Mawar Putih (filem)

Mawar Putih merupakan sebuah filem drama percintaan Malaysia 2016 arahan Rosnani Jamil.[1] Filem ini ditayangkan pada 18 Ogos 2016 dan merupakan filem terakhir arahan Rosnani.[2]

Mawar Putih
PengarahRosnani Jamil
PenulisRosnani Jamil
Dihasilkan olehRosnani Jamil
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Muzik olehS. Atan
Syarikat
penerbitan
Manja Citra
Tarikh tayangan
18 Ogos 2016
Masa tayangan
111 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1 juta

Plot sunting

Mengisahkan tentang cinta dua darjat di antara Irwan yang merantau ke Malaysia dan berkahwin dengan Tengku Zarina. Namun pergolakan mula berlaku apabila anak mereka, Aidil, bercinta dengan gadis Padang, Cinta, tetapi ada sesuatu yang membuatkan Aidil dan Cinta tidak mungkin dapat bersatu.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Mawar Putih diarahkan oleh Rosnani Jamil yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem terkenal, termasuk Antara Dua Hati (1989) dan Bicara Hati (2004). Ia merupakan filem terakhir arahannya sebelum mengumumkan persaraan.[3][4] Kos pembikinan filem ini sebanyak RM1 juta.

Juara Pilih Kasih musim ketiga, Reen Rahim diberi peranan sebagai Tengku Zarina; Reen menyatakan beliau tidak berfikir panjang sebaik mendapat peluang untuk berlakon dalam filem ini.[5]

Keluaran dan sambutan sunting

Mawar Putih dikeluarkan pada 18 Ogos 2016. Majlis tayangan perdana filem ini diadakan pada 7 April 2017 di Imago, Sabah.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Nurfarhana Mohamed (23 Ogos 2015). "Mawar Putih karya legenda". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Ogos 2016.
  2. ^ Fairus Mohd (27 Julai 2016). "Mawar Putih labuh tirai karier Mak Nani". Sinar Harian. Dicapai pada 30 Ogos 2016.
  3. ^ Mohd Haikal Isa (10 Ogos 2016). Mawar Putih, naskhah terakhir Rosnani Jamil Diarkibkan 2017-03-04 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  4. ^ Hanisah Selamat (3 Ogos 2016). Mak Nani ucap selamat tinggal kepada dunia seni Berita Harian. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  5. ^ Hasbullah Awang Chik (25 Ogos 2016). "'Mawar Putih' positif, Reen Rahim belajar teknik 'air mata' Mak Nani (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 30 Ogos 2016.
  6. ^ Mohd Nazllie Zainul (6 April 2017). "Tayangan amal 'Mawar Putih' di Imago, Sabtu ini". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2017.

Pautan luar sunting