Mazda Motor Corporation (Jepun: マツダ株式会社, Hepburn: Matsuda Kabushiki-gaisha), juga dikenali sebagai Mazda, ialah pembuat kereta multinasional Jepun yang berpusat di Fuchū, Daerah Aki, Wilayah Hiroshima, Jepun.[3]

Mazda Motor Corporation
マツダ株式会社
Nama asliマツダ株式会社
Nama rumiMatsuda Kabushiki-gaisha
Jenis/bentuk sahAwam (K.K.)
Didagangkan sebagaiTYO: 7261
ISINJP3868400007 Sunting ini di Wikidata
IndustriAutomotif
Ditubuhkan30 Januari 1920; 103 tahun yang lalu (1920-01-30)
PengasasJujiro Matsuda
Ibu pejabat3-1 Shinchi, Fuchū, Aki, Hiroshima, Jepun
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingMasamichi Kogai
(Pengerusi)
Akira Marumoto
(Presiden dan CEO)
Keluaran1,202,489 unit (2016)
Automobil
Trak
Enjin
Hasil ¥3.4 trilion (FY 2016)[1]
Pendapatan kendalian ¥22.6 bilion (FY 2016)[1]
Pendapatan bersih ¥13.4 bilion (FY 2016)[1]
PemilikJapan Trustee Services Bank (6.3%)
The Master Trust Bank of Japan (4.7%)
Sumitomo Mitsui Banking Corporation (2.2%)
[2]
Bilangan kakitangan46,398 (2016)
Anak syarikatMazda (United States) Sunting ini di Wikidata
Laman sesawangmazda.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 2015, Mazda menghasilkan 1.5 juta kenderaan untuk jualan global, yang majoritinya (hampir 1 juta) dihasilkan di kilang Jepun syarikat, dengan bakinya datang dari kilang-kilang lain di seluruh dunia.[4] Pada tahun 2015, Mazda ialah pembuat kereta terbesar ke-15 oleh pengeluaran di seluruh dunia.[5]

Nama Sunting

Nama Mazda muncul dengan pengeluaran trak roda tiga yang pertama di syarikat itu. Calon lain untuk nama model termasuk Sumera-Go, Tenshi-Go dan banyak lagi.[6]


Secara rasmi, ini syarikat menyatakan bahawa

Nama itu juga dikaitkan dengan Ahura Mazda (Dewa Cahaya), dengan harapan ia akan mencerahkan imej kenderaan kompak ini.

Laman web syarikat juga menyatakan bahawa namanya juga berasal dari nama pengasas syarikat, Jujiro Matsuda.[7]

Penulisan Mazda digunakan bersama dengan lambang korporat Mitsubishi, yang bertanggungjawab untuk jualan, untuk menghasilkan trak bertanduk roda tiga Toyo Kogyo.[8]

Sejarah Sunting

Mazda ditubuhkan pada 30 Januari 1920 oleh Jujiro Matsuda yang pada asalnya dinamakan Toyo Kogyo Co.Ltd. Kemudian pada tahun 1927 syarikat itu mula menghasilkan alat mesin. Sehingga akhirnya syarikat itu menukar namanya sekali lagi kepada Mazda yang masih digunakan hari ini.[9]

Dari 1974 hingga 2015, Mazda mempunyai perkongsian dengan Ford Motor Company, yang memperoleh 24.5% kepentingan pada tahun 1979, meningkat kepada 33.4% pemilikan Mazda pada Mei 1995.[10] Di bawah pentadbiran Alan Mulally, Ford secara beransur-ansur melepaskan kepentingannya dalam Mazda dari tahun 2008 hingga 2015, dengan Ford memegang 2.1% saham Mazda pada 2014[11] dan memisahkan kebanyakan pengeluaran serta hubungan pembangunan.

