Mayflower ialah sebuah kapal dari England yang mengangkut sekumpulan penganut Puritan (kini bergelar Pilgrim) —sebanyak 102 orang penumpang termasuk 30 anak kapal dianggarkan namun bilangan sebenar tidak diketahui[1]— dari Plymouth ke benua Amerika Utara dalam Dunia Baru pada tahun 1620.[2] Para penumpang kapal ini menandatangani suatu persetiaan (Mayflower Compact) sebelum meninggalkan kapal dan mendirikan suatu petempatan baru di sana: dokumen tersebut dikarang membentuk satu bentuk demokrasi asas dengan setiap ahli yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.[3]

Mayflower in Plymouth Harbor oleh William Halsall (1882)
Nama: Mayflower
Pemilik: Christopher Jones (¼ kapal)
Pelayaran sulung: Sebelum 1609
Ditarik keluar dari perkhidmatan: 1622–1624
Takdir: kemungkinan diambil oleh pemecah kapal Rotherhithe s. 1624.
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Fluit kargo Belanda
Berat (tan): 180 tan +
Panjang: c. 80–90 kaki (24–27.5 m) di dek, 100–110 ft (30–33.5 m) keseluruhan.
Dek: Sekitar 4
Kapasiti: Tidak diketahui, tetapi membawa sekitar 135 orang ke Koloni Plymouth

Kapal ini telah menjadi salah satu simbol utama dalam sejarah pembentukan negara Amerika Syarikat yang moden, terutamanya berkaitan sejarah pertapakan pendatang-pendatang asing dari Dunia Lama (terutamanya Eropah) yang tiba membentuk budaya dan kependudukan negara moden ini.[4]

Laluan pelayaran sunting

Perlepasan sunting

Sebanyak 65 orang penumpang kapal menaiki kapal Mayflower pada Julai 1620 sama ada di Blackwall atau Wapping tepi Sungai Thames.[5] sebelum menyeberanginya menuju Selat Inggeris. Kapal tersebut kemudiannya bergerak ke pantai selatan untuk berlabuh di Southampton Water menunggu kapal Speedwell yang membawa penumpang Puritan dari Leiden, Belanda. Speedwell tiba di tempat dijanjikan pada 22 Julai. Kedua-dua kapal ini bersedia memulakan pelayaran pada 5 Ogos namun Speedwell didapati bocor; kapal-kapal tersebut dibawa ke Dartmouth untuk dibaiki. Mereka memulakan percubaan kedua mereka namun Speedwell membocor sekali lagi setelah 200 batu (320 km) melepasi tanjung Land's End.

Masalah berterusan ini menyebabkan sesetengah penumpang kapal Speedwell menyertai kapal Mayflower agar tidak dapat membazirkan masa dan bekalan penting lagi, manakala sesetengah penumpang yang lain kembali ke Belanda. The Mayflower meningkat sekitar 130 orang penumpang termasuk 5 hingga 30 orang anak kapal.[6] meneruskan pelayaran ke benua Amerika manakala kapal Speedwell dijual tidak lama kemudian.[perlu rujukan]

Pelabuhan sunting

Kapal Mayflower menjumpai daratan Cape Cod kini pada 9 November 1620. Mereka pada asalnya ingin berlabuh di Jajahan Virginia jauh ke selatan yang menjadi tapak asal mereka sepertimana yang dijanjikan bersama Company of Merchant Adventurers, namun badai musim sejuk yang kuat memaksa mereka berlabuh di sana pada dua hari kemudian. Sambil itu juga, para penumpang kapal menandatangai suatu dokumen persetiaan dengan tujuan mewujudkan suatu aturan undang-undang antara mereka.[7][8][9][10]

Suatu ekspedisi meneroka tapak petempatan sesuai dilakukan pada Isnin 27 November 27 atas arahan Kapt. Christopher Jones: pemenerokaan tersebut disertai 24 orang penumpang kapal dan 10 kelasi kapal. Mereka terpaksa menghadapi kegetiran hasil cuaca sejuk yang melanda persekitaran sana lagi-lagi dengan kasut dan sarung kaki basah dipakai mereka.[11]

Musim sejuk 1620–1621 sunting

 
Pilgrims Going to Church karya George Henry Boughton (1867)

Keberangkatan semula ke London sunting

Muatan kapal sunting

Para pengendali sunting

Charles Banks dalam bukunya bertajuk The English Ancestry and Homes of the Pilgrim Fathers: who came to Plymouth on the "Mayflower" in 1620, the "Fortune" in 1621, and the "Anne" and the "Little James" in 1623 (2006) yang menjadi sumber diterima umum mencatat bilangan anak kapal tersebut terdiri daripada sejumlah 50 orang:

  • seorang kapten: Christopher Jones - usia 50 tahun dan berpengkalan di pelabuhan Harwich, Essex, England. Beliau sebelum ini pernah berpengalaman dalam perkapalan kargo Eropah sebelum diupah ejen bisnes mereka - Thomas Weston and Robert Cushman dari London.[12][13]
  • four orang awak kapal
  • four quartermasters,
  • seorang jurubedah, beberapa orang tukang kayu, beberapa orang tukang masak pegawai dan penjaga tembak,
  • 36 anak kapal utama.

