Maxwell Cabelino Andrade

Maxwell Scherrer Cabelino Andrade atau lebih dikenali sebagai Maxwell, (lahir 27 Ogos 1981, di Vila Velha, Brazil) ialah seorang pemain bola sepak dari Brazil yang kini sedang bermain di Paris Saint-Germain. Beliau bermain di posisi bek kiri atau sayap.

Maxwell
Maklumat peribadi
Nama penuh Maxwell Scherrer Cabelino Andrade[1]
Tarikh lahir (1981-08-27) 27 Ogos 1981 (umur 42)
Tempat lahir Cachoeiro de Itapemirim, Brazil[2]
Ketinggian 1.77 m (5 ka ​9 1116 in)[3]
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 17
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2001 Cruzeiro 27 (2)
2001–2006 Ajax 114 (9)
2006–2009 Internazionale 79 (2)
2009–2012 Barcelona 57 (0)
2012– Paris Saint-Germain 78 (7)
Pasukan kebangsaan
2004 Brazil B23 6 (0)
2013–2014 Brazil 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 November 2014

Karier kelab sunting

Maxwell pernah bermain untuk Cruzeiro Esporte Clube dan Ajax. Tarikh tamat kontrak beliau dengan Ajax telah dipendekkan kepada 2 Januari 2006 bagi membolehkan beliau menyertai Inter Milan. Disebabkan kuota pendaftaran satu pemain tiada EU dan bukan pemain Serie A, Maxwell telah dipinjamkan ke Empoli, tetapi beliau tidak bermain sebarang perlawanan ketika di sana. Pada Julai 2006, Inter secara rasminya mengumumkan bahawa Maxwell telah menandatangani kontrak selam empat tahun di Inter.

Persembahan Maxwell mengagumkan terutamanya ketika musim pertama beliau di Serie A terutamanya ketika menentang Parma di San Siro apabila menjaringkan gol menerusi usaha perseorangan. Gol tersebut seterusnya dinobatkan sebagai gol terbaik musim untuk Inter oleh penonton siaran Inter.

Mulanya diletakkan sebagai bek kiri, beliau telah dialihkan ke bahagian sayap pada musim 07-08 dan Cristian Chivu mengambil alih posisi beliau. Ini terbukti efektif apabila Maxwell berjaya menyesuaikan diri di posisi baru sebagai sayap kiri/pemain tengah menerusi gerakan beliau yang pantas. Pada musim tersebut, beliau memenangi Scudetto kedua berturut-turut bersama Inter. Pada musim 2008-09, beliau mengalami kecederaan serius selama enam minggu. Namun begitu, beliau memaparkan aksi yang cemerlang pada perlawanan-perlawanan berikutnya dan kekal dalam kesebelasan utama. Beliau menjaringkan gol kedua beliau untuk Inter pada 14 Disember ketika menentang Chievo Verona, di mana mereka mengatasi lawan 4-2 menerusi umpanan cantik daripada Dejan Stanković.

Karier Antarabangsa sunting

Beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad Brazil menentang Argentina pada Jun 2008, namun tidak lagi dipanggil pada perlawanan-perlawanan berikutnya akibat kecederaan. Beliau masih lagi menanti penampilan pertama beliau untuk skuad Brazil.

Penghormatan sunting

Kelab sunting

Ajax sunting

Inter Milan sunting

Perseorangan sunting

References sunting

  1. ^ "FIFA Club World Cup UAE 2009 presented by Toyota: List of Players" (PDF). FIFA. 1 December 2009. m/s. 1. Dicapai pada 28 March 2014.
  2. ^ http://www.inter.it/aas/squadra/player1?codgioc=G0802[pautan mati kekal]
  3. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 15 October 2014.
Anugerah
Didahului oleh
  Mateja Kezman
Dutch Footballer of the Year
2003 – 2004
Diikuti oleh:
  Mark van Bommel
Didahului oleh
  Dirk Kuijt
Dutch Golden Shoe Winner
2004
Diikuti oleh:
  Mark van Bommel