Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor

Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor adalah Pengerusi Maybank mulai 1 Oktober 2009 .Beliau menggantikan Tan Sri Mohamed Basir Ahmad yang telah berkhidmat di Maybank selama 16 tahun. Megat Zaharuddin berkhidmat bersama Lembaga Pengarah Maybank sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dari Julai 2004 hingga Februari 2009. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengerusi Maxis Communucations Bhd dari Januari 2004 hingga November 2007.

Beliau juga pengerusi Lembaga Getah Malaysia (MRB) mulai 16 Februari 2009 menggantikan Datuk Dr Michael Dosim Lunjew.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Megat Zaharuddin ganti Basir di Maybank". Utusan Malaysia. 9 September 2009.