Maurizio Giuliano

Maurizio Giuliano (lahir 1975[1]) adalah seorang pengembara, penulis dan wartawan dari Itali. Dia tercatat di dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang termuda yang telah pergi ke seluruh negara berdaulat di dunia.[1] Pada 2006-2007, dia bekerja dengan PBB.[2][3]

Kehidupan peribadiSunting

Maurizio Giuliano dilahirkan pada 24 Februari 1975[1] di Milan, Itali. Bapanya ialah seorang peguam dan ibunya seorang suri rumah.[4] Dia juga pernah tinggal di Cuba, Chile dan Indonesia.[4] Pada 2004, dia menyatakan boleh bertutur lima bahasa dan mempunyai "keghairahan" untuk dua lagi.[4]

PengembaraanSunting

Mengikut Buku Guinness, melalui kerjanya, Maurizio Giuliano telah pergi ke setiap negara berdaulat di dunia (berjumlah 193 buah mengikut Buku Guinness) pada 20 Februari 2004, berumur 28 tahun 361 hari.[1] Dia menuntut pernah melawat sehingga 238 wilayah (termasuk 193 negara berdaulat Guinness),[5] dan menyatakan yang Korea Utara adalah negara yang paling susah hendak dimasuki, selepas banyak percubaan dan penantian lama mendapat visa.[1]

BibliografiSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e Guinness Book of World Records 2006, Guinness World Records, 2006, ms. 126 edisi UK (NB: walaupun terdapat 193 negara dalam senarai Buku Guinness, Giuliano pernah berkata 192)
  2. ^ Central African Republic: Humanitarian Crisis Continues, Funding Remains Low (press release), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 10 Februari 2006
  3. ^ Jeffrey Gettleman, Chaos in Darfur Rises as Arabs Fight With Arabs, New York Times, 3 September 2007
  4. ^ a b c (Itali) Simona Ravizza, A 29 anni come Marco Polo: ho visitato i 192 paesi del mondo, Corriere della Sera, 14 Mac 2004
  5. ^ European sets world travel record, ABC Online, 27 Februari 2004 (NB: Rencana tersebut tersilap menyatakan umur Giuliano sebagai 23 dan bukannya 28 seperti dalam Buku Guinness)