REV Media Group

(Dilencongkan dari Media Prima Digital)

REV Media Group (dahulu dikenali sebagai Alt Media Sdn. Bhd. dan kemudian Media Prima Digital) ialah anak syarikat internet dan media digital Media Prima Berhad. Media Prima Digital diwujudkan pada 14 Disember 2012 sebagai sebahagian daripada strategi Media Prima yang lebih luas untuk menyelaraskan dan mengoptimumkan perniagaan digital yang kini wujud di beberapa platform dan menjadi peneraju untuk menjadikan media baru sebagai salah satu perniagaan utama Kumpulan.[2]

REV Media Group
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriInternet
Media digital
PendahuluAlt Media Sdn. Bhd.
Media Prima Digital
Ditubuhkan14 Disember 2012; 11 tahun yang lalu (2012-12-14)
Ibu pejabatSri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingRafiq Razali (Ketua Pegawai Eksekutif)[1]
Syarikat indukMedia Prima Berhad
Tapak webwww.revmedia.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Media Prima Digital bertanggungjawab untuk mengawasi semua harta internet dan digital Media Prima yang termasuk laman web, aplikasi mudah alih dan web, akaun media sosial dan pengedaran kandungan Media Prima (saluran TV, saluran audio, rancangan TV, filem, rakaman muzik, video muzik, imej, majalah, buku, berita, dll...) ke ruang digital dan dalam talian.[3] Rafiq Razali ialah Ketua Pegawai Eksekutif sejak 15 April 2016.[4]

Ciri-ciri digital sunting

Nama Jenis/Platform Status terkini Catatan
Tonton Laman web dan media sosial Aktif Perkhidmatan penstriman video nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan 7.6 juta pengguna berdaftar.[5]
Wanita iOS 9.0 atau terkini. Serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Aktif Aplikasi kecergasan wanita pertama di Malaysia. Aplikasi ini menawarkan pelbagai kandungan video menarik merangkumi pelbagai rutin senaman dan kecergasan selain tips-tips dan maklumat berguna berkaitan kesihatan, pemakanan sihat, gaya hidup, tatarias serta penjagaan diri luar dan dalam.[6]
Drama Sangat iOS 9.0 atau terkini. Serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Aktif Aplikasi gaya hidup yang terletak di atas wiki artis drama tempatan dengan kandungan eksklusif untuk pencinta drama Melayu.
MyGame On Android dan iOS Aktif MyGameOn menampilkan kandungan dari permainan tempatan dan antarabangsa dengan sentuhan Malaysia.[7]
Jalan-jalan Cari Makan iOS 10.0 atau terkini. Serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Aktif Aplikasi mencari tempat makan halal berdasarkan dari rancangan travelog TV3 dengan tajuk sama bagi kemudahan warga Islam Malaysia. Juga sebagai panduan makanan halal untuk pelancong Muslim.[8]
Mak Cun's Adventure iOS 8.0 atau terkini. Serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Aktif Aplikasi mudah alih berdasarkan daripada drama Mak Cun.[9]
Kita Juara Android dan iOS Aktif Aplikasi ini membolehkan peminat bola sepak Malaysia menerima kemasnkini terbaharu dalam liga bola sepak Malaysia, dari Liga Super, Liga Perdana ke Piala Malaysia dan Piala FA.
Raudhah iOS 10.0 atau terkini. Serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Aktif Aplikasi ini menyediakan pengguna Muslim akses mudah kepada video eksklusif daripada program keagamaan seperti Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz dan Halaqah, waktu solat yang tepat berdasarkan lokasi, pemberitahuan azan, dan senarai masjid dan restoran halal di berdekatan di sekeliling mereka.
Dia iOS 9.3 atau terkini. Serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Aktif Permainan simulasi telefon pintar berdasarkan daripada drama Dia, di mana setiap pilihan yang dibuat akan membawa pengakhiran yang berbeza.[a]
J Revolusi iOS 7.0 atau terkini. Serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Aktif Aplikasi permainan FPS berdasarkan dari filem J Revolusi yang membolehkan pemain memilih dua watak utama filem itu, Eddie dan Jay yang bertugas dalam Skuad Khas Elit Malaysia menyelesaikan misi menggunakan pelbagai senjata seperti M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700.[10]
Dhia, Donna, Lunaria, Thelaki, Likely, Chapters, Wakeke dan Ais Kacang Laman web, Facebook, Twitter, YouTube, Instagram Aktif Jenama laman sesawang digital
Oh! Bulan Laman web, Facebook, Twitter, YouTube, Instagram Aktif Portal web hiburan Malaysia. Dibangunkan oleh Rev Asia Holdings.

Catatan sunting

  1. ^ Aplikasi ini tidak akan menentukan pengakhiran drama Dia di TV3.

Rujukan sunting

  1. ^ "Rafiq Razali: Profile". Media Prima. Dicapai pada 23 April 2018.
  2. ^ Jeremy Cheong (14 Disember 2012). "Media Prima Unveils Integrated Digital Media Arm". Hardware Zone. Dicapai pada 26 April 2013.
  3. ^ Asmah Rusman (8 November 2018). "Media Prima sasar untuk kekal syarikat peneraju kandungan digital utama dan dagangan". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2019.
  4. ^ Rezuana Manjur (18 April 2016). "Media Prima Digital appoints CEO". Marketing Interactive. Dicapai pada 23 April 2018.
  5. ^ "Tonton Partners With Dimsum And Eros Now | Star2.com". Star2.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-18. Dicapai pada 2018-01-17.
  6. ^ "Aplikasi kecergasan khusus untuk wanita yang pertama di Malaysia tawar pelbagai kandungan kecergasan serta gaya hidup menarik". Media Prima Digital. 9 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-26. Dicapai pada 23 April 2018.
  7. ^ Alzahrin Alias dan Nasaruddin Parzi (7 November 2017). "Media Prima lancar portal e-game baharu". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2018.
  8. ^ "All about food on the JJCM app". Live Life Lah. 23 April 2017. Dicapai pada 23 April 2018.
  9. ^ "100,000 muat turun aplikasi Mak Cun". mSTAR Online. 10 Jun 2018. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  10. ^ Ahmad Suhael Adnan (17 Januari 2017). MPD lancar J Revolusi, permainan berasas filem pertama Berita Harian. Diperoleh pada 25 Februari 2017.

Pautan luar sunting