Mechamato

siri animasi Malaysia

Mechamato (Jawi: ميکاماتو) ialah siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh Animonsta Studios, memfokuskan kepada seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya MechaBot, yang melawan robot jahat. Mechamato ialah sebahagian daripada francais BoBoiBoy dan siri ini juga berlaku sebelum siri asal dan BoBoiBoy Galaxy.

Mechamato
Tangkap layar sedutan daripada video lagu tema siri animasi Mechamato
Juga dikenali sebagai
Mechamato: Siri Animasi
Genre
PenciptaNizam Razak
Dibangunkan oleh
Safwan Karim
Ditulis olehAnas Abdul Aziz
PengarahDzubir Mohammed Zakaria
Raja Nukman Raja Mohd Noordin
Pelakon suara
Armand Ezra
Adzlan Nazir
Ielham Iskandar
Marissa Balqis
Syabil Syamin
Lagu pembukaan"Armored Hero Mechamato", ditulis dan digubah oleh Nur Sharmine Md Bakri
Dipersembahkan oleh Nil Cardoso
PenggubahNur Sharmine Md Bakri
Mohd Rizdzuwan Md Jusoh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim2
Bilangan episod26 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitNizam Razak
PenyuntingDzubir Mohammed Zakaria
Raja Nukman Raja Mohd Noordin
Tempoh siaran21min/episod
Syarikat penerbitan
Animonsta Studios
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Discovery International (Asia-Pasifik, tidak termasuk Jepun)
Toei Animation (Asia-Pasifik dan Jepun)
Primeworks Studios (Media Prima) (Malaysia)
Astro (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia)
Astro Shaw (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia)
Jetpack Distribution (luar Asia)
Educational Broadcasting System (Korea Selatan)
Bandai Namco Music Live (Jepun)
Mediacorp Studios (Mediacorp) (Singapura)
Penyiaran
Saluran asalCartoon Network Asia
Disney XD India
Disney Channel India
Netflix
Astro Prima
TV3
TV9
Mediacorp Saluran 5
Mediacorp Suria
Amazon Prime
Format gambar1080i (HDTV)
Format audio5.1
Siaran asal4 Disember 2021 – kini
StatusSelepas musim 3
MengikutiMechamato Movie (Prekuel)
Diikuti olehMechamato Movie 2
Rancangan berkaitan
BoBoiBoy
BoBoiBoy Galaxy

Siri animasi, Mechamato: The Animated Series ditayangkan di Cartoon Network Asia dari 4 Disember 2021 hingga 26 Februari 2022 untuk musim pertama. Musim pertama juga dikeluarkan di Netflix untuk rantau Asia-Pasifik pada Oktober 2022. Musim kedua mula ditayangkan pada 5 Disember 2022. Musim ketiga akan ditayangkan pada 2024?.

Versi filem, Mechamato Movie, yang merupakan prekuel siri animasi,[1] mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022.

Ringkasan sunting

Latar sunting

Siri animasi Mechamato berlatarkan Kota Hilir, sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Bandaraya Melaka dalam dunia sebenar, yang juga merupakan kampung halaman penciptanya.[2] Ia menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan, tetapi disulami elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.[3] Binaan bersejarah seperti bangunan Stadthuys, kapal Mendam Berahi, A Famosa, serta tempat rekreasi seperti Persiaran Jonker dan jeti pelayaran sungai Melaka pernah muncul dalam siri animasi ini.[4]

Plot sunting

Seorang remaja muda yang berani dan baik hati, Amato menjumpai kapal angkasa penjara yang mengandungi robot-robot jahat yang terhempas di Bumi. Salah satu robot itu ialah MechaBot yang mempunyai kebolehan untuk bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi.

Amato berjaya mengatasi MechaBot dan kini menjadi tuan MechaBot. Sejak itu, MechaBot dan Amato sentiasa bekerjasama untuk mengesan dan menangkap robot-robot jahat.[5]

