Maya Hawke

Pelakon, model dan penyanyi dari Amerika

Maya Ray Thurman Hawke[1] (dilahirkan 8 Julai 1998[2]) ialah seorang pelakon dan model dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak perempuan kepada pelakon Uma Thurman dan pelakon Ethan Hawke. Selepas memulakan kerjayanya sebagai model, Hawke membuat penampilan sulungnya sebagai Jo March dalam adaptasi BBC 2017 Little Women dan membintangi sebagai Robin dalam musim ketiga (2019) dan keempat (2022) siri Netflix Stranger Things.

Maya Hawke
Hawke pada tahun 2019
Kelahiran
Maya Ray Thurman Hawke

(1998-07-08) 8 Julai 1998 (umur 25)
New York City, Amerika Syarikat
PendidikanSekolah Juilliard
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
Tahun aktif2017–kini
IbuUma Thurman
BapaEthan Hawke
SaudaraRobert Thurman (datuk)
Nena von Schlebrügge (nenek)

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Hawke dilahirkan pada 8 Julai 1998,[2] di bandaraya New York. Beliau merupakan anak sulung antara dua anak pada pelakon Ethan Hawke dan Uma Thurman. [3] Ibu bapa beliau bertemu di set Gattaca (1997) dan berkahwin pada Mei 1998[4] serta bercerai pada tahun 2005.[5] Hawke mempunyai seorang abang.[6][7] Beliau juga mempunyai dua adik-beradik tiri dari isteri kedua bapanya yang bernama Ryan Shawhughes.[8][9] Beliau mempunyai seorang lagi adik tiri daripada bekas tunang ibunya, Arpad Busson.[10]

Di sebelah bapanya, Hawke merupakan sepupu jauh kepada pengarang drama Tennessee Williams.[11] Di sebelah ibunya, beliau cucu kepada cendiakawan Buddhis Robert Thurman dan model Baroness Nena von Schlebrügge.[12][13] Ibu Schlebrügge, Birgit Holmquist, juga seorang model disebalik rupa patung Famntaget Axel Ebbe, yang kini berada di Smygehuk di Sweden.[14]

Disebabkan disleksia Hawke, beliau kerap bertukar sekolah semasa di sekolah rendah. Akhirnya, beliau didaftarkan di Sekolah Saint Ann, sebuah sekolah swasta di Brooklyn, New York. Budaya dan persekitaran sekolahnya menitikberatkan seni dan kreativiti artistik dan mempengaruhi beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam lakonan.[7] Hawke juga mengambil bahagian dalam pengajian musim panas di Royal Academy of Dramatic Art di London dan Stella Adler Studio of Acting di New York.[15] Beliau menunaikan sarjana mudanya dalam seni halus (BFA) dalam bidang lakonan di Sekolah Juilliard. Namun, setelah setahun di Juilliard, dia berhenti pendidikannya selepas menerima peranannya dalam Little Women.[7]

Kerjaya sunting

Peragaan sunting

Seperti ibu dan neneknya, Hawke bermodel untuk Vogue pada awal kerjayanya.[3][16] Beliau dipilih sebagai wajah koleksi peruncit fesyen British AllSaints 2016/2017.[7] Pada tahun 2017, beliau membintangi sebagai salah satu daripada beberapa wajah dalam kempen video untuk rangkaian seluar dalam Calvin Klein yang diarah oleh Sofia Coppola.[17]

Lakonan sunting

Hawke merupakan pilihan Sofia Coppola untuk memainkan watak utama dalam filem The Little Mermaid dalam adaptasi aksi langsung yang dirancang oleh Universal Pictures. Walau begitu, penerbit-penerbit filem tersebut cenderung Chloë Grace Moretz yang lebih terkenal. Perihal tersebut serta konflik lain akhirnya menyebabkan Coppola meninggalkan projek itu.[18] Moretz akhirnya meninggalkan projek itu juga.[19]

Pada tahun 2017, Hawke membuat penampilan sulungnya sebagai Jo March dalam adaptasi siri mini BBC Little Women.[20][7] Peranan terobosan Hawke datang melalui lakonannya sebagai Robin Buckley dalam musim ketiga Stranger Things di Netflix bersama pelakon Joe Keery. Hawke, sebagai Robin, sering muncul dengan watak Joe Keery, iaitu Steve Harrington, sebagai rakan sekerja di kedai ais krim tempatan. Semasa bekerja, Robin dan Steve terserempak dengan misteri yang lebih besar. Premis tersebut mencipta duo yang popular dan digemari ramai penonton.[21][22] Sewaktu beliau berlakon untuk Stranger Things, beliau juga memainkan watak Linda Kasabian dalam filem Quentin Tarantino Once Upon a Time in Hollywood.[23]

