Matz Willy Els Sels (lahir 26 Februari 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Ligue 1, Strasbourg dan pasukan kebangsaan Belgium.

Matz Sels
Maklumat peribadi
Nama penuh Matz Willy Els Sels[1]
Tarikh lahir (1992-02-26) 26 Februari 1992 (umur 32)
Tempat lahir Lint, Belgium
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Strasbourg
Nombor 1
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2014 Lierse 30 (0)
2014–2016 Gent 94 (0)
2016–2018 Newcastle United 9 (0)
2017–2018Anderlecht (pinjam) 32 (0)
2018– Strasbourg 70 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Belgium B17 2 (0)
2009–2010 Belgium B18 8 (0)
2010–2011 Belgium B19 5 (0)
2012–2014 Belgium B21 4 (0)
2021– Belgium 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mei 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 Jun 2021

Kerjaya kelab sunting

Lierse sunting

Sels memulakan karier remajanya di kelab Kontich tetapi beliau berpindah ke Lierse pada usia tujuh tahun. Di sana, beliau mula beraksi pada tahun 2010 bersama skuad senior. Selepas pemergian Eiji Kawashima ke Standard Liège pada musim panas tahun 2012, Sels menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi penjaga gol kelabnya. Ketika musim pertamanya di Divisyen Satu, beliau telah menyelamatkan tendangan penalti dalam aksi menentang Gent pada 29 Julai 2012. Pada permulaan 2013–2014, apabila beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru, beliau telah dimasukkan ke dalam pasukan kedua.

Gent sunting

Pada 31 Disember 2013, Sels diumumkan berjaya melengkapkan perpindahan ke Gent sebaik sahaja selepas jendela perpindahan musim dibuka. Beliau seterusnya menjadi penjaga gol utama pasukan selepas kontrak Frank Boeckx akan berakhir pada penghujung musim. Sels melakukan penampilan sulungnya untuk Gent pada 14 Januari 2014 dalam aksi suku akhir Piala Belgium menentang Kortrijk. Beliau membantu Gent untuk layak ke pusingan seterusnya selepas perlawanan itu ditentukan melalui penentuan penalti.

Sels memainkan peranan utama pasukannya untuk menjuarai Liga Pro Belgium 2014–15; kejuaraan liga pertama dalam sejarah kelab. Kejayaan ini turut membolehkan Gent untuk menempa kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA 2015-16.

Dalam aksi sulungnya di saingan Liga Juara-Juara, Sels berjaya menyelamatkan tendangan penalti oleh Alexandre Lacazette sekali gus membantu pasukannya untuk mengikat Olympique Lyonnais seri 1-1.[2] Pada 13 Januari 2016, beliau telah diundi sebagai Penjaga Gol Terbaik Belgium 2015.[3]

Newcastle United sunting

 
Sels bersama Belgium pada tahun 2017.

Pada 29 Jun 2016, Sels telah melengkapkan perpindahannya ke Newcastle United dengan menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang bernilai 6.5 juta euro. Sels melakukan penampilan pertamanya bersama Newcastle dalam aksi Liga Kejuaraan pada 5 Ogos menentang Fulham.[4] Sels berjaya menghasilkan empat jersi bersih (perlawanan tanpa bolos) dari 20 Ogos hingga 13 September.[5] Sels menjadi sasaran kemarahan penyokong Newcastle berikutan tindakannya yang membenarkan jaringan penyamaan pada lewat permainan oleh pemain Aston Villa, Aaron Tshibola pada 24 September.[6] Walaupun beliau mendapat sokongan daripada pengurus Rafa Benítez pada minggu itu,[7] Sels telah kehilangan posisinya kepada penjaga gol Karl Darlow ketika perlawanan menentang Norwich City pada 28 September.[8] Insiden kehilangan posisi penjaga gol itu turut mendapat liputan media yang luas di negara asalnya, Belgium.[9] Menjelang aksi Piala Liga, Sels diberi keyakinan untuk beraksi dalam kesebelasan utama Newcastle sekali gus membantu pasukannya menghasilkan jersi bersih ketika mencatatkan kemenangan 6-0 ke atas Preston North End pada 25 Oktober. [10]

Anderlecht sunting

Pada 22 Jun 2017, Sels menyertai kelab Anderlecht secara pinjaman selama satu musim penuh.[11]

Strasbourg sunting

Pada 27 Julai 2018, Sels berpindah ke kelab Perancis, Strasbourg melalui perpindahan yang bernilai 3.5 juta euro.[12]

Kerjaya antarabangsa sunting

Sels telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belgium pada Oktober 2015 untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Andorra dan Israel.[13] Beliau turut tersenarai ke dalam skuad Belgium di bawah kendalian Roberto Martinez menjelang perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi di Brussels pada 27 Mac.[14]

Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Belgium bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[15] Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk dimasukkan ke dalam senarai akhir 23 pemain.[16]