Watak sunting

Amato / Mechamato
Disuarakan oleh: Armand Ezra[6] (Bahasa Melayu); Alexander Machado[7] (Bahasa Inggeris); Ayumu Murase[8] (Bahasa Jepun)
Seorang budak lelaki yang baik, kreatif dan imaginatif yang menjadi tuan MechaBot selepas dia berjaya mengakali MechaBot.
MechaBot
Disuarakan oleh: Adzlan Nazir[6] (Bahasa Melayu); Alex Teixeira[7] (Bahasa Inggeris); Yoshitsugu Matsuoka[8] (Bahasa Jepun)
Power Sphera yang merupakan robot pemusnah paling berkuasa di galaksi. Ia mempunyai kuasa untuk menggabungkan mana-mana item dengan kuasa Mekanisasinya. Namun, ia perlu mematuhi arahan Amato kerana Amato telah menjadi tuan barunya.
Pian
Disuarakan oleh: Ielham Iskandar[6] (Bahasa Melayu); Katherine Clare Clavelo[7] (Bahasa Inggeris); Ryoko Shiraishi[8] (Bahasa Jepun)
Kawan baik Amato yang sangat kaya dan pencipta yang bijak. Dia seorang sahaja yang memahami lukisan buruk Amato.
Mara / Tamara
Disuarakan oleh: Marissa Balqis[6] (Bahasa Melayu); Katherine Clare Clavelo[7] (Bahasa Inggeris); Emiri Katō[8] (Bahasa Jepun)
Seorang kawan perempuan Amato yang duduk di atas kerusi roda. Dia seorang yang berjiwa seni, dan juga berdikari, berani dan tidak berputus asa. Dia sentiasa membantu Amato dan rakan-rakannya dalam menyelesaikan masalah.
Deep
Disuarakan oleh: Syabil Syamin[6] (Bahasa Melayu); Daniel Cortes[7] (Bahasa Inggeris); Satomi Ōtani[8] (Bahasa Jepun)
Kawan Amato yang sentiasa happy-go-lucky. Dia suka bermain permainan dan mempunyai kreativiti yang tinggi, yang lebih tinggi daripada Amato sendiri.

Produksi sunting

Mechamato dicipta oleh Animonsta Studios yang terkenal dengan siri BoBoiBoy. Siri ini sendiri adalah prekuel tidak langsung untuk BoBoiBoy apabila watak utama, Amato didedahkan sebagai bapa kepada BoBoiBoy,[9] yang berada di bawah Power Sphera Universe.[10] Idea untuk siri ini muncul pada tahun 2018 apabila Animonsta Studios melontarkan idea mereka kepada Cartoon Network. Studio itu mahukan cerita rakan robot yang mewakili imaginasi kebudak-budakan yang boleh dikaitkan dengan setiap kanak-kanak, seperti membuat kostum robot daripada kotak kadbod.[2] Pencipta Nizam Razak mahu Mechamato memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan kemungkinan, menggunakan teknologi secara bertanggungjawab.[11] Beliau mendedahkan bahawa idea ini datang semasa berpindah rumah, di mana anak-anaknya bermain dengan kotak dan membayangkan berada di dalam kereta kebal. Ini mengingatkan dia yang berada di dalam kotak semasa kecil, berpura-pura memandu di dalam kereta. Perkara itu mencetuskan idea untuk mencipta 'Power Sphera' yang boleh digabungkan dengan kotak dan bertukar menjadi kereta atau kereta kebal berteknologi tinggi, yang kemudiannya menyedari bahawa idea itu tidak terhad kepada kotak sahaja.[12] Manakala untuk nama Amato, ia diinspirasikan daripada dua perkara: Amat iaitu nama biasa orang Melayu, dan penggunaan 'O' di hujung nama air minuman yang hanya diletakkan gula tanpa susu oleh orang Malaysia, seperti Kopi O.[13] Dia dan pasukan kreatifnya pada mulanya membayangkan Amato dan MechaBot sebagai duo wira yang menunggang motosikal futuristik dan melawan penjahat super yang lebih besar daripada mereka. Konsep-konsep tersebut telah dilakarkan lima tahun sebelum siri ini dikeluarkan dan ia kelihatan lebih mudah daripada yang ternyata. Berdasarkan konsep awal, rakan animator dan rakan mereka di Jepun, Hong Kong, Singapura dan Perancis memberi maklum balas yang positif.[14]

Amato yang sudah dewasa memakai sut MechaBot, yang menyimpan foto lamanya bersama bayi BoBoiBoy dan satu lagi gambar dia menghantar BoBoiBoy ke stesen kereta api, telah dipaparkan dalam adegan pasca kredit BoBoiBoy Movie 2, dengan studio memberikan petunjuk untuk siri ini. Versi lanjutan episod pertama siri BoBoiBoy juga telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Monsta pada 14 Mac 2021, menambah adegan baharu Amato menghantar anaknya BoBoiBoy ke stesen kereta api di permulaan episod.[15]

