Melanie Janine Brown (lahir 29 Mei 1975),[2] lebih dikenali sebagai Mel B, ialah penyanyi, penulis lagu, rapper, personaliti televisyen, pelakon dan pengarang British. Brown meraih kemasyhuran pada 1990an sebagai ahli kumpulan Spice Girls, di mana beliau dinamakan Scary Spice. Dengan lebih 85 juta rekod dijual serata dunia, kumpulan ini menjadi kumpulan wanita terlaris sepanjang zaman.

Mel B
Mel B New York 2017.jpg
Mel B pada 2017
Kelahiran
Melanie Janine Brown

(1975-05-29) 29 Mei 1975 (umur 45)
Nama lain
  • Melanie G
  • Mel G
  • Melanie B
  • Scary Spice
PendidikanIntake High School
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • rapper
  • penari
  • personaliti televisyen
  • penerbit
  • pengarang
  • pelakon
Tahun aktif1994–kini
Nilai bersihAS$50 juta (ang. 2015)[1]
Pasangan
  • Jimmy Gulzar (k. 1998; c. 2000)
  • Stephen Belafonte (k. 2007; c. 2017)
Pasangan
Anak3
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Semasa kumpulan ini berehat, Brown melancarkan album solo pertamanya Hot. Single utama album ini, "I Want You Back" menduduki nombor satu do Carta Single UK, dan dimuatkan dalam runut bunyi untuk filem 1998 Why Do Fools Fall in Love. Single lain dari album ini termasuk "Tell Me" dan "Feels So Good" yang kedua-duanya menduduki 5 teratas di UK. Selepas menandatangani kontrak bersama label bebas Amber Café, beliau melancarkan album solo keduanya L.A. State of Mind, yang mempertaruhkan single "Today". Brown melancarkan "For Once in My Life" pada 2013, single pertamanya dalam tempoh lapan tahun. Ia menaiki No. 2 di carta Billboard Hot Dance Club Songs.[3]

Brown juga telah membuat kemunculan di televisyen. Pada tahun 2007, beliau menyertai musim kelima rancangan realiti tarian Amerika Syarikat Dancing with the Stars, mendapat tempat kedua bersama rakannya Maksim Chmerkovskiy. Antara 2011 dan 2016, beliau berkhidmat sebagai juri tetap dan undangan dalam versi Australia dan British rancangan The X Factor. Beliau juga ialah hos bersama Dancing with the Stars versi Australia untuk satu musim pada 2012. Dari 2013 sehingga 2019, Brown berkhidmat sebagai juri rancangan realiti NBC America's Got Talent dan America's Got Talent: The Champions. Beliau berkhidmat sebagai jurulatih dan juri The Voice Kids Australia pada 2014. Sejak 2016, beliau juga mengacarakan Lip Sync Battle UK bersama rapper Professor Green.

Beliau juga telah bergiat aktif sebagai pelakon dalam filem termasuk: Spice World (1997), LD 50 Lethal Dose (2003), The Seat Filler (2005), Tinker Bell and the Legend of the NeverBeast (2014), Chocolate City: Vegas Strip (2017) dan Killing Hasselhoff (2017).

FilemografiSunting

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1993 Coronation Street Amy Nelson Watak berulang
1999 Pure Naughty Penyampai
2001 This Is My Moment Penyampai
2002 Voodoo Princess Penyampai Dokumentari televisyen
2003 Burn It Claire McAdams Watak utama
2005 Bo' Selecta! Dirinya sendiri Episod: "Avid Merrion's Christmas Special"
2007 Dancing with the Stars Peserta Musim 5
2007 Entertainment Tonight Wartawan
2008 Access Hollywood Wartawan
2008 Miss Universe 2008 Penyampai
2008 The Singing Office Penyampai
2008 Step It Up and Dance Juri tamu Episod: "A Scary Surprise"
2009 Loose Women Panellist Siri 14
2009 Living on the Breadline Mother Dokumentari televisyen
2010 Dance Your Ass Off Penyampai Musim 2
2010 Mel B: It's a Scary World Dirinya sendiri Televisyen realiti
2010–2012 The X Factor Australia Juri / Mentor Musim 2 (tetamu)
Musim 3–4 (pengetua)
2011 Secret Diary of a Call Girl Sylvia Burke Episod: "4.8"
2012 The Spice Girls Story: Viva Forever! Dirinya sendiri Dokumentari televisyen
2012 Dancing with the Stars Penyampai Musim 12
2012 Britain's Next Top Model Juri / Mentor Episod: "13 August 2012"
2012–2016 The X Factor UK Juri / Mentor Musim 9 dan 13 (tamu)
Musim 11 (pengetua)
2013 Stepping Out Juri
2013–2018 America's Got Talent Juri Musim 8 — 13
2013 Twelve Trees of Christmas Cordelia Filem televisyen
2014 Whose Line Is It Anyway? Dirinya sendiri Episod: "Mel B"
2014 The Voice Kids: Australia Juri / Mentor
2014 The Pro Dirinya sendiri Filem televisyen
2014 Black Dynamite Connie Lingus Suara; Episod: "How Honeybee Got Her Groove Back"
2014 Text Santa Pengawal Santa Televisyen khas
2015 RuPaul's Drag Race Juri tamu Episod: "ShakesQueer" dan "Countdown to the Crown"
2016 Running Wild With Bear Grylls Dirinya sendiri Episod: "7 September 2016"
2016–2018 Lip Sync Battle UK Penyampai[4]
2016 The X Factor Australia Mentor / Juri Musim 8
2018 Loose Women Panelis tetap
2019 America's Got Talent: The Champions Juri
2019 Celebrity Juice Team Captain 1 siri

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1997 Spice World Scary Spice
1998 Creche Landing Lola Suara
2003 LD 50 Lethal Dose Louise
2004 Happy Birthday Oscar Wilde Dirinya sendiri Dokumentari
2005 The Seat Filler Sandie
2005 Telling Lies Maggie Thomas
2006 Love Thy Neighbor Lonnie
2007 Giving You Everything Dirinya sendiri Dokumentari
2014 Tinker Bell and the Legend of the NeverBeast Fury Suara (versi UK)
2017 Chocolate City: Vegas Strip[5] Brandy
2017 Killing Hasselhoff Dirinya sendiri
TBA Blazing Samurai The Giraffe Suara; pos-produksi

PentasSunting

Tahun Tajuk Peranan
2004 Rent Mimi Marquez
2016–17 Chicago Roxanne "Roxie" Hart
2019 Brutally Honest Dirinya sendiri

DiskografiSunting

  • Hot (2000)
  • L.A. State of Mind (2005)

BibliografiSunting

  • Brown, Melanie. (2002). Catch a Fire: The Autobiography. Headline Book Publishing. ISBN 978-0755310630
  • Brown, Melanie. (2018). Brutally Honest. Quadrille Publishing Ltd. ISBN 9781787133525

RujukanSunting

  1. ^ "Who would benefit most from a Spice Girls reunion?". Express. 15 August 2012. Dicapai pada 5 January 2017.
  2. ^ "Mel B". MTV. Diarkib daripada yang asal pada 5 April 2010. Dicapai pada 7 February 2010.
  3. ^ "Dance Songs: Top Dance Music Chart".
  4. ^ Lee, Ben (3 August 2015). "A UK version of Lip Sync Battle is coming to Channel 5". Digital Spy. Dicapai pada 3 August 2015.
  5. ^ "A Spice Girl Is Joining The Chocolate City Sequel Cast". Dish Nation. Dicapai pada 6 May 2010.

Pautan luarSunting