Pada Oktober 2018, Hawke diumumkan akan membintangi filem kedua Gia Coppola, Mainstream.[24][25] Beliau memainkan watak Heather dalam filem seram Netflix Fear Street Part One: 1994, yang diterbitkan pada Julai 2021.[26] Pada April 2022, beliau menyertai filem biografi Bradley Cooper tentang Leonard Bernstein, Maestro.[27]

Muzik sunting

Pada Ogos 2019, Hawke mengeluarkan dua single untuk kali pertama yang bertajuk "To Love a Boy" dan "Stay Open".[28] Lagu-lagu tersebut ditulis dan dirakam oleh Hawke dan penyanyi-penulis lagu Jesse Harris yang pernah memenangi Anugerah Grammy.[29] Hawke mengadakan beberapa persembahan headliner secara langsung pada kali pertama sebagai pemuzik di sekitar bandaraya New York pada awal 2020.[30][31] Dalam setiap persembahan tersebut, beliau disokong oleh Benjamin Lazar Davis, Tōth, Will Graefe dan Nick Cianci.[32][31] Pada 18 Mac 2020, Hawke mengeluarkan single "By Myself" serta mengumumkan album sulungnya yang bertajuk Blush.[33] Single kedua album itu, "Coverage", dikeluarkan pada 22 April 2020.[34] Video muziknya yang diarahkan oleh bapanya Ethan Hawke kemudian dikeluarkan pada 28 April.[35] Walaupun pada mulanya album Blush ditetapkan untuk diterbitkan pada 19 Jun 2020, tarikhnya ditangguhkan kepada 21 Ogos 2020 kerana tarikh yang asal serentak dengan berlakunya protes Black Lives Matter 2020.[36] Hawke menulis di Instagramnya, "Saya rasa ini bukan masa untuk promosi diri. Ini adalah masa untuk pengaktifan, pendidikan dan pemeriksaan diri."[37] Untuk menyokong keluaran Blush, Hawke muncul sebagai tetamu muzik buat kali pertama dalam kerjayanya di The Today Show pada akhir Ogos 2020.[38]

Filemografi sunting

Peranan televisyen dan filem
Tahun Tajuk Peranan Nota Rujukan
2017 Little Women Jo Mac Siri mini televisyen [39]
2018 Ladyworld Romy Filem [39] [40]
2019 Once Upon a Time in Hollywood "Flower Child" Filem [23]
2019–sekarang Stranger Things Robin Buckley Peranan utama (musim 3 –sekarang) [21]
2019 Human Capital Shannon Filem [41]
2020 The Good Lord Bird Annie Brown Siri mini televisyen [42]
2020 Mainstream Frankie Filem [43]
2021 Italian Studies Erin Filem [44] [45]
2021 Fear Street Part One: 1994 Heather Penstriman filem [26]
2022 Asteroid City Akan diumumkan Pasca produksi [46]
Akan diumumkan Strangers Eleanor Pasca produksi [47]
Akan diumumkan Maestro Jamie Bernstein Sedang difilem [27]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Kerja Hasilnya
2019 Anugerah Zuhal ke-45 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Persembahan Penstriman Stranger Things| style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang [48]
2020 Anugerah Persatuan Pelakon Skrin ke-26 Persembahan Cemerlang oleh Ensemble dalam Drama Bersiri style="background: #FFE3E3; color: black; vertical-align: middle; text-align: center; " class="no table-no2"|Tercalon [49]

Rujukan sunting

  1. ^ Weaver, Hilary (July 9, 2019). "Everything You Need to Know About Maya Hawke". Elle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 19, 2020.
  2. ^ a b Chestang, Raphael (February 21, 2017). "Uma Thurman Opens Up About the 'Worst Decision' She's Made in Turning Down a Role". Entertainment Tonight. Dicapai pada February 5, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ET-Online" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Olivia Markes (December 26, 2017). "Maya Hawke On Little Women And Following Her Parents Footsteps". Vogue. Dicapai pada December 26, 2017. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "vogue" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Cheng, Kipp; Chang, Suna (May 15, 1998). "Monitor". Entertainment Weekly. Dicapai pada March 28, 2011.
  5. ^ Silverman, Stephen M. (October 7, 2005). "Uma Calls Split from Ethan 'Excruciating'". People. Time Inc. Dicapai pada July 17, 2013.
  6. ^ Blair, Olivia (January 21, 2020). "Uma Thurman Attended The Dior Show With Her Grown Up Son And We Can See The Resemblance". Elle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 19, 2020.
  7. ^ a b c d e Mulkerrins, Jane (December 22, 2017). "Maya Hawke, daughter of Hollywood royalty, on scaring men and making Little Women". Sydney Morning Herald. Dicapai pada December 26, 2017. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "sydney" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ "Ethan Hawke and wife welcome daughter Clementine". USA Today. Associated Press. July 23, 2008. Dicapai pada February 5, 2009.
  9. ^ "Report: It's A Girl For Ethan Hawke". Access Hollywood. August 6, 2011. Dicapai pada August 6, 2011.
  10. ^ "Uma Thurman Daughter's Name Revealed". People. Time Inc. October 17, 2012. Dicapai pada July 17, 2013. 'I would like to announce Uma and Arki's daughter's name for the first time officially: Rosalind Arusha Arkadina Altalune Florence Thurman-Busson, better known to family and friends as Luna,' the actress's rep Gabrielle Kachman tells People exclusively.
  11. ^ Carr, David (January 10, 2013). "In His Comfort Zone". The New York Times. Dicapai pada March 22, 2013.
  12. ^ Kamenetz, Rodger (May 5, 1996). "Robert Thurman Doesn't Look Buddhist". The New York Times Magazine. Dicapai pada August 22, 2016.
  13. ^ "Well Known Swedish Americans". Dicapai pada May 8, 2020.
  14. ^ Kuprijanko, Alexander (July 20, 2006). "Uma Thurmans mormor staty i Trelleborg" [Uma Thurman's grandmother's statue in Trelleborg]. Sydsvenskan (dalam bahasa Sweden).
  15. ^ Elber, Lynn (May 10, 2018). "Maya Hawke makes the most of 'Little Women' screen debut". Associated Press. Dicapai pada July 5, 2019.
  16. ^ Laura Bailey (May 12, 2010). "True British". British Vogue. Dicapai pada April 22, 2020.
  17. ^ Hannah Ongley (April 18, 2017). "sofia coppola explores first kisses and crushes for calvin klein's new underwear campaign". i-D. Dicapai pada November 14, 2018.
  18. ^ Kroll, Justin (June 1, 2015). "Sofia Coppola Is No Longer Directing 'The Little Mermaid'". Variety. Dicapai pada December 26, 2017.
  19. ^ De Elizabeth (April 5, 2017). "'The Little Mermaid' Gets 3 Different Movie Adaptations". Teen Vogue. Dicapai pada May 13, 2022.
  20. ^ "BBC One and Playground announce Little Women cast". BBC. July 6, 2017. Dicapai pada December 26, 2017.
  21. ^ a b Kroll, Justin (March 2, 2018). "'Stranger Things' Season 3 Adds Maya Hawke, Ups Priah Ferguson". Variety. Dicapai pada March 29, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Stranger-Things" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  22. ^ Wigler, Josh (July 4, 2019). "'Stranger Things': Maya Hawke Pulls the Curtain Back on Season 3 Breakout Role". The Hollywood Reporter. Dicapai pada July 24, 2019.
  23. ^ a b N'Duka, Amanda (August 22, 2018). "Lena Dunham, Austin Butler, Maya Hawke, Lorenza Izzo Board Quentin Tarantino's 'Once Upon A Time In Hollywood'". Deadline Hollywood. Dicapai pada August 22, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "OUaTiH" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  24. ^ Berger, Laura (October 31, 2018). "Gia Coppola to Direct "Mainstream," a Love Triangle Featuring Rising Star Maya Hawke". Womenandhollywood.com. Dicapai pada October 3, 2019.
