Mehen (Jawi: ميهين, Bahasa Qibti: Ⲙⲉϩⲉⲛ, 'sang melingkar') merupakan dewa ular dalam mitologi Mesir purba dan sejenis permainan papan.[1]

Mehen mengelilingi Ra, dalam bentuk seorang lelaki dengan kepala biri-biri, di atas bahtera mataharinya

Dewa ular sunting

Mehen paling awal disebut dalam Teks Keranda.[2] Mehen ialah dewa pelindung yang digambarkan sebagai ular yang melilit dewa matahari Ra semasa perjalanannya sepanjang malam, contohnya di Amduat.[3] Dalam kamus Jerman-Mesir oleh R. Hannig,[4] dikatakan bahawa ular Mehen (mḥn) atau Mehenet (mḥnt) adalah setara dengan Ouroboros.

Kaitan dewa dan permainan sunting

 
Mehen dengan batu permainan, dari Abydos, Mesir, 3000 SM, Muzium Neues

Hubungan antara dewa dan permainan Mehen tidak betul-betul diketahui. Sebagai contoh, sama ada permainan itu berasal daripada dewa itu atau sebaliknya tidak diketahui. Mehen objek sudah diketahui merupakan satu permainan dan bukan azimat, dibuktikan oleh lukisan di dalam makam-makam dan mengkaji papan serta peralatannya. Peraturan untuk bermain Mehen tidak diketahui namun terdapat kaedah bermain yang direka pada zaman moden berdasarkan pemerhatian bagaimana ia mungkin dimainkan dahulu.

Rujukan sunting

  1. ^ Perbincangan permainan tersebut oleh University College London
  2. ^ The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt by R. Wilkinson ISBN 0-500-05120-8
  3. ^ The Ancient Egyptian Books of the Afterlife by Erik Hornung ISBN 0-8014-8515-0
  4. ^ Hannig, R. 1995. Die Sprache der Pharaonen: Großes Handwörterbuch Ägyptisch-Deutsch