Md Adnan Md Daud merupakan Tokoh Maulidur Rasul 2000 kerana sumbangannya dalam ilmu falak. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengiktiraf beliau sebagai tokoh astronomi tersohor di Malaysia.

Md Adnan Md Daud
Butiran peribadi
Lahir (1939-11-11) 11 November 1939 (umur 84)
Negeri Sembilan Darul Khusus
Meninggal dunia5 September 2011
Kuala Lumpur
PasanganZainab Abdul Tauwab El-Khalil Ibrahim

Beliau telah dianugerahkan sebagai Ahli Mangku Negara (A.M.N.) dan Tokoh Maulidur Rasul pada tahun 2000.[1]

Kerjaya sunting

Beliau mula berkhidmat pada tahun 1978 di Bahagian Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) yang kini dikenali JAKIM selama 16 tahun. Berdasarkan kepakaran beliau dan selepas pencen, beliau dilantik sebagai Ketua Unit Falak Jakim selama sepuluh tahun secara kontrak. Beliau pernah mencadangkan penubuhan Unit Falak di Jabatan Mufti-Mufti di seluruh Malaysia dan menggerakkan penggunaan teknologi teleskop berkomputer bagi rukyah (cerapan) anak bulan di negeri-negeri di Malaysia.

Beliau mahir dan berpengalaman luas dalam bidang falak malah sering menjadi rujukan kepada ahli falak lain di Asia Tenggara termasuk dari Brunei, Indonesia dan Singapura.Beliau diberi kepercayaan mewakili negara dalam Mesyuarat Falak Antarabangsa. Beliau merupakan Anggota Tetap Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah Persekutuan.

Karya sunting

  • Buku 'Kaedah Panduan Falak Syarie'
  • Kaedah Penentuan Awal Hijrah
  • menterjemah kitab hadis 'Bulugul Maram' ke Bahasa Melayu.


Meninggal dunia sunting

Pada 5 September 2011 bersamaan 7 Syawal 1434 hijriah, 4.24 pagi, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 72 tahun. Beliau meninggalkan isteri, Zainab Abdul Tauwab El-Khalil Ibrahim dan 4 orang cahaya mata dan 3 orang cucu.[2]

Rujukan sunting