Nama siri ini telah didedahkan seawal 2019 apabila Animonsta Studios mengumumkan siri ini pada video untuk rancangan 2020 mereka.[16] Penampilan pertama siri ini didedahkan pada 8 April 2020 apabila teaser pertama dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Monsta.[17]

Media sunting

Filem sunting

Filem siri itu, yang bernama Mechamato Movie, pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2020, tetapi ditunda ke tahun 2021.[18] Treler rasmi dikeluarkan pada 1 Januari 2021 untuk tayangan tahun 2021.[19] Bagaimanapun, disebabkan ketidakpastian situasi dan vaksinasi wabak COVID-19, filem itu telah ditangguhkan beberapa kali, dari November atau Disember 2020 kepada Mac 2021 kepada Mei atau Jun 2021 dan akhirnya sehingga akhir 2021.[20] Bagaimanapun, rancangan untuk mengeluarkan filem itu lebih awal daripada siri animasi itu dibatalkan kerana pandemik COVID-19 dan siri animasi tersebut telah pun dibangunkan mengikut jadual yang ditetapkan untuk dikeluarkan pada Disember 2021.[21] Pada 15 September 2022, ia telah diumumkan bahawa filem itu akan ditayangkan pada 8 Disember 2022 di pawagam Malaysia.[22] Treler terakhir dan poster rasmi telah didedahkan pada 8 November 2022, sebulan sebelum tayangan.[23][24]

Selepas filem tamat, kita ada "Sekuel". Penulis dan pengarah Nizam Razak diterumah memberitahu bahawa sambutan terhadap watak Maskmana sangat tinggi sehinggakan ramai meminta untuk Maskmana diadakan filem sendiri. Nizam sendiri mengakui bahawa MONSTA sebenarnya tidak bersedia dengan permintaan tersebut kerana mereka baru sahaja membuat baju Maskmana untuk dijual ke pasaran.[25] Pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2026.

Siri animasi sunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhir
1134 Disember 2021 (2021-12-04)26 Februari 2022 (2022-02-26)
2135 Disember 2022 (2022-12-05)15 Januari 2023 (2023-01-15)
3262024 (2024) [26]TBA


Siri animasi, bernama "Mechamato: The Animated Series" diumumkan akan disiarkan di Cartoon Network Channel Asia di bawah WarnerMedia untuk rantau Asia-Pasifik.[10] Ia telah ditayangkan pada 4 Disember 2021, dengan episod sneak peek khas pada 6 November 2021.[27] Walaupun siri ini dikeluarkan sebelum Mechamato Movie, ia adalah sekuel kepada filem tersebut.[21][28] Tema pembukaan bertajuk "Armored Hero Mechamato!", digubah oleh Nur Sharmine Md Bakri dan dibawakan oleh Shah daripada kumpulan indie Modescape untuk versi Melayu dan Nil Cardoso untuk versi Inggeris, yang dirakamkan di AS.[29] Bagi versi Jepun pula, tema pembukaan dinyanyikan oleh Tatsuhiko Yoshida.[30] Siri ini akan tersedia di 21 negara dengan alih suara dalam bahasa Inggeris, Melayu, Indonesia, Kantonis, Vietnam, Mandarin, Tagalog dan Thai untuk negara masing-masing pada 4 Disember 2021.[31] Untuk bahasa Korea, ia akan tersedia mulai 11 Disember 2021 di Korea Selatan[31], manakala untuk bahasa Jepun, ia mula ditayangkan mulai 27 Mac 2022 di Jepun. Pelakon suara untuk versi Jepun telah diumumkan oleh Cartoon Network Japan pada 31 Januari 2021, yang menampilkan Ayumu Murase dan Yoshitsugu Matsuoka.[8]

Untuk luar Asia, Jetpack Distribution telah memperoleh hak seluruh dunia, yang mana ia termasuk musim pertama.[32]

Pada 23 Jun 2022, ia diumumkan bahawa Mechamato: The Animated Series sedang distrim di HBO GO.[33] Untuk pasaran Malaysia, siri ini turut disiarkan di Astro Prima, bermula 16 Julai 2022 di mana ia akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam.[34] Mechamato juga mendapat tayangan di Portugal, yang disiarkan dalam SIC K mulai 3 September.[35][36]