Kesemua anak kapal Mayflower kekal duduk bersama para Puritan sepanjang musim sejuk 1620–1621 yang mengorbankan sebanyak separuh anak kapal tersebut. Sebilangan anak kapal yang masih terselamat kembali ke London dengan kapal Mayflower pada 5 April 1621.[14][15]

Anggaran anak kapal yang terlibat sendirinya berbeza-beza mengikut sejarawan yang mengkaji: Nathaniel Philbrick menganggarkan antara 20 hingga 30 kelasi tidak diketahui nama mereka. Nick Bunker pula menyatakan anak kapal yang bertugas dari sekurang-kurangnya 17 orang sehingga sebanyak 30 orang anak kapal; manakala Caleb Johnson pula menganggarkan sekitar 30 orang namun perkiraan tepat tidak dapat dikenali pasti.[16][17][18][19]

Rujukan sunting

  1. ^ Johnson 2006.
  2. ^ Folsom, George. et al. Historical Magazine: and Notes and Queries Concerning the Antiquities, History, and Biography of America. (C. B. Richardson, 1867) page 277
  3. ^ Bertrand Brown, 'To Celebrate the 300th Anniversary of America's Origin', The Journal of Education", Vol. 92, No. 6 (Trustees of Boston University, August 1920), p. 151
  4. ^ Philbrick, pp. 4–5
  5. ^ Charles Edward Banks p.17
  6. ^ Charles Edward Banks, The English Ancestry and Homes of the Pilgrim Fathers Who Came to Plymouth on the "Mayflower" in 1620, the "Fortune" in 1621, and the "Anne" and "Little James" in 1623, orig. pub 1929, reprint 2006 by Genealogical Publishing Co., p. 17–19
  7. ^ Eugene Aubrey Stratton. Plymouth Colony: Its History and People, 1620–1691, (Ancestry Publishing, Salt Lake City, UT, 1986) p. 413
  8. ^ Bjoern Moritz, The Pilgrim-Fathers' Voyage with the Mayflower (ShipsOnStamps 2003) [1]
  9. ^ William Bradford. History of Plymouth Plantation by William Bradford, the second Governor of Plymouth (Boston. 1856 Not in copyright) p. 448
  10. ^ George Ernest Bowman, The Mayflower Compact and its signers, (Boston: Massachusetts Society of Mayflower Descendants, 1920). Photocopies of the 1622, 1646 and 1669 versions of the document pp. 7–19.
  11. ^ Nathaniel Philbrick, Mayflower: A Story of Courage, Community and War, (Penguin Books 2006), pp. 65–66
  12. ^ Charles Edward Banks, The English Ancestry and Homes of the Pilgrim Fathers: who came to Plymouth on the "Mayflower" in 1620, the "Fortune" in 1621, and the "Anne" and the "Little James" in 1623 (Baltimore, MD.:Genealogical Publishing Co., 2006) pp. 19–20
  13. ^ Johnson 2006, m/s. 25, 28, 31.
  14. ^ Banks, Charles Edward (2006). The English Ancestry and Homes of the Pilgrim Fathers: who came to Plymouth on the "Mayflower" in 1620, the "Fortune" in 1621, and the "Anne" and the "Little James" in 1623. Baltimore, MD.: Genealogical Publishing Co. m/s. 18.
  15. ^ Eugene Aubrey Stratton. Plymouth Colony: Its History and People, 1620–1691, (Ancestry Publishing, Salt Lake City, UT, 1986) p. 21
  16. ^ Johnson 2006, m/s. 33.
  17. ^ Charles Edward Banks, The English Ancestry and Homes of the Pilgrim Fathers Who Came to Plymouth on the "Mayflower" in 1620, the "Fortune" in 1621, and the "Anne" and "Little James" in 1623,(orig. pub: 1929 reprint: 2006 by Genealogical Publishing Co.), pp. 18–19
  18. ^ Nathaniel Philbrick, Mayflower: A story of Courage, Community and War (New York:Viking, 2006), p. 25
  19. ^ Nick Bunker, Making Haste from Babylon: The Mayflower Pilgrims and their New World a History (New York: Knopf 2010), p. 31

Bacaan lanjut sunting

  • Bradford, William (1908). Davis, William T. (penyunting). Bradford's History of Plymouth Plantation, 1606–1646. Scribners. (the only written account of the voyage)
  • Marble, Annie Russell (1920). The Women Who Came in the Mayflower. Boston: Pilgrim Press
  • R. G. Marsden, "The 'Mayflower,'" English Historical Review 19 (October 1904): 669–80.
  • Philbrick, Nathaniel (2006). Mayflower: A Story of Courage, Community, and War. Viking. ISBN 0-670-03760-5.
  • Usher, Roland G (1984). The Pilgrims and their History. Williamstown, Massachusetts: Corner House Publishers. ISBN 0-87928-082-4. (originally published in 1918)
  • Johnson, Caleb H. (2006). The Mayflower and Her Passengers. Indiana: Xlibris.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting