Xiao Mei Mei (lahir di Johor, 20 Disember 2003; umur 20 tahun) ialah seorang kawan Upin & Ipin yang belajar bersama mereka di Tadika Mesra.

Xiao Mei Mei
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Malaysia: Yap Ee Jean (musim 1-3)
Yuki Tang Ying Sowk (musim 4-kini)
Indonesia: Apriliana Suci Ariesta
Informasi
Nama panggilanMei Mei
SpesiesManusia
JantinaPerempuan
PekerjaanMurid Tadika Mesra
KeluargaZhi Hui (sepupu)
AgamaKonfusianisme
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Rupa sunting

Mei Mei ialah seorang budak perempuan berketurunan Cina yang mudah dikenali kerana memakai cermin mata berbingkai merah.

Perwatakan sunting

Mei Mei ialah seorang bersifat manis dan berbudi pekerti. Dia juga seorang murid yang pandai, mudah bersabar dan cepat bertindak jika kawan-kawannya menghadapi masalah atau membuat kesilapan.