Pada 15 September 2022, di samping pendedahan tarikh tayangan filem, ia diumumkan bahawa siri ini akan dikeluarkan pada pelbagai platform sebelum tayangan filem. Untuk platform penstriman, ia akan dikeluarkan di Netflix untuk rantau Asia-Pasifik pada 1 Oktober, YouTube pada 7 Oktober dan Vidio pada 21 Oktober. Untuk tayangan TV, ia akan ditayangkan di TV9 pada 3 Oktober, MNCTV pada 30 Oktober dan TV3 pada 4 Disember.[22] Untuk keluaran Netflix, ia tersedia dalam 6 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Thai, Mandarin, Korea dan Jepun.[37]

Pada 11 November 2022, ia telah disahkan bahawa akan ada musim kedua, di mana penciptanya menyebut bahawa mereka telah menyerahkan kesemua 13 episod ke Cartoon Network.[38] Musim kedua ditayangkan pada 5 Disember 2022 di Cartoon Network di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India,[39] serta pada 10 Disember 2022 di Jepun,[40] manakala bagi Korea Selatan, Australia, New Zealand, Vietnam, Thailand, Taiwan dan Hong Kong serta India, MONSTA masih menunggu jadual.[41]

Pada 29 September & 1 Oktober 2023, Mechamato Musim 2 kini tersedia di YouTube & Netflix.[42] Selepas itu, kini tersedia di Amazon Prime Video.

Permainan video sunting

Mechamato Robot Battle, pengalaman permainan yang mengasyikkan pada Roblox, telah diumumkan pada Oktober 2022. Ia adalah ruang permainan dalam talian di mana peminat dan pemain boleh meneroka dunia terbuka luas Kota Hilir, seperti yang dilihat dalam Mechamato: The Animated Series.[43]

Penerimaan sunting

Siri ini menerima maklum balas positif secara umum, khususnya untuk animasi, aksi dan komedinya. Siri ini turut mendapat perhatian peminat di Jepun selepas disiarkan di Cartoon Network Japan dan Netflix Japan, di mana reaksi positif boleh dilihat di laman Twitter.[44]

Mechamato telah dicalonkan untuk kategori Anime Fan Award pada Festival Anugerah Anime Tokyo 2023, di mana kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh siri ini dalam kategori itu ialah tempat ketiga pada pusingan pertama.[45] Pada pusingan kedua, Mechamato berjaya memenangi tempat pertama dengan mengalahkan nama-nama besar seperti SPYxFAMILY, One Piece Film: Red, Extreme Hearts dan banyak lagi.[46][47] Mechamato juga memuncak di No. 2 untuk Top 10 Rancangan TV di Netflix Malaysia,[48] dan berjaya menembusi Top 10 Kids Show di Netflix untuk Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.[49][50]