Pada Mei 2021, Sels disenaraikan ke dalam skuad Belgium menjelang kejohanan UEFA Euro 2020.[17] Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya bersama Belgium pada 3 Jun 2021 dalam perlawanan persahabatan menentang Greece selepas menggantikan Simon Mignolet pada minit ke-90 permainan.[18]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 9 Mei 2021[19][20]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Lierse 2010–11 0 0 0 0 0 0
2011–12 0 0 0 0 0 0
2012–13 30 0 1 0 31 0
Jumlah 30 0 1 0 31 0
  Gent 2013–14 9 0 3 0 6[b] 0 18 0
2014–15 30 0 6 0 9[b] 0 45 0
2015–16 30 0 4 0 8[c] 0 11[d] 0 53 0
Jumlah 69 0 13 0 8 0 26 0 116 0
  Newcastle United 2016–17 9 0 3 0 2 0 14 0
  Anderlecht 2017–18 22 0 1 0 3[c] 0 11[d] 0 37 0
  Strasbourg 2018–19 37 0 1 0 0 0 38 0
2019–20 27 0 2 0 0 0 6[e] 0 35 0
2020–21 6 0 0 0 0 0 6 0
Jumlah 70 0 3 0 0 0 6 0 79 0
Jumlah kerjaya 200 0 21 0 2 0 17 0 37 0 277 0
  1. ^ Termasuk Piala EFL.
  2. ^ a b Penampilan di play-off Liga Pro Belgium.
  3. ^ a b Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ^ a b Sepuluh penampilan di play-off Liga Pro Belgium, satu penampilan di Piala Super Belgium.
  5. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa sunting

Sehingga 3 Jun 2021[21]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2021 1 0
Jumlah 1 0

Pencapaian sunting

Gent
Newcastle United
Anderlecht
Strasbourg
Individu

Catatan sunting

  1. ^ "КОМАНДЫ: Бельгия" [Teams: Belgium] (dalam bahasa Russian). Granatkin Memorial. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2018. Dicapai pada 4 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Nine-man Gent claim heroic 1–1 draw with Lyon in Group H". The Guardian. 16 September 2015. Dicapai pada 28 September 2015.
  3. ^ "Matz Sels weer trapje hoger: Beste doelman van 2015". HLN. 13 January 2016. Dicapai pada 14 January 2016.
  4. ^ Starforth, Miles (5 August 2016). "Matz Sels starts in goal for Newcastle at Fulham". The Shields Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2018. Dicapai pada 28 September 2016.
  5. ^ Robertson, Jim (24 September 2016). "The case of Matz Sels is a strange one". The Mag.
  6. ^ Banerjee, Rohan (25 September 2016). "Newcastle United goalkeeper Matz Sels deletes Twitter account after abuse from angry supporters". Daily Mirror.
  7. ^ "Rafa Benitez backs goalkeeper Matz Sels after error". Sky Sports. 27 September 2016.
  8. ^ Wilson, Scott (28 September 2016). "Newcastle boss drops Matz Sels for Norwich game". The Northern Echo.
  9. ^ Douglas, Mark (4 October 2016). "Matz Sels is down, but not out – how Newcastle goalkeeper plans to revive his United career". Evening Chronicle.
  10. ^ "Coach én fans lovend voor herboren Matz Sels: "Alles positief aan zijn match"" [Coach and fans laud reborn Matz Sels: "Everything positive in his match"]. Het Nieuwsblad (dalam bahasa Belanda). 26 October 2016.
  11. ^ Easterby, Tom (22 June 2017). "Sels makes Anderlecht loan move". Newcastle United F.C.
  12. ^ "Newcastle confirm departure of Matz Sels to Strasbourg". Sky Sports. 26 July 2018.
  13. ^ "Belgium make sweeping changes for Euro 2016 double-header". Sky Sports. 2 October 2015. Dicapai pada 11 October 2015.
  14. ^ "Limbombe gets first Belgium call, Nainggolan back in the squad". Yahoo. 16 March 2018. Dicapai pada 29 July 2019.
  15. ^ "Belgium World Cup squad: Radja Nainggolan left out of initial 28-man squad for Russia 2018". The Independent. 21 May 2018. Dicapai pada 29 July 2019.
  16. ^ "World Cup 2018: Belgium include Vincent Kompany but Christian Benteke misses out". BBC Sport. 4 June 2018. Dicapai pada 29 July 2019.
  17. ^ Das, Andrew (18 May 2021). "Euro 2020 Rosters: France Recalls Karim Benzema". The New York Times. Dicapai pada 19 May 2021.
  18. ^ "Belgium v Greece game report". ESPN. 3 June 2021.
  19. ^ "Matz Sels » Club matches". worldfootball.net. Dicapai pada 29 July 2019.
  20. ^ Biodata Matz Sels di Soccerway. Capaian 9 October 2017.
  21. ^ "Matz Sels". European Football. Dicapai pada 3 June 2021.
  22. ^ "Le Strasbourg de Matz Sels remporte la Coupe de la Ligue pour la 3e fois de son histoire" (dalam bahasa Perancis). RTL Sport. 31 March 2019. Dicapai pada 3 May 2019.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad RC Strasbourg