Mbo Jérôme Mpenza (lahir 4 Disember 1976) merupakan pemain bola sepak bersara Belgium yang bermain di posisi penyerang. Beliau telah menjaringkan tiga gol daripada 56 penampilannya. Adiknya, Émile merupakan pemain bola sepak yang mewakili Belgium.

Mbo Mpenza
Maklumat peribadi
Nama penuh Mbo Jérôme Mpenza
Tarikh lahir (1976-12-04) 4 Disember 1976 (umur 47)[1]
Tempat lahir Kinshasa, Zaire
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
Mesvins
1989–1993 Kortrijk
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993–1996 Kortrijk 73 (34)
1996–1997 Mouscron 30 (12)
1997–1999 Standard Liège 52 (20)
2000–2001 Sporting Lisbon 35 (3)
2001 Galatasaray 0 (0)
2002–2004 Mouscron 62 (27)
2004–2008 Anderlecht 86 (20)
2008 Larissa 0 (0)
Jumlah 338 (116)
Pasukan kebangsaan
1991 Belgium B15 1 (0)
1992 Belgium B16 1 (0)
1992 Belgium B17 4 (3)
1994 Belgium B18 1 (0)
1996 Belgium B21 2 (0)
1997–2007 Belgium 56 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya kelab sunting

Pada permulaan kariernya, Mbo berkongsi kelab dengan Émile sehingga beliau meninggalkan Standard Liège untuk berpindah ke Sporting CP. Di sana, beliau menjuarai kejuaraan liga pada tahun 2000. Beliau kemudian berpindah ke Turki untuk menyertai Galatasaray S.K. tetapi malangnya, beliau tidak membuat sebarang penampilan. Beliau akhirnya kemblai semula ke Belgium dan bermain untuk R.E. Mouscron (satu musim setengah) dan R.S.C. Anderlecht (empat musim).

Pada Julai 2008, Mpenza sertai kelab Greece, Larissa FC. Pada 8 Disember 2008, Mpenza mengumumkan persaraan daripada bola sepak akibat kecederaan tulang belakang. Pada masa itu, beliau tidak bermain untuk Larissa lagi kerana mengalami kecederaan.

Mpenza kini bekerja di Anderlecht sebagai unit sukarelawan.

Kerjaya antarabangsa sunting

Mpenza bermain untuk pasukan kebangsaan Belgium sejak 1997. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan persahabatan menentang Greece pada Ogos 2005. Beliau mewakili pasukan kebangsaannya di dua edisi Piala Dunia dan di UEFA Euro 2000 yang dihoskan oleh negaranya dan negara jiran, Belanda. Beliau telah mengumpul 56 kaps.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 17 Ogos 2005 Brussels, Belgium   Yunani 2–0 2–0 Persahabatan
2. 7 September 2005 Antwerp, Belgium   San Marino 4–0 8–0 Kelayakan Piala Dunia 2006
3. 6–0

Catatan sunting

  1. ^ "Mbo Mpenza". Voetbal International. Dicapai pada 14 September 2011.
  2. ^ "Mbo Jerome Mpenza". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai pada 14 September 2011.

Pautan luar sunting