  25. ^ Fleming, Mike Jr (May 14, 2019). "Johnny Knoxville, Chris Messina, Alexa Demie, Colleen Camp Join Gia Coppola's 'Mainstream'". Deadline Hollywood. Dicapai pada October 3, 2019.
  26. ^ a b Blistein, Jon (June 30, 2021). "Maya Hawke Flees a Knife-Wielding Maniac in Clip From 'Fear Street Part One: 1994'". Rolling Stone. Dicapai pada July 3, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Fear Street" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  27. ^ a b Kit, Borys (April 28, 2022). "Maya Hawke Joins Bradley Cooper's Leonard Bernstein Biopic Maestro (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada April 28, 2022. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Maestro" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  28. ^ Sawyer, Jonathan (August 22, 2019). "Maya Hawke's debut singles: Stream them here". Highsnobiety. Dicapai pada August 25, 2019.
  29. ^ Nickolai, Nate (August 18, 2019). "Maya Hawke debuts two singles ahead of album release". Variety. Dicapai pada August 25, 2019.
  30. ^ "Maya Ray on Instagram: "Upcoming shows..."". Instagram (dalam bahasa Inggeris). January 24, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2021. Dicapai pada April 29, 2020.
  31. ^ a b "Maya Hawke Gigography, Tour History & Past Concerts". Songkick (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 29, 2020.
  32. ^ Almeida, Nicole (April 22, 2020). "Reintroducing Maya Hawke: An Interview about 'Blush', Poetry, and Identity". Atwood Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 29, 2020.
  33. ^ DeLeo, Isabella (March 18, 2020). "Maya Hawke announces her debut album blush, shares new single "By Myself"". Paste. Dicapai pada March 20, 2020.
  34. ^ Strauss, Matthew (April 22, 2020). "Listen to Maya Hawke's New Song "Coverage"". Pitchfork (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 29, 2020.
  35. ^ Darmon, Aynslee (April 28, 2020). "Maya Hawke Enlists Dad Ethan Hawke To Direct 'Coverage' Music Video During Coronavirus Quarantine". ET Canada. Dicapai pada April 29, 2020.
  36. ^ "Maya Hawke". Maya Hawke Official Website (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2020. Dicapai pada June 18, 2020.
  37. ^ "Screenshot of @momandpopmusic Instagram story" (dalam bahasa Inggeris). June 15, 2020. Dicapai pada June 18, 2020.
  38. ^ Cantor, Brian (August 29, 2020). "Maya Hawke, Jameson Rodgers, Easton Corbin Scheduled To Perform On NBC's TODAY Show". Headline Planet. Dicapai pada August 31, 2020.
  39. ^ a b Weir, Keziah (April 2, 2018). "Maya Hawke Gets Into the Family Business With the Literary Role of a Lifetime: Jo March". Elle. Dicapai pada August 26, 2018.
  40. ^ Ramos, Dino-Ray (July 31, 2018). "Fantastic Fest 2018 Sets 'Overlord', 'Apostle', & 'The Night Comes For Us' In First Wave Of Programming". Deadline Hollywood. Dicapai pada August 26, 2018.
  41. ^ N'Duka, Amanda (November 14, 2018). "Peter Sarsgaard, Maya Hawke & 'Get Out's Betty Gabriel Are 'Human Capital'". Deadline Hollywood. Dicapai pada August 25, 2019.
  42. ^ Sepinwall, Alan (September 25, 2020). "The Gospel According to Ethan Hawke". Rolling Stone. Dicapai pada October 10, 2020.
  43. ^ McNary, Dave (October 30, 2018). "Film News Roundup: Andrew Garfield Joins Gia Coppola's Romance Movie 'Mainstream'". Variety. Dicapai pada May 19, 2019.
  44. ^ "Italian Studies". Tribeca Film Festival. Dicapai pada May 16, 2021.
  45. ^ Allen, Nick (June 12, 2021). "'Italian Studies': Vanessa Kirby Is Fascinating To Watch In Adam Leon's Dreamy & Compelling Mood Piece [Tribeca Review]". The Playlist. Dicapai pada June 13, 2021.
  46. ^ Staff, People (October 12, 2021). "Maya Hawke Films Asteroid City in Madrid, Plus Benedict Cumberbatch, Bella Hadid and More". People. Dicapai pada October 12, 2021.
  47. ^ Jackson, Angelique (June 24, 2021). "Jennifer Kaytin Robinson's Netflix Teen Comedy 'Strangers' Adds 7 to Cast, Including Austin Abrams, Alisha Boe, Jonathan Daviss". Variety. Dicapai pada July 6, 2021.
  48. ^ Boucher, Geoff (September 13, 2019). "Saturn Awards: 'Spider-Man' Star Tom Holland Wins For Third Year In A Row". Deadline Hollywood. Dicapai pada September 13, 2019.
  49. ^ "SAG Awards: 'Parasite' Wins Top Film Prize; 'Crown' and 'Mrs. Maisel' Named Best Drama, Comedy Series". The Hollywood Reporter. January 19, 2020. Dicapai pada July 13, 2020.