Megah diri atau vanitas (bahasa Latin, dipinjamkan kepada kata setara bahasa Inggeris: vanity[1]) adalah rasa kepercayaan yang berlebihan terhadap suatu kebolehan sendiri atau daya tarikan kepada orang lain.

Dalam agama dan falsafah sunting

Dalam banyak agama, ia dianggap sebagai bentuk penyembahan diri sendiri yang menyamakan diri dengan kehebatan Tuhan demi imej kita sendiri, lalu memisahkan diri daripada rahmat Tuhan setelah sekian lama. Dalam ajaran Kristian misalnya, ia merupakan satu contoh kesombongan, salah satu dari tujuh maha dosa.

Rasa ini dalam konteks falsafah mungkin merupakan suatu bentuk egotisme dan kebanggaan yang lebih luas. Friedrich Nietzsche menulis bahawa "megah diri adalah rasa takut menampakan diri yang asal: maka ia merupakan suatu rasa kekurangan bangga dalam diri, tapi tidak semestinya kekurangan keaslian.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "megah diri - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  2. ^ "41651. Nietzsche,Friedrich. The Columbia World of Quotations. 1996". Bartleby.com. 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2006.