Album Maulaya merupakan album solo pertama Daqmie setelah 24 tahun bergelar anak seni. Album ini diterbitkan oleh Alam Musiq (milik Daqmie) dan Inteam Records pada tahun 2013.[1][2]

Maulaya
Album studio oleh
Dilancarkan pada2013
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreNasyid
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatInteam Records
PenerbitAlam Musiq dan Inteam Records
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Latar belakang sunting

Tidak lama selepas Daqmie menerbitkan album kumpulan Inteam yang berjudul Iman & Aman, Pengarah Urusan Inteam Records ketika itu, Izham Shah Mat Anuar, telah menghubungi beliau dan menawarkan peluang untuk menghasilkan album solo.

Pada mulanya, Daqmie menyangka bahawa Izham hanya bergurau dengan beliau tentang tawaran tersebut. Beliau merasa bahawa beliau sudah tua untuk mengeluarkan album solo dan mungkin tiada sesiapa yang mahu mendengar lagu-lagu beliau. Izham kemudiannya meyakinkan beliau bahawa sebenarnya ramai peminat lagu-lagu ciptaan beliau yang menantikan album solo daripada beliau.

Dengan berbekalkan pengalaman selama lebih 10 tahun dalam penerbitan lagu dan album untuk artis-artis nasyid terkenal tanah air, serta barisan krew penerbitan yang sangat berpengalaman antaranya Alfa dan Rumie Booty (anak-anak kepada pelakon filem Melayu klasik terkenal, Kesuma Booty; juga merupakan ahli kumpulan Alfa) serta Along Exists, hasilnya Daqmie tampil dengan album solo beliau yang pertama pada tahun 2013 di bawah label Inteam Records berjudul Maulaya yang turut memuatkan lagu hit beliau, Tangis Sebatang Tamar.[3][4][5]

Selain daripada lagu Tangis Sebatang Tamar, album tersebut juga menampilkan lagu-lagu runut bunyi daripada filem 7 Petala Cinta yang diberikan nafas baru.

Senarai lagu sunting

No.TajukPenulisMasa
1."Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW"3:48
2."Maulaya"4:27
3."La Ilaha Illa Allah"Daqmie4:19
4."Tangis Sebatang Tamar"Daqmie/ITO Lara4:12
5."7 Petala Cinta" (menampilkan Mohar Mohram) Daqmie4:15
6."Asma Ul Husna"Daqmie7:17
7."Ilahi Lastu Lil Firdaus"Daqmie, Alfa Booty3:50
8."Kasih Abadi" (menampilkan Aznan Alias) Abang Nan5:09
9."Qasidah Maulaya"4:09


Kredit sunting

Tarikh dikeluarkan: 4 November 2013
Penerbit: Alam Musiq dan Inteam Records
Edaran: Inteam Records

Penerbit eksekutif: Ahmad Masyrik, Izham Shah
Penerbit: Alfa Booty, Daqmie, Rumie Booty
Penerbit vokal: Ustaz Sokhibul Fadhil Sabikin (untuk lagu Asma Ul Husna, La Ilaha Illa Allah, Ilahi Lastu Lil Firdaus, Maulaya)
Penolong penerbit: Eddy Cherita

Studio rakaman: Rumie Music Lab, Ada Exist Studio, NC Studio
Jurutera rakaman: Rumie Booty, Eddy Cherita, Along Exists (untuk lagu 7 Petala Cinta)
Pengurus studio: Eddy Cherita
Studio mixing: Rumie Music Lab
Jurutera mixing: Rumie Booty
Mastering: Mastering One (CL Toh)
Idea asal: Daqmie, Shahriman Abdul Wahap
Rekaan logo: YM Raja Badruddin Hakim Shah / Ku Bad (Dendang Anak)
Rekaan kulit album: YM Raja Badruddin Hakim Shah / Ku Bad (Dendang Anak), Frizdan Fizarahman
Fotografi: YM Tunku Ishak, Mohd Shafeeq Fathurahman, Khairul Badri Isa
Pengurusan artis: Alam Musiq - M.N. Hisham[6]

Lagu Tangis Sebatang Tamar sunting

Lagu: Daqmie (Nasyeed Edutainment Publishing)
Lirik: ITO Lara (Wahyu Suci Productions)
Susunan muzik: Alfa Booty
Programming: Alfa Booty
Dram: Ujang Exists
Perkusi: Rumie Booty
Gitar bes: Kelly
Gitar: Aznan Alias[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Daqmie - Topic. (t.t.). Album Maulaya (Fail video). Dicapai pada 26 September 2022.
  2. ^ Aizat Ikhwan. (11 November 2013). Review: Daqmie-Maulaya. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  3. ^ Daqmie - Topic. (t.t.). Album Maulaya (Fail video). Dicapai pada 26 September 2022.
  4. ^ Inteam Digital. (22 Januari 2014). Daqmie - Tangis Sebatang Tamar (Official Music Video) (Fail video). Dicapai pada 26 September 2022.
  5. ^ "Amirul Haswendy Ashari. (15 Februari 2015). Cari dana buka akademi. MyMetro, Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-06. Dicapai pada 2019-02-25.
  6. ^ Daqmie - Topic. (t.t.). Album Maulaya (Fail video). Dicapai pada 26 September 2022.
  7. ^ Inteam Digital. (22 Januari 2014). Daqmie - Tangis Sebatang Tamar (Official Music Video) (Fail video). Dicapai pada 26 September 2022.

Pautan luar sunting