Lan Pet Pet

pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Malaysia
(Dilencongkan dari Mazlan Pet Pet)

Mazlan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet (lahir 20 Mei 1969) ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Malaysia. Beliau ialah anggota kumpulan Senario

Lan Pet Pet
Kelahiran
Mazlan bin Ahmad

(1969-05-20) 20 Mei 1969 (umur 54)
Nama lainLan Pet Pet
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, pelawak
Tahun aktif1996–kini
PasanganRubihah Abu Bakar @ Che Wan (k. 2008)
IbuAsma Abdullah
BapaAhmad Mahmood
SaudaraMahadzir Ahmad (saudara kandung)

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1994. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan nasihat.

Beliau memulakan kerjaya beliau dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagai diri beliau sendiri, watak Mazlan.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telahpun mendirikan rumah tangga bersama Ruby Che Wan pada 20 Ogos 2008. Bersama isterinya, beliau telah ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji pada tahun 2017, bertepatan dengan pada hari ulang tahun perkahwinannya.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Senario The Movie Mazlan Kemunculan pertama beliau dalam bidang perfileman
2000 Senario Lagi Susulan Senario the Movie
Pasrah Mustafa Cubaan pertama beliau di luar projek Senario
2001 Gerak Khas The Movie Salleh
Lagi-Lagi Senario Mazlan Peranan serius pertama beliau
2002 Anak Mami The Movie Konduktor Bas Pelakon undangan
Gerak Khas The Movie II Salleh
2003 Lang Buana Kiambang
2004 I Know What You Did Last Raya Roslan
2005 Pontianak Menjerit Mazlan
Senario XX Rosman
2006 Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita Seman
2007 Zombi Kampung Pisang Inspektor Cenehom
2008 Cinta U-Turn Hafiz Pertama kali memegang watak utama di luar projek Senario
Senario The Movie: Episode 1 Mazlan/Perompak 1
Jangan Pandang Belakang Congkak Punai
2009 Senario The Movie Episod 2: Beach Boys Mazlan
2010 Zoo Ad
Senario Asam Garam Garam
Magika Hang Jebat Penampilan khas bersama Senario
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Punai
Ngangkung Pendeta
2011 Kembar Siang Lan Sengau
Senario The Movie Ops Pocot Lan
2013 Gangster Celop Tokanda Penampilan khas
2014 Dollah Superstar Dr. Romeo
Gila Baby Jerry
2020 Mulut Masin Pak Long
TBA Senario The Legend Dalam perancangan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1996–2013 Senario Pelbagai TV3 Sitkom
2003 Phua Chu Kang (Musim 6) Dirinya sendiri Mediacorp Saluran 5 Episod: "Senario Terburuk"
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series Punai Astro Warna

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Rentas Samudera TV2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2004 Senario Gelak Kaya Pengacara TV3
2015 Juara Parodi Bersama kumpulan Senaman iaitu Azlee Jaafar & Firman Astro Warna
2021 Malaysia Hari Ini Artis jemputan bersama kumpulan Senario TV3
Havoc Nak Raya

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

(ABPBH)

Tahun Kategori Keputusan
1998 Penghibur TV Popular Menang
1999 Penghibur TV Popular Menang
2000 Penghibur TV Popular Menang
2000 Artis Duo/Berkumpulan Popular Menang
2000 Artis Duo/Berkumpulan Popular Menang
Anugerah Lawak Warna 2014
Tahun Kategori Keputusan
2014 Komedi Sepanjang Zaman Menang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting