 1995 |
Pentadbiran | |
• Badan | Pejabat Daerah Matunggong |
• Penolong Pegawai Daerah Kecil | Willey Lampaki |
Keluasan | |
• Jumlah | 263 km2 (102 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 37,987 |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia |
Geografi
suntingKeluasan
suntingDaerah Kecil Matunggong mempunyai keluasan lebih kurang 263 km persegi (ukuran tidak rasmi).
Topologi Dan Iklim
suntingKeadaan bentuk muka bumi Daerah Kecil Matunggong adalah berbukit - bukau dan masih diliputi oleh hutan - hutan kecil (muda) dan hutan simpan kelas tiga. Purata taburan hujan bulanan ialah di antara 32.4mm ke 96.4mm dengan suhu di antara 22c hingga 31c. Keadaan anginnya pula bertiup dari beberapa hala seperti Angin Barat (musim tengkujuh) yang biasanya bertiup pada bulan Jun hingga Oktober dan angin dari arah Timur Laut, Utara, Timur, Tenggara dan Selatan yang bertiup tidak mengikut masa.
Pentadbiran
suntingTerdapat Mahkamah Anak Negeri Sabah di daerah kecil ini.[1]
Mukim Dan Kampung
suntingDaerah Kecil Matunggong terbahagi kepada 6 mukim dan mengandungi 128 kampung.[2] Mukim - mukim yang dimaksudkan ialah :-
- Mukim Matunggong
- Mukim Tambuluran
- Mukim Bengkongan
- Mukim Mangaris
- Mukim Pinawantai
- Mukim Dualog Sikuati
Bilangan kampung yang ada boleh dikategorikan seperti berikut:-
- Kampung Tradisi - 103
- Kampung Baru - 18
- Taman Perumahan - 1
Demografi
suntingPenduduk
Pada tahun 2009, bilangan penduduk di daerah ini dianggarkan seramai 37,987 orang. Majoriti penduduknya berbangsa Rungus.[3] Penduduk daerah ini terdiri daripada pelbagai suku kaum / etnik seperti Rungus yang merupakan penduduk majoriti (50%), Bajau / Ubian (15%), Irranun (15%) dan lain - lain (20%). Matunggong juga menghantar wakil bagi menandingi pertandingan tahunan Unduk Ngadau.[4]
Peratus pertumbuhan penduduk daerah ini ialah 6.53 peratus setahun.
Etnik
Bilangan penduduk mengikut etnik adalah seperti berikut:-
Senarai Suku Kaum / Etnik
- Rungus - 23,500
- Bajau - 1,300
- Irranun - 1,200
- Cina - 350
- Lain-lain - 510
Jumlah - 26,860
Agama
Anggaran pecahan penduduk mengikut suku kaum dan agama adalah seperti berikut:
Tangga | Etnik | Islam | Kristian | Buddha | Lain-Lain |
1 | Rungus dan Kadazandusun | 800 | 18,210 | 2,300 | |
2 | Bajau | 1,200 | |||
3 | Iranun | 550 | |||
4 | Cina | 700 | 550 | 250 | |
5 | Melayu | 20 | |||
6 | Lain-Lain | 700 | 50 | 20 | 200 |
- | Jumlah |
Rujukan
sunting- ^ "Daerah Kecil Matunggong". Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-09. Dicapai pada 9 Mei 2019.
- ^ "Latar Belakang Daerah". Pejabat Daerah Kecil Matunggong. Dicapai pada 9 Mei 2019.
- ^ "Places to go Matunggong" [Tempat untuk pergi Matunggong]. www.sabahtourism.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mei 2019.
- ^ Olivia Miwil (29 Mei 2018). "In the mood for Kaamatan, Unduk Ngadau aspirant learns about her roots" [Dalam mengamati Kaamatan, peserta Unduk Ngadau mempelajari asal usulnya]. New Staits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mei 2019.
- ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13