Rujukan sunting

  1. ^ Nizam Razak (8 November 2022). "Main poster #MechamatoMovie. Genap sebulan lagi untuk Mechamato Movie ditayangkan di Malaysia dan Brunei. Jangan lupa beramai-ramai menonton di pawagam bermula 8 December 2022!". Facebook. Dicapai pada 26 November 2022.
  2. ^ a b Melanie Chalil (29 November 2021). "Malaysian-made Cartoon Network animation series 'Mechamato' showcases Melaka's charm, diversity (VIDEO)". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2022.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (6 Oktober 2021). "Mechamato tembusi 21 negara Asia Pasifik". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  4. ^ "Lah Dekat Jer.. Sini Rupanya Kampung BoBoiBoy". Siakap Keli. April 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  5. ^ "Mechamato". Monsta (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Disember 2021.
  6. ^ a b c d e "Pelakon Suara Mechamato didedahkan!". YouTube. 1 Mac 2022. Dicapai pada 1 Mac 2022.
  7. ^ a b c d e "Mechamato English Voice Actor Revealed!". YouTube (dalam bahasa Inggeris). 6 Mac 2022. Dicapai pada 25 Mac 2022.
  8. ^ a b c d e f "カートゥーン スペシャル メカアマト". Cartoon Network Jepun (dalam bahasa Jepun). 31 Januari 2022. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  9. ^ "Monsta Memperlihatkan Siri Animasi Mechamato Secara Rasmi – Pengembaraan Baharu Buat Power Sphera Universe". Aksiz. 8 April 2020. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  10. ^ a b "Cartoon Network Picks-Up Monsta's 'Mechamato' for Asia Pacific". Animation World Network (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2020. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  11. ^ "Digerati 50 – Animonsta's Nizam Razak is a man of characters". Digital News Asia (dalam bahasa Inggeris). 20 November 2021. Dicapai pada 25 Mac 2022.
  12. ^ Paul, Sharmindrila (9 December 2020). "Exclusive: 'Mechamato's uniqueness and popularity lies in its simple yet captivating concept: Monsta team". Animation Xpress (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2022.
  13. ^ @nizamabdrazak (10 December 2022). "(1/2) TRIVIA; Kenapa nama AMATO? Ada yang katakan bunyi seakan-akan Jepun. Sebenarnya nama Amato berkait dengan budaya kita. Nama panggilan asal dia ialah Amat. Tetapi dia suka sangat order air koko-o, teh-o, kopi-o ... semua nya kena ada 'O'. Sebab itu dia digelar Amato" (Twit) – melalui Twitter.
  14. ^ Dennis Chua (7 Februari 2022). "#Showbiz: 'Foreign animators had strong faith in Mechamato' - Animonsta Studios". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2022.
  15. ^ Hanafis Haris (15 Mac 2021). ""Menangis Weh Scene Tu, Sedih Kena Berpisah" - Ayah BoBoiBoy Akhirnya Muncul, Filem Mechamato Dijangka Tayang Hujung Tahun Ni?". Gempak.com. Dicapai pada 25 Mac 2022.
  16. ^ "MONSTA 2020 - A NEW ERA!". YouTube. 27 Disember 2020. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  17. ^ "Mechamato™ Series - Teaser Exclusive First Look TOMORROW! (8.4.2020) #ANewEra". YouTube. 7 April 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  18. ^ "'BoBoiBoy Movie 3' due in 2022, after 'Mechamato Movie' in 2021 say Animonsta Studios". The Star (dalam bahasa Inggeris). 15 September 2020. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  19. ^ "MECHAMATO MOVIE - OFFICIAL TRAILER [HD]". YouTube. 1 Januari 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  20. ^ "Enggan rugi, filem animasi Mechamato tangguh tayangan". Berita Harian. 6 Januari 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  21. ^ a b "Mechamato Bakal Mengubah Industri Animasi Tempatan – Kenapa?". Aksiz. 24 November 2020. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  22. ^ a b "MECHAMATO MOVIE 8 DECEMBER 2022". YouTube. 15 September 2022. Dicapai pada 16 September 2022.
  23. ^ "MECHAMATO MOVIE™ - Final Trailer (8 DECEMBER 2022)". YouTube. 7 April 2020. Dicapai pada 5 December 2021.
  24. ^ @nizamabdrazak (8 November 2022). "Main poster #MechamatoMovie. Genap sebulan lagi untuk Mechamato Movie ditayangkan di Malaysia dan Brunei. Jangan lupa beramai-ramai menonton di pawagam bermula 8 December 2022!" (Twit) – melalui Twitter.
  25. ^ "Executive Interview with Nizam Razak – Mulut Puaka Session [Mechamato Movie]". YouTube. Dicapai pada 2022-12-07.
  26. ^ https://www.facebook.com/592178437/posts/pfbid02XNhNGcKMmC5S5ZDd13FmFq9PY3FMgjRwvAQumHXNEJkP3357tnDdhvMeHTEeQvkCl/?app=fbl
