Buka menu utama

Melayu Islam Beraja (MIB; Jawi: ملايو اسلام براج) adalah falsafah kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang digunakan. MIB telah secara rasmi diproklamasi sebagai falsafah nasional untuk Negara Brunei Darussalam pada kemerdekaan Negara Brunei 1 Januari 1984 oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah.

MIB dijelaskan sebagai "campuran bahasa Melayu, budaya dan adat Melayu, ajaran Syariat dan nilai Islam dan sistem monarki yang seharusnya dihormati dan diamalkan oleh semua rakyat" Dengan Islam sebagai agama negara dan agama rasmi Brunei Darussalam, ia menolak konsep sekularisme, menjadikan Islam sebagai peranan sangat penting bagi setiap panduan hidup umat Islam Brunei.[1]

Nota dan rujukanSunting

  1. ^ Laman sesawang rasmi Kerajaan Negara Brunei Darussalam : "National Philosophy". Dicapai pada 30 Mei 2006.