Media Mulia

syarikat Malaysia

Media Mulia Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran bahan bercetak Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 sebagai Dilof Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, namanya telah ditukar kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 lantaran 70 peratus kepentingan Dilof dijual kepada Aurora Mulia,[1] pemegang saham terbesar Media Prima Berhad, kumpulan media dan hiburan terbesar Malaysia.[2]

Media Mulia Sdn. Bhd.
Nama dahulu
Dilof (2018–2019)
Swasta
IndustriPenerbitan dan percetakan
Ditubuhkan23 Ogos 2018; 3 tahun yang lalu (2018-08-23)
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Laman web rasmi
www.mediamulia.com.my

Media Mulia mengambil alih pengurusan Utusan Malaysia dan Kosmo! apabila kedua-dua akhbar berkenaan dihentikan penerbitan pada 9 Oktober 2019 akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Utusan.[3]

SejarahSunting

Sebelum dikenali sebagai Media Mulia, syarikat ini ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 sebagai Dilof Sdn. Bhd. dan dimiliki oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Abdul Aziz Sheikh Fadzir (adik bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir). Menurut pemfailan pertukaran Utusan sebelumnya, aktiviti utama Dilof sebelum dikenali sebagai Media Mulia ialah perniagaan iklan dan komunikasi di media digital atau di media lain, termasuk penyelesaian telekomunikasi, tanpa wayar, data, pengawasan artikel elektronik, GPS, video dan audio. Dilof dibeli oleh Utusan pada 26 Ogos 2018 sebelum Kumpulan Utusan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia. Aurora Mulia yang dikaitkan dengan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary memperoleh 70% kepentingan dalam Dilof daripada Utusan. Dilof bertukar nama kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 susulan penutupan Utusan Malaysia dan Kosmo!.[petikan diperlukan]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Nasuha Badrul Huzaini (7 Oktober 2019). "Utusan jual kepentingan Dilof kepada Aurora Mulia". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2019.
  2. ^ Junhairi Alyasa (9 Oktober 2019). "Dilof kini dikenali sebagai Media Mulia". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2020. Dicapai pada 20 Julai 2020.
  3. ^ Rahimy Rahim (21 Jun 2020). "Buat 'comeback'... Utusan Malaysia, Kosmo! dijangka kembali bulan depan". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 20 Julai 2020.

Pautan luarSunting