Buka menu utama

Tan Sri Melan Abdullah atau 'Pak Melan' merupakan Ketua Pengarang Utusan Melayu. Pejabat Utusan Melayu ketika itu terletak di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Latar belakangSunting

Melan Abdullah lahir pada 24 April 1919 di Kampung Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Nama sebenarnya ialah Mohamad Ramadhan, keturunan Jawa.Bapanya, Abdullah bin Yahya (Joyosmarom) merantau dari Jawa Tengah. Melan memakai nama samaran Iskandar Muda dalam puisi, cerpendan drama radio pada tahun 1940-an.

Utusan menyokong Bahasa Inggeris 1967Sunting

Ramai orang Melayu terkejut apabila Utusan Melayu menyokong Tunku Abdul Rahman yang menyambung peranan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada 1967.Pada 2 Mac 1967, Perarakan Keranda 152 seramai 1000 orang di DBP telah membakar akhbar Utusan Melayu (Jawi) dan mahu membakar hidup-hidup ketua pengarangnya Melan Abdullah. Mereka menjerit-jerit “Utusan Melayu pengampu”, “Lidah UMNO”, “Biarkan bankrap” dan “Bakar Melan Abdullah Pengarang Utusan Melayu.” Gambar Tunku turut dibakar oleh pejuang-pejuang bahasa.Ketika itu DBP diketuai oleh Syed Nasir Syed Ismail (Tan Sri).

Dihadapkan ke mahkamahSunting

Melan Abdullah dan Abdul Samad Ahmad dibicarakan di Mahkamah Tengah Khas dan didapati bersalah oleh Yang Dipertua Kanan Ng Mann Sau pada 18 Jun 1971 atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut bertajuk “Hapuskan Sekolah aliran Cina dan Tamil” .Peguam Senator Kamarul Ariffin dan Raja Abdul Aziz dan Samuel Mathews dilantik untuk membela Melan . Peguam Kanan Persekutuan Gunn Chit Tuan telah menjalankan pendakwaan dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdullah Ngah.

Melan dan Abdul Samad dituduh di bawah Akta Menghasut 1948 pindaan 1969 didenda RM500 dan Abdul Samad RM1,000.Ucapan Musa Hitam (bekas Timbalan Perdana Menteri) pada 5 April 1971 di Parlimen telah diputar-belitkan. [1]

RujukanSunting