Nur Imelda Ahmad (lahir 23 Oktober 1991) merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi pada zaman kegemilangan muzik indie pada tahun 2009 di Malaysia melalui lagu "Putus" dan "Kimia" yang ditulis oleh beliau sendiri. Beliau juga turut menjadi pelakon utama untuk drama realiti Gadis Semasa Sunsilk arahan Bernard Chauly bersama rakan beliau Ain Edruce.[1]

Melda Ahmad
Melda Ahmad.jpg
KelahiranNur Imelda binti Ahmad
(1991-10-23) 23 Oktober 1991 (umur 28)
Mentakab, Pahang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanSarjana Muda Perniagaan Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara (UiTM)
Pekerjaanpenyanyi, penulis lirik, pelakon, usahawan
Tahun aktif2009–kini
Terkenal keranaGadis Semasa Sunsilk
Kerjaya muzik
GenrePop, Indie, Alternatif
InstrumenVokal

Kehidupan peribadiSunting

Melda Ahmad dilahirkan di Mentakab, Pahang dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Perniagaan Muzik di Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

Beliau telah menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2013 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

KerjayaSunting

Melda telah mula bergiat aktif dalam bidang nyanyian semenjak zaman persekolahan lagi. Beliau pertama kali muncul di kaca televisyen seawal umur 12 tahun dalam rancangan nyanyian Who Will Win yang dihoskan oleh Azizan Nin di ntv7. Ketika usia remaja, beliau banyak terlibat dengan rakaman demo lagu, persembahan gig dan muzik indie. Setelah itu, beliau cuba untuk menghasilkan lagunya sendiri dan memuat naik lagunya ke laman sesawang Myspace. Lagu "Kimia & Putus" yang ditulisnya mula tular di laman YouTube yang membuatkan dirinya mula dikenali ramai.[2]

Pada tahun 2010, beliau telah menerima tawaran berlakon bagi drama realiti bersiri sebanyak 13 episod bertajuk Gadis Semasa Sunsilk oleh syarikat produksi Red Communications yang bersiaran di TV3.[3] Melalui platform drama realiti itu, beliau mendapat peluang untuk bekerjasama bersama bintang Wardina Safiyyah, pendandan rambut tersohor Bambang Soteto dan komposer Ajai. Hasil kerjasama beliau bersama Ajai, sebuah single telah diterbitkan bersempena dengan drama realiti Gadis Semasa Sunsilk tersebut iaitu "Aku Adalah Aku" nyanyian Melda dan muzik videonya ialah arahan Shamyl Othman. Selain itu, konsert Gadis Semasa Sunsilk telah diadakan bagi meraikan transformasi yang telah berlaku terhadap Melda untuk menjadi seorang bintang.[4] Beliau telah berkongsi pentas bersama penyanyi ratu rock Malaysia Ella, Yuna, Hujan dan One Nation Emcees.[5]

Pada Ogos 2018, Melda melancarkan single "Kau Takkan Tahu" dengan duet bersama Zizan Razak.[6][7][8]

DiskografiSunting

Single
Tahun Tajuk Catatan
2009 "Putus"
"Kimia"
2011 "Aku Adalah Aku" Lagu runut drama Gadis Semasa Sunsilk
2014 "Cermin" bersama Caprice
2018 "Kau Takkan Tahu" bersama Zizan Razak

FilemografiSunting

Drama
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Gadis Semasa Sunsilk Melda TV3
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Jalan-Jalan Cari Makan Tetamu Undangan TV3
Nasi Lemak Kopi O Tetamu Undangan TV9
Selamat Pagi Malaysia Tetamu Undangan TV1
2014 Malaysia Hari Ini Tetamu Undangan TV3
Wanita Hari Ini Tetamu Undangan TV3

RujukanSunting

  1. ^ "Gadis Semasa Sunsilk Di TV3 Hari Ini". mSTAR Online. 11 Januari 2011. Diarkib daripada yang asal pada 9 Oktober 2018. Dicapai pada 9 Oktober 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ Kisah Melda dari YouTube ke TV Utusan Malaysia (1 Februari 2011). Diperoleh pada 9 Oktober 2011.
  3. ^ Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad Sensasi Selebriti (26 Januari 2011). Diperoleh pada 9 Oktober 2011.
  4. ^ Gadis syampu buat konsert Kosmo! (10 April 2011). Diperoleh pada 9 Oktober 2011.
  5. ^ Melda Teruja Beraksi Dengan Artis Hebat mSTAR Online (23 Mac 2011). Diperoleh pada 9 Oktober 2011.
  6. ^ Kemalia Othman (15 Oktober 2018). "Zizan perkenal pemilik suara dalam 'Kau Takkan Tahu', netizen tegur iras Ayda Jebat". mSTAR Online. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  7. ^ Najiy Jefri (17 Ogos 2018). "Bidang nyanyian pun menjadi". Harian Metro. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  8. ^ Melda Ahmad - gadis misteri di sebalik Kau Takkan Tahu Malaysiakini (23 Oktober 2018). Dicapai pada 27 Oktober 2018.

Pautan luarSunting