Medicine (kumpulan muzik)

Kumpulan Rock Malaysia

Kumpulan Medicine merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada akhir 80an hingga ke awal 90an. Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Medicine
Kulit album gabungan War Rock - Vol 1 '88 - (1988) termasuk kumpulan Medicine.
Latar belakang
Berasal dariSeremban, Negeri Sembilan Negeri Sembilan, Malaysia Malaysia
GenreHard rock, rock progresif, slow rock
PekerjaanKugiran
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1988-1993
Syarikat rakaman
1988-1990 : Muzik Matahati
1988-1990 : Jackson Music Centre
1988-1990 : Musical Sound Organisation (MSO)
1991-1993 : Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Medicine.html
Bekas ahliIjam - vokal
Ija - lead
Hami - 2nd lead (meninggal dunia)
Han - bass
Ajo - dram
Junaidi - vokal

Latar belakang sunting

Kumpulan Medicine mulai dikenali ramai setelah menyertai Gagasan War Rock. Selepas itu mereka telah mencebur diri ke dunia rakaman oleh Nasir P. Ramlee dalam album War Rock keluaran syarikat rakaman Mutiara yang beroperasi di Seremban. Album tersebut turut disertai oleh beberapa kumpulan lain antaranya Pratayuda, The Kids dan Midnight. Dalam album itu Medicine menyanyikan lagu Diderai Kerinduan, Ingatlah dan Bantulah Aku.

Medicine telah menang tempat kedua dalam pertandingan Juara Rock Negeri Sembilan pada tahun 1986. Seterusnya menyertai Juara Juara Rock Malaysia anjuran Dewi Suhana Studio di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1987. Pertandingan tersebut telah menobatkan Ija sebagai pemain gitar terbaik.

Album pertama Medicine berjudul Titian (1988) mendapat sambutan yang luar biasa iaitu mencecah jualan melebihi 20,000 unit dalam tempoh cuma 20 hari. Album Titian diterbitkan oleh Usop dan Sani dari kumpulan Kopratasa. Satu lagu mereka, Derita Seorang Filosuf telah diharamkan penyiarannya di Radio RTM ketika itu kerana liriknya. Lagu Tika dan Saat Ini berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Juara Lagu.

Ahli-ahli sunting

  • Norhizam Hj. Shair (Ijam) - vokal
  • Rohaidza Ramli (Ija) - gitar utama
  • Mohd Suhaimi Ibrahim (Hami) - gitar kedua
  • Raihan Ramli (Han) - gitar bes
  • Johari Harun (Ajo) - dram

Kematian sunting

Pemain gitar kedua kumpulan Medicine, Mohd Suhaimi Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Hami, telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi, 30 Oktober 2018 pada usia 54 tahun. Allahyarham yang mengalami masalah jantung, paru-paru berair dan angin pasang sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Melaka pada pagi hari yang sama.[1]

Pasca Medicine sunting

Vokalis utama Medicine, Ijam kini tampil ke persada tanah air dengan giat terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah.[2][3]

Diskografi sunting

Tahun Judul Keluaran Semula Jualan
1988 Titian
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1988
  • Label : Muzik Matahati & Jackson Music Centre
  • Edaran : Musical Sound Organisation (MSO)
1989 Muzakarah
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1989
  • Label : Muzik Matahati & Jackson Music Centre
  • Edaran : Musical Sound Organisation (MSO)
  • Label : New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR)
  • Dikeluarkan semula : 2016
1992 Medicine
1993 Kembali
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1993
  • Label : Sony Music Malaysia

Album sunting

Titian (1988)

Titian (2015)(RE) 
NEW SOUTHERN RECORDS(NSR)
  1. 01 - Titian
  2. 02 - Serakah Kota
  3. 03 - Mergastua
  4. 04 - Wangian Kasih Ibu
  5. 05 - Dusta
  6. 06 - Rimba Cintaku
  7. 07 - Kalut
  8. 08 - Tika Dan Saat Ini
  9. 09 - Rentak Kehidupan
  10. 10 - Derita Seorang Filosuof

Muzakarah 89 - (1989)

  Muzakarah (2016)(RE) 
NEW SOUTHERN RECORDS(NSR)
  1. 01 Godaan
  2. 02 Cinta Mistik
  3. 03 Muzakarah Lalang
  4. 04 Nostalgia Terluka
  5. 05 Empayar Drakula
  6. 06 Hingga Kini
  7. 07 Suara Suara Sumbang
  8. 08 Ketika Seketika
  9. 09 Irama Degup
  10. 10 Kerana Cinta

Medicine (1992)

 Medicine(2016)(RE)
Sony Music Malaysia
  1. 01 - Mungkinkah
  2. 02 - Warna Dunia
  3. 03 - Balasan
  4. 04 - Kawan Oh Kawan
  5. 05 - Cintaku Pertahankan
  6. 06 - Bila Roda Berpusing
  7. 07 - Berada Di Tempat Biasa
  8. 08 - Mahu Tak Mahu
  9. 09 - Irama Dalam Sepi
  10. 10 - Kabus Di Cermin Retak


Kembali (1993)

  1. 01 - Rimba Bebanan
  2. 02 - Hidup Segan Mati Tak Mahu
  3. 03 - Melody Ashikin
  4. 04 - Engkau Bukan Kebal
  5. 05 - Bercanda Dipersada Maya
  6. 06 - Pengaruh
  7. 07 - Resah Tapi Damai
  8. 08 - Kiranya
  9. 09 - Wawasan Wira Kelas 3
  10. 10 - Kasturi

Penyanyi untuk album ini adalah Junaidi (Eddie Busker, Teluk Campedak)

Lagu-lagu sunting

  1. Diderai Kerinduan
  2. Ingatlah
  3. Bantulah Aku
  4. Titian
  5. Sarakah Kota
  6. Wagian Kasih Ibu
  7. Dusta
  8. Titian (INST)
  9. Kalut
  10. Tika Dan Saat Ini
  11. Rentak Kehidupan
  12. Derita Seorang Filosuef
  13. Rimba Cinta (MINUS ONE)
  14. Kerana Cinta

Rujukan sunting

  1. ^ Harun AG. (30 Oktober 2018). AL FATIHAH - Buat Sahabat Karibku -Bekas Artis Pemuzik.. Second Lead Guitarist Medicine TIKA DAN SAAT INI Hami (Suhaimi Bin Ibrahim) 54 Tahun.. (Status Facebook). Dicapai pada 12 Mei 2022.
  2. ^ Seni dan Dakwah; Bicara Bersama ‘Ejam Medicine’
  3. ^ "Kisah hidup Ejam Medicine sebelum berhijrah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-19. Dicapai pada 2018-01-18.

Pautan luar sunting

[1]