Buka menu utama

Wikipedia β

Monorel Melaka

(Dilencongkan dari Melaka Monorail)
Monorel Melaka
Gerabak monorel Melaka

Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel di Bandaraya Melaka, Melaka. Projek itu yang diusahakan oleh Agibs Engineering and Construction Sdn. Bhd. dan dimiliki oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Isi kandungan

PembinaanSunting

Kos pembinaan projek ini pada mulanya dianggarkan sebanyak RM 28 Juta tetapi telah berkurang kepada RM 16.5 Juta.[1]Ia mula dibina pada Mei 2008.Pada mulanya, monorel yang dicadangkan dapat memuatkan sebanyak 88 orang tetapi berkurang kepada 22 orang dan bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa.Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010.[2]

Fasa kedua projek monorel ini pada mulanya dirancang dengan landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadhuys.Namun begitu, ianya diubah dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer.Fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.Proses pembinaan fasa dua bermula pada bulan Disember 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.[3] Namun begitu, projek ini telah terbengkalai.

LaluanSunting

Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Keluasan setiap stesen monorel ini ialah seluas 2,500 kaki persegi.

KelemahanSunting

 
Antara laluan monorel Melaka yang terbengkalai

Akibat pelbagai masalah yang timbul, perkhidmatan monorel ini pernah dihentikan selama beberapa bulan.[4] Perkhidmatan ini telah tergendala sekurang-kurangnya 22 kali setakat November 2011.[5]

Kelemahan Melaka Monorel merujuk kepada beberapa kejadian Melaka Monorail terhenti di tengah perjalanan pada 2010 dan 2011. Monorel sepanjang 1.6 km ini dibina di sepanjang Sungai Melaka, bukan untuk tujuan pengangkutan awam tetapi lebih kepada tarikan pelancongan.

Pada 2010, 20 penumpang terperangkap di dalam gerabak monorel apabila ia terhenti kira-kira 100 meter dari Stesen Hang Jebat. Padahal ia baru dilancarkan pada Oktober 2010.

Pada 1 November 2011, gerabak Melaka Monorel terhenti secara tiba-tiba dan mengakibatkan dua orang pelancong Britain terperangkap selama 1 jam. Bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft yang ingin melihat keindahan panorama bandaraya Melaka terpaksa membatalkan niat mereka. Gerabak berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari, 1 November 2011.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berjaya menurunkan mereka menggunakan tangga. Pihak monorel telah memulangkan bayaran tiket dan memberi mereka cenderahati serta memberi mereka tiket menaiki Menara Taming Sari pula. Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, iaitu pengendali perkhidmatan itu, Nazry Ahmad menjelaskan bahawa kejadian itu disebabkan masalah pam pada salah satu pintu gerabak. Sistem monorel secara automatik akan menghentikan operasi apabila pintu gerabak tidak ditutup.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad menjelaskan bahawa Melaka Monorel diberhentikan sementara demi menjaga imej pelancongan di mata dunia. Lima jurutera SPAD dan prasarana KL Monorail mendapati operator monorel gagal memenuhi beberapa spefikasi utama keselamatan penumpang.SPAD mencadangkan kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak. Monorel buatan China itu patut ada manual berbahasa Melayu atau Inggeris bagi memudahkan pembaikan dan penyelenggaraan jika berlaku kerosakan. Cengkaman tayar tidak kuat terutama pada waktu hujan. Penggunaan tangga setinggi lima meter milik Jabatan Bomba tidak sesuai untuk menyelamatkan mangsa.[6][7][8]

Diberhentikan kali keduaSunting

Pada 3 Disember 2011, Operasi Monorel Melaka yang diberhentikan buat kali kedua. Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad menjelaskan bahawa pemberhentian itu berpunca daripada kerosakan teknikal pada sistem pengendalian automatik untuk menggerakkan monorel yang boleh membahayakan nyawa penumpang. Pihak pengendalinya, Syarikat Melaka Taming Sari belum meletakkan cat termoplastik pada permukaan landasan bagi mengatasi masalah wheel slip.[9]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Melaka bakal miliki monorel RM28 juta 2009". Utusan Malaysia. 7 Mac 2008. Dicapai pada 27 Ogos 2015. 
  2. ^ (Inggeris)"Proud day for Malacca". 2010-10-21. Dicapai pada 2010-11-06. 
  3. ^ "Projek monorel kedua tetap diteruskan". Utusan Malaysia. 14 Disember 2011. Dicapai pada 27 Ogos 2015. 
  4. ^ (Inggeris)"Malacca's monorail service comes to a stop". 2010-12-11. Dicapai pada 2011-01-06. 
  5. ^ (Inggeris)Allison Lai (28 November 2011). "Malacca monorail stalls after rain, 18 HK tourists stranded". The Star. Dicapai pada 29 November 2011. 
  6. ^ KM tak puas hati SPAD gantung monorel Melaka
  7. ^ Pelancong Britain terperangkap dalam monorel
  8. ^ Sering tergendala: SPAD periksa monorel Melaka
  9. ^ Monorel Melaka dihenti lagi