Melati (Upin & Ipin)

Cikgu Melati (lahir di Pahang, 8 Januari 1980; umur 40 tahun) ialah guru kelas Aman di Tadika Mesra, menggantikan Cikgu Jasmin yang pergi menimba ilmu di Kuala Lumpur mulai episod "Terima Kasih Cikgu!".

Melati Nurul Ali
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Aliya
Informasi
Nama panggilanMelati
GelaranCikgu Melati
SpesiesManusia
JantinaPerempuan
PekerjaanGuru Tadika Mesra
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

RupaSunting

Cikgu Melati boleh disifatkan sebagai seorang pemudi yang berwajah ayu dan molek dan berbadan ramping. Kepalanya agak kecil dan matanya agak besar jika dibandingkan dengan watak-watak dewasa yang lain.

PerwatakanSunting

Cikgu Melati merupakan seorang guru yang ceria, manis dan peramah. Dia gemar mengangkat isyarat V dekat dahi sewaktu mengajar.