Maybach 1 dan 2
Maybach 1 dan 2 adalah satu siri kubu (bunker) di atas dan di bawah tanah yang dibina 20 kilometer dari selatan Berlin di Wünsdorf berhampiran Zossen, Brandenburg, yang mana menempatkan Markas Besar Tentera Darat (OKH) di Maybach 1 dan Markas Besar Angkatan Tentera (OKW) di Maybach 2 semasa Perang Dunia Kedua. Kompleks tersebut telah diberi nama sempena pencipta enjin kereta terkenal Jerman iaitu Wilhelm Maybach.
Maybach 1
suntingMaybach 1 telah dibina antara tahun 1937 dan 1939 apabila ancaman perang semakin hampir. Kompleks ini terdiri daripada dua belas bangunan tiga tingkat diatas tanah yang direka untuk dilihat dari udara seperti perumahan tempatan dan dua tingkat bunker (bawah tanah) yang saling bersambungan dengan ketebalan dinding dua kaki lebar. Kemudian dalam Perang Dunia II kawasan tersebut telah di samarkan lagi dengan penggunaan jaring kelambu.
Maybach 2
suntingMaybach 2, yang siap pada tahun 1940, adalah rekabentuk yang sama dengan sebelas bangunan atas tanah.
Perang Dunia II
suntingSemasa tahun 1945 kawasan tersebut telah teruk di bom oleh kedua-dua belah pihak British dan Amerika, termasuk satu serangan pada 15 Mac yang mencederakan Timbalan Ketua Staf Am Tentera Darat Jeneral Hans Krebs. Pada waktu tengahari 20 April OKH telah berpindah ke Eiche berhampiran Potsdam dan OKW pula ke Krampnitz, dan pihak Rusia tiba pada waktu petang mendapati kawasan tersebut kosong melainkan hanya empat orang askar yang tinggal.
Era Perang Dingin
suntingDua bunker Maybach ini sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh Tentera Merah pada penghujung tahun 1946, mengikut ketetapan perjanjian empat kuasa yang menduduki Jerman dan satu arahan Majlis Kawalan Kuasa Bersekutu, sungguhpun terdapat beberapa bangunan yang terselamat,termasuk kubu komunikasi Zeppelin yang hampir tidak rosak sepenuhnya. Bunker Zeppelin membentuk sebahagian daripada pengkalan era Perang Dingin Soviet di Wünsdorf dengan nama Ranet. Kelengkapan kubu kemudiannya ditambah lagi untuk menempatkan pusat kawalan dan komunikasi yang digunakan oleh tentera darat Soviet di Jerman Timur. Tapak bunker ini telah dinyahtentera selepas penutupan pengkalan tentera pada tahun 1994, apabila askar terakhir Rusia meninggalkan Jerman.
Tinggalan hari ini dan pameran
suntingRuntuhan pintu masuk bunker atas tanah kekal didalam kawasan pengkalan tentera bekas Soviet di Wünsdorf-Waldstadt. Beberapa bahagian kompleks bawah tanah Maybach 1 masih boleh dimasuki melalui runtuhan pintu masuk bangunan, bersama dengan jiran bunker komunikasi Zeppelin. Kawasan ini dan kubu bawah tanah masih boleh dimasuki oleh pemandu pelancong dan sebuah muzium di Rumah Perbandaran Wünsdorf telah mempamerkan buku mengenai sejarah ketenteraan di bandar ini dan keseluruhan kompleks bunker.