  27. ^ "'Mechamato The Animated Series' arriving on Cartoon Network this Disember". Animation Xpress (dalam bahasa Inggeris). 23 September 2020. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  28. ^ @nizamabdrazak (6 Disember 2021). "In term of timeline, Mechamato series come after Mechamato Movie. Mechamato Movie will focus on Amato's 1st encounter with MechaBot. However, due to the Omicron variant, we are still unsure when we can release Mechamato Movie. After 1st season or maybe even later🙃 #Mechamato" (Twit) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  29. ^ Aref Omar (3 Disember 2021). "#Showbiz: Empowering kids with creativity". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2022.
  30. ^ @MechamatoJP (27 Mac 2022). "#メカアマト OP - 日本語版 🎵 歌 吉田達彦 @tatsuhiko_hiko" (Twit) (dalam bahasa Jepun) – melalui Twitter.
  31. ^ a b @mechamato (7 Oktober 2021). "Mechamato series officially dubbed into Japanese and Korean on Cartoon Network!🇲🇾🇯🇵🇰🇷 More languages to be added soon!🔊🌏" (Twit) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  32. ^ "'Mechamato The Animated Series' arriving on Cartoon Network this December". Television Business International (dalam bahasa Inggeris). 22 September 2020. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  33. ^ @mechamato (23 Jun 2022). "📢Mechamato The Animated Series is now available on HBO GO‼️ Subscribe and watch now!" (Twit) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  34. ^ @mechamato (12 Julai 2022). "Siri Animasi Mechamato akan datang tidak lama lagi ke Astro Prima dan Astro Vaanavil! #Mechamato #Mechanize! Best kaaannn 👍 Nantikan pada 16 Julai ini, setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam~!" (Twit) – melalui Twitter.
  35. ^ "Animasi Mechamato tembusi stesen TV utama Portugal". Berita Harian. 4 Ogos 2022. Dicapai pada 16 September 2022.
  36. ^ Shahrin Zulkifle (29 Julai 2022). "Mechamato Mendunia! Setelah ke Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Lain-Lain, Kini Siri Mechamato Tiba Di Portugal!". Astro Gempak. Dicapai pada 29 Ogos 2023.
  37. ^ "'Mechamato The Animated Series' to be available in 6 languages, including Korean and Japan". The Star (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2022. Dicapai pada 27 November 2022.
  38. ^ @nizamabdrazak (11 November 2022). "Submitted 13 New Episodes of #MechamatoSeries to Cartoon Network! Thank you #TeamMONSTA" (Twit) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  39. ^ @mechamato (5 Disember 2022). "📢NEW Bad Robots are in the town‼ Stream Mechamato The Animated Series Season 2 NOW on Cartoon Network and Astro Vaanavil to watch NEW EPISODES!" (Twit) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.
  40. ^ @mechamatojp (1 December 2022). "#カートゥーンネットワーク#メカアマト 放送予定📝🎄12月🎄・平日毎日放送🗓️5日~27日⏰11:30~・日本初放送直前SP🗓️3日(土)⏰10:00~#12#13・日本初放送🆕🗓️10日(土)⏰10:00~#14#15🗓️17日(土)⏰10:00~#16#17" (Twit) (dalam bahasa Jepun) – melalui Twitter.
  41. ^ Nizam Razak (8 November 2022). "MECHAMATO Series Season 2 bakal ditayangkan di Jepun, Malaysia, Indonesia dan Philippines dalam bulan Disember ini! Masih menunggu schedule untuk Korea, Australia, New Zealand, Vietnam, Thailand, Taiwan Dan India dan Hong Kong". Facebook. Dicapai pada 26 November 2022.
  42. ^ "Mechamato Musim 2 Trailer". YouTube. Dicapai pada Sep 27, 2023.
  43. ^ "Mechamato Robot Battle now available on Roblox". The Star. 16 Oktober 2022. Dicapai pada 27 November 2022.
  44. ^ NST Entertainment (4 Oktober 2022). "#Showbiz: 'Mechamato' series gets lauded by fans in Japan". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2022.
  45. ^ "Mechamato dalam senarai 3 teratas bagi Anime TV Terbaik di Tokyo". Harian Metro. 16 November 2022. Dicapai pada 27 November 2022.
  46. ^ "TAAF2023 アニメファン賞は『メカアマト』!" (dalam bahasa Jepun).
  47. ^ Bernama (15 Mac 2023). "Mechamato terima Anugerah Peminat Anime di Tokyo". Astro Awani. Dicapai pada 29 Ogos 2023.
  48. ^ @mechamato (6 October 2022). "Macam ni lah rakyat Malaysia!🇲🇾👍 #MechamatoNETFLIX Terima kasih kerana menempatkan siri #Mechamato di tangga ⭐NO.2 'Top 10 TV Show on NETFLIX Malaysia!'⭐" (Twit) – melalui Twitter.
  49. ^ @nizamabdrazak (9 November 2022). "(THREAD) 5 Fakta menarik tentang Mechamato di Kre8tif!" (Twit) – melalui Twitter.
  50. ^ @mechamato (13 November 2022). "🇸🇬🇲🇾 AWESOME‼️ Congratulations #Mechamato The Animated Series for the 22 days position at ⭐'Top 10 KIDS Show' on NETFLIX SINGAPORE!⭐" (Twit) (dalam bahasa Inggeris) – melalui Twitter.

Pautan luar sunting