Media di Afrika Selatan

Sewaktu era aparteid, media kebangsaan dikawal rapi oleh kerajaan kulit putih. "Lidah" rasmi regim aparteid pada waktu itu adalah Nasionale Pers Beperk (atau "Percetakan Nasional"). Nasionale Pers telah mendominasi media berbahasa Afrikaans dan Inggeris serta digunakan secara berkesan untuk memperteguhkan serta menyebarkan propaganda aparteid di Afrika Selatan.

Selepas 1990, apabila pengaruh aparteid semakin lupus, Nasionale Pers ditukar nama kepada NASPERS dan juga imejnya dari pro-aparteid kepada pro-demokrasi.

Televisyen sunting

Televisyen hanya diperkenalkan di Afrika Selatan pada 1976 dan kini merupakan media yang popular di sana. Media televisyen di Afrika Selatan telah bekerjasama dengan negara-negara yang lain untuk mempelbagaikan program mereka. Siri bertajuk "Aku, Dia dan Cape Town" merupakan satu usahasama antara Malaysia dengan negara tersebut.

South African Broadcasting Corporation masih mendominasi ruang udara di Afrika Selatan. Pada 1996, ia telah melalui proses pengstrukturan semula dan kini terbahagi kepada:

Bantustan di Bophuthatswana juga mempunyai siaran TVnya tersendiri yang dipanggil "Bop TV", dan sekarang ia diserap kedalam SABC.

Pada 1986, suatu TV pra-bayar yang dikenali sebagai M-Net telah dilancarkan manakala pada 1995, Multichoice satelit TV digital yang pertama telah dilancarkan dengan pelbagai siaran kabel seperti CNN, MTV, BBC World, BBC Prime, Discovery Channel, Sky News dan ESPN, termasuk siaran dalam pelbagai bahasa seperti Zee TV untuk penonton berbangsa India, RTPi dalam bahasa Portugis dan "Multichoice bouquet".

Multichoice bouquet termasuk siaran seperti

Pada tahun 2003, rangkaian New South African TV (NSAT) mengumumkan pelan untuk menyiarkan Sky Television dari UK.

Filem sunting

Walaupun terdapat banyak filem asing yang dihasilkan mengenai Afrika Selatan (biasanya berkaitan hubungan kaum dan penindasan), hanya sedikit sahaja produksi tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Salah satu filem yang berjaya ialah filem komedi bertajuk "The Gods Must Be Crazy" yang dihasilkan pada 1980 di kawasan Kalahari. Filem ini mengisahkan bagaimana kehidupan masyarakat tradisional Khoikhoi (yang juga dikenali sebagai Bushmen) berubah apabila sebotol "Coke" yang dibuang dari sebuah kapalterbang jatuh keatas kepala seorang Khoikhoi. Mendiang Jamie Uys, yang menulis serta mengarahkan filem tersebut juga berjaya dipasaran antarabangsa pada tahun 70an dengan filem-filem "Funny People" dan "Funny People II", yang mirip kepada konsep "Candid Camera" dari Amerika Syarikat. Kini pelakon terkemuka dari negara ini ialah Charlize Theron yang berjaya meraih anugerah "Oscar" sebagai pelakon wanita terbaik untuk persembahannya dalam filem "Monsters".

Media Cetak sunting

Afrika Selatan mempunyai 20 surat khabar harian dan 13 surat khabar mingguan (setiap hari Ahad), kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Antara surat khabar harian dengan jumlah pembaca terbesar adalah Daily Sun dan Sowetan. Mana kala surat khabar mingguan dengan jumlah pembaca terbesar adalah Sunday Times dan Rapport.

Sewaktu era aparteid, syarikat surat khabar perlu mendaftar sekiranya ia diterbitkan lebih 11 kali dalam setahun.

Kerajaan juga menguatkuasakan pengawalan peraturan-peraturan akhbar-akhbar dari segi apa yang boleh atau tidak boleh diterbitkan, terutamanya yang berkaitan artikel-artikel dan komen di aktiviti-aktiviti yang menentang sistem aparteid. Akhbar, misalnya, tidak dibenarkan untuk memetik komen daripada organisasi-organisasi yang diharamkan dan jurucakap-jurucakap mereka, atau melaporkan keadaan di dalam penjara-penjara atau aktiviti-aktiviti anggota keselamatan.

Kini, Pemberita-pemberita Tanpa Sempadan meletakkan akbar Afrika Selatan di tangga ke-26 paling bebas di dunia. Iaitu mendahulu United Kingdom, tangga ke-28, Yunani (ke-33), Itali dan Sepanyol (terikat di tangga ke-39) dan Australia (ke-41). Akhbar di sini adalah paling bebas di rantau Afrika, dan lebih bebas daripada mana-mana akhbar di Amerika Selatan, Asia, Timur Tengah dan Australasia.[1] Diarkibkan 2008-10-19 di Wayback Machine