Melastik Ke Hatimu
Melastik Ke Hatimu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Azmi Hatta dibintangi oleh Janna Nick dan Andi Bernadee. Diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Aqma Dee, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 21 Januari hingga 11 Februari 2021 menggantikan Hadiah Dari Tuhan.[1]
Melastik Ke Hatimu | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Pencinta Setiamu" oleh Usop |
Lagu penutup | "Pencinta Setiamu" oleh Usop |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Norshahila Harun Shah |
Penerbit | Dato Sri Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 21 Januari 2021 – 11 Februari 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hadiah Dari Tuhan |
Diikuti oleh | Romantika 4 Hari 3 Malam |
SinopsisSunting
Mengisahkan Haura Annisa, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim Johari tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.
Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad Nazhan, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang sering tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Akhirnya mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula cuba mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim seorang. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.
Sedang mereka melakar bahagia, musibah telah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Janna Nick[2] sebagai Haura Annisa
- Andi Bernadee[3] sebagai Ziyyad Nazhan
Pelakon pembantuSunting
- Hafidz Roshdi sebagai Naim Johari
- Norman Hakim sebagai Jeffri
- Wani Kayrie sebagai Fatin
- Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
- Azrel Ismail sebagai Azzam Daniel
- Idzham Ismail sebagai Loqman
- Ridzuan Hashim sebagai Kadir
- Aleza Shadan sebagai Sofia
- Azizah Mahzan sebagai Mak Limah
- Jalaluddin Hassan sebagai Wan Asri
- Wanna Ali sebagai Natasya
- Afifah Nasir sebagai Ain
- Cassia Iman sebagai Inayah
- Ezzrin Loy sebagai Nadim
- Noniswara sebagai Nik Shaima
- Aliff Zulkarnain sebagai Hilman
- Sharifah Radziah Syed Zainal Abidin sebagai Mak Leha
- Zetty Ludin sebagai Rosmah
- Fazira Shafinaz sebagai Hanis
- Farah Wahida sebagai Watie
SambutanSunting
EPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | PENARAFAN TERTINGGI | JUMLAH TONTONAN | ATAS TALIAN | SUMBER |
---|---|---|---|---|---|
N/A | N/A | [4][5] |
RujukanSunting
- ^ Drama Melastik Ke Hatimu MyInfotaip (20 Januari 2021). Dicapai 21 Januari 2021.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (31 Januari 2021). Janna seronok jadi Haura Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2021.
- ^ Buka aib sendiri, demi drama Melastik Ke Hatimu, Andi Bernadee terpaksa tinggalkan diri Diarkibkan 2021-02-04 di Wayback Machine Hot FM. 4 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
- ^ Danial Affiq (22 Februari 2021). "14 juta penonton layan Takdir Yang Tertulis". Oh Bulan!. Dicapai pada 28 Februari 2021.
- ^ Norhayati Nordin (24 Februari 2021). "Samarinda, Lestary sama hebat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2021.