Tan Sri Mazlan Nordin adalah tokoh wartawan Malaysia.Beliau lahir pada 14 Oktober 1925 di Tanjung Malim, Perak. Beliau pernah menjadi wartawan di Utusan Melayu dan Berita Harian ; pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) (Februari 1973-1982); Ketua Pengarang Utusan Melayu dan dilantik Pengarah Urusan (1983-1987).

Mazlan Nordin pernah menjadi Perunding Jabatan Pengarang di New Straits Times Press (M) Bhd (2000-September 2001) dan menjadi kolumnis di Mingguan Malaysia, The Sun, New Straits Times, majalah Asiaweek dan Penulis Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pendidikan sunting

Beliau bersekolah di Malay College Kuala Kangsar (MCKK),Kuala Kangsar, Perak (1939) tetapi tergendala apabila meletus Perang Dunia Kedua (1941-1945).

Kerjaya sunting

Mazlan Nordin pernah menjadi pembantu di Kedai Buku Yahaya Ariff & Sons di Kuala Kangsar. Beliau diterima bekerja sebagai penterjemah di Utusan Melayu ,Singapura pada Jun 1950. Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu adalah Tan Sri Abdul Samad Ismail, telah membimbing selok-belok penulisan kepada para pemberitanya.Apabila Rusuhan Natrah meletus, beliau ditugaskan mewawancara Natrah di gereja yang hendak diKristiankan. Berita ini telah menjadi berita utama muka depan Utusan Melayu.

Beliau juga menjadi pemberita sambilan, iaitu menulis semula berita ke dalam Bahasa Inggeris untuk Singapore Free Press (kemudian dikenali sebagai Malay Mail).

Setelah empat bulan di Utusan Melayu , beliau menjadi wartawan penyiaran di Voice of American di New York. Tahun 1953, beliau menyertai semula Utusan Melayu .Kemudian sebagai editor Berita Harian selama lima tahun. Berita Harian ketika itu hanyalah terjemahan dari New Straits Times.Beliau yang menjadi penterjemah dan pemberita sekali lagi berguru dengan Tan Sri A. Samad Ismail.

Dari Februari 1973 - 1982, beliau kembali ke Utusan Melayu sebagai Ketua Editor dan Pengarah Urusan (1983-1987). Beliau juga ‘Editorial Consultant’ di New Straits Times Press (M) Bhd. (2000-September 2001). Beliau menjadi kolumnis di Mingguan Malaysia, The Sun, New Straits Times dan majalah Asiaweek dan Penulis Tamu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aktiviti persatuan sunting

Mazlan Nordin menjadi Pengerusi Malaysian Press Institute (1989-2003), Ahli Lembaga World Enterprise Institute (2000), Pengerusi Press Foundation of Asia (1999), Pengerusi Afro-Asian People’s Solidarity Organisation Malaysia dan sebagainya.

Pingat dan anugerah sunting

Antara pingat yang diterimanya ialah Ahli Mangku Negara (1966), Johan Setia Mahkota (1975), Johan Mangku Negara (1980), Setia Diraja Kedah (1982), Setia Mahkota Pahang (1982), Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ (1993) dan Panglima Setia Mahkota (2005).

Beliau dianugerahkan ASEAN Award (1987), Anugerah Wartawan Cemerlang Negara oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (1996), Tokoh Wartawan Negara oleh Malaysian Press Institute (2001) dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2005).[1]Anugerah sebagai Tokoh Wartawan Malaysia diterima pada 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009.[2]

Meninggal dunia sunting

Pada hari Khamis, 22 Mac 2012, Mazlan Nordin meninggal dunia (87 tahun) di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke PPUM selepas terjatuh di bilik air rumah anaknya .Anak keempat beliau, Yuri Azhar, 39 memaklumkan bahawa doktor memberi bapanya sedatif bagi mengurangkan rasa sakit .[3] [4] Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara bersebelahan kubur isterinya, Rogayah Sameon yang meninggal dunia pada 1996.Beliau meninggalkan empat cahaya mata, iaitu Roslin, 45; Addie Mazlan, 43 ; Yuri Azhar, 38; dan Mohd Faisal, 25 serta empat cucu. Anak sulungnya meninggal dunia pada 2005 akibat penyakit paru-paru.

Antara yang menziarahi jenazah ialah [[Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Pengerusi Eksekutif Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad Abd Talib dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin.

Rujukan sunting

  1. ^ "Tan Sri Haji Mazlan Nordin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2012-01-02.
  2. ^ Tokoh wartawan meninggal
  3. ^ Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia
  4. ^ "Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada 2012-03-22.