Kepimpinan Sunting

  • Jujiro Matsuda (1921–1951)
  • Tsuneji Matsuda (1952–1970)
  • Kouhei Matsuda (1970–1977)
  • Yoshiki Yamasaki (1977–1984)
  • Kenichi Yamamoto (1984–1987)
  • Masanori Furuta (1987–1991)
  • Yoshihiro Wada (1991–1996)
  • Henry Wallace (1996–1997, dilantik Ford Motor Company, Ketua Pegawai Eksekutif bukan Jepun pertama pembuat kereta Jepun)
  • James E. Miller (1997–1999)
  • Mark Fields (1999–2002)
  • Lewis Booth (2002–2003)
  • Hisakazu Imaki (2003–2008)
  • Takashi Yamanouchi (2008–2013)
  • Masamichi Kogai (2013–sekarang)

Kenderaan Sunting

Model terkini Sunting

Kereta penumpang:

  • Mazda2/Demio (2002-kini)
  • Mazda3/Axela (2003-kini)
  • Mazda6/Atenza (2002-kini)

SUV:

  • CX-3 (2014-kini)
  • CX-30 (2019-kini)
  • CX-4 (2016-kini, hanya dijual di China)
  • CX-5 (2012-kini)
  • CX-50 (2022-kini, hanya dijual di Amerika Utara)
  • CX-60 (2022-kini)
  • CX-8 (2017-kini)
  • CX-9 (2006-kini)
  • CX-90 (2023-kini)
  • MX-30 (2020-kini)

Kereta sport:

  • MX-5 (1989-kini)

Trak pikap:

  • BT-50 (2006-kini)

Kenderaan Kei (hanya dijual di Jepun):

  • Carol (1962-kini)
  • Flair (2012-kini)
  • Scrum Wagon (2000-kini)

Kenderaan komersial:

  • Bongo (1966-kini)
  • Bongo Brawny (1983-kini)
  • Famila Van (2018-kini)
  • Scrum (van dan trak cabover, 1989-kini)
  • Titan (lori komersial, 1971-kini)

Model terdahulu Sunting

  • 121 (1988-2002, eksport sahaja)
  • 929 (1973-1997, eksport sahaja)
  • AZ-1 (1992-1994)
  • AZ-Offroad (1998-2014)
  • B Series (1961-2006)
  • Biante (2008-2018)
  • Capella (1970-2002, model versi eksport sebagai 626 pada tahun 1978-2003)
  • Cosmo (1967-1996)
  • Cronos (1991-1997)
  • CX-7 (2007-2012)
  • ɛ̃fini MS-8 (1992-1997)
  • Familia (1964-2003, model versi eksport sebagai 323 pada tahun 1977-2003)
  • Familia Wagon/Van (1994-2018)
  • K360 (1959-1969, trak tiga-roda)
  • Lantis/323F (1993-1997)
  • Luce (1966-1991)
  • Mazda-Go (1931-1959, trak tiga-roda)
  • Millenia (1993-2002)
  • MPV/Mazda8 (1988-2016)
  • MX-3 (1990-1998)
  • MX-6 (1988–1997)
  • Navajo (1991-1994)
  • Parkway (1972-1997, bas mini)
  • Pathfinder XV-1 (1970-1973)
  • Persona (1988-1992)
  • Premacy/Mazda5 (1999-2018)
  • R360 (1960-1966)
  • Revue (1990-1998)
  • RX-7 (1978-2002)
  • RX-8 (2003-2012)
  • Savanna (1971-1991)
  • Sentia (1990-1998)
  • Spiano (2002-2008)
  • Tribute (2001-2011)
  • Verisa (2004-2015)
  • VX-1 (2013-2017, hanya dijual di Indonesia)
  • Xedos 6/Eunos 500 (1992-1999)

Rujukan Sunting

  1. ^ a b c "Consolidated Financial Results" (PDF). mazda.com/investors. Dicapai pada June 21, 2011.
  2. ^ "MAZDA:Share Data – Stock and Bond Information". mazda.com. Dicapai pada December 27, 2013.
  3. ^ "Offices Diarkibkan Oktober 7, 2009, di Wayback Machine." Mazda. Retrieved on October 29, 2009.
  4. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2008. Dicapai pada Julai 31, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ "World motor vehicle production OICA correspondents survey without double counts world ranking of manufacturers year 2015" (PDF).
  6. ^ "GREAT CARS OF MAZDA". Dicapai pada 8 October 2017.
  7. ^ http://www.mazda.com/en/innovation/stories/greatcar/mazda-go/
  8. ^ "A Story Behind the Name of "Mazda"". Dicapai pada 9 November 2018.
  9. ^ Corporate Financing and Governance in Japan: The Road to the Future – page 153, By Takeo Hoshi, Anil Kashyap
  10. ^ "Mazda Annual Report 2017" (PDF). Mazda Motor Corporation. m/s. 59. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Januari 21, 2018. Dicapai pada Januari 20, 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ Stock and Bond Information, Mazda, March 31, 2014

Pautan luar Sunting