Datuk Mazlan Harun ialah ahli politik UMNO di Malaysia. Bapa beliau merupakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. Datuk Mazlan pernah menjadi ADUN Sungai Way, Selangor.

Dari 1980-1986 beliau menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Nama                                     : Dato’ Mazlan bin Datuk Seri Harun

Dikurnia                                 : D.S.I.S pada 8/12/2013, dikurniakan gelaran 'Dato' oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah (Sultan Selangor)

Status perkahwinan             : Berkahwin dan dikurniakan 5 orang anak.

Alamat pejabat                      : No. 1 & 3, Lorong Universiti C, Section 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

Kelulusan                             : B.A. (hons), University of Exeter, United Kingdom (1971).

Pengalaman Pekerjaan        : Sub Akauntan Bank Bumiputera dan Timbalan Pegawai Kredit Bank Rakyat

Pengalaman Politik sunting

  • ·Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Seri Setia (Sg. Way) Selangor (1982-1986).
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lindungan 1987 hingga 1990.
  • Ketua UMNO Bahagian Petaling & Puchong 1982 hingga 1988 (sehingga UMNO terbatal).
  • Pengarah dan pengerusi jawatankuasa tanah, jawatankuasa pengswastaan, perancangan & perumahan PKNS (1982-1990).
  • Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negeri Selangor, 1982-1990.
  • Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya, 1978-1990.
  • Pengarah anak syarikat negeri Selangor: Perangsang Berhad (1982-1990).
  • Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1976-1982).
  • Ahli majlis tertinggi parti Melayu Semangat 46 (1988-1990).
  • Bendahari Parti Melayu Semangat 46 Negeri Selangor (1988-1990).
  • Timbalan Ketua UMNO bahagian Subang (1991-1999).
  • Pengerusi Biro Pendaftaran Pengundi UMNO Bahagian Subang (1994-1999).
  • Keratan dari artikel di Bernama 'Veteran UMNO Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO' yang didakwanya melakukan rasuah politik dalam pemilihan parti. Beliau turut menyerahkan sebuah album yang mengandungi gambar, video dan dokumen bagi menyokong aduannya itu.

Sukan sunting

  • Striker pasukan bola sepak Piala Malaysia Selangor 1972-1976. Menjaring 2 goal kemenangan melawan Terengganu dan Kelantan.
  • Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Selangor, 1981-1993 dan pengurus pasukan selama 8 tahun.
  • Presiden Persatuan Kelab Polo Selangor (1990-1992).
  • Persiden Kelab Polo Tanamera dan Juara Pertandingan Polo 1984, satu pasukan dengan 3 orang anaknya. 

Perniagaan sunting

Nama Syarikat Jenis Perniagaan % saham dimiliki Jawatan dalam syarikat
Kundang Lakes Country Club Berhad Pembangunan dan mengoperasi kelab golf. 70 Chairman
Syarikat Pembangunan Tenaga Murni Sdn Bhd Pemaju perumahan - Chairman
Orchard Circle Sdn Bhd Pemaju perumahan - Chairman
Syarikat Motorcycle Sales Centre Sdn Bhd Pengimport, pengedar dan penjual motosikal 12 Chairman
K.L. Letrik Sdn Bhd Penjual barang-barang elektrik. - Chairman
Alang Bidara Industries Sdn Bhd Pelaburan and pembalakan - Chairman
Telemac Sdn Bhd Pemaju perumahan 10 Chairman
United Paper Board (M) Sdn Bhd Pengilang dan penjual ‘paper board’   Chairman
Bidara Holdings Sdn Bhd Pelaburan 68.3 Chairman
Lion Teck Chiang Limited Pelaburan - Director

Laporan BPR sunting

Pada 4 September 2008 Mazlan Harun menyerahkan sebuah album mengandungi gambar, video dan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah Wilayah Persekutuan di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung dakwaan pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam rasuah politik dalam pemilihan parti. Turut serta ialah ahli UMNO bahagian Muar, Johor, Dato' Kadar Shah bin Tun Sulaiman Ninam Shah , saudara Zaharin a.k.a Sang Kelembai [1], Datuk Idris Tulis dan mereka berkumpul di Dataran Merdeka[2] Kononnya Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengunakan agensi bawah Kementerian Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk berkempen kepada AJK Cawangan UMNO seluruh Malaysia yang diadakan secara bersiri di Kuala Lumpur bermula Mei 2008. Mereka membawa surat Datuk Zahar Ibrahim yang bertarikh 11 Julai 2008 yang mendedahkan salahguna kuasa pemilihan dan rasuah yang berlaku dalam pemilihan UMNO oleh Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Dato' Mazlan Membuat Laporan BPR Keatas Pak Lah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-28. Dicapai pada 2008-12-26.
  2. ^ Rasuah: Mazlan buat laporan kedua BPR
  3. ^ Surat Datuk Zahar Ibrahim