Melodi (rancangan TV)

Melodi merupakan rancangan berbentuk hiburan yang menawarkan pelbagai perkembangan artis, pelakon, pengarah dan selebriti dari Malaysia. Mula disiarkan pada hari Ahad 10 Januari 1988, rancangan ini turut menyajikan ulasan album terbaru, majlis, gosip terbaru, temuramah bersama selebriti, carta filem dan sebagainya. Rancangan ini pada awalnya disiarkan selama 30 minit selama lebih 10 tahun sehingga Ahad, 28 Disember 2003. Melodi mula bersiaran 1 jam pada hari Ahad, 4 Januari 2004, pada pukul 1:30 tengah hari, untuk menggantikan rancangan Nona yang direhatkan selama tiga bulan. Pada hari Ahad, 6 Jun hingga Ahad, 26 Disember 2004, Melodi kembali disiarkan selama 30 minit, sebelum mula disiarkan 1 jam secara kekal mulai Ahad, 2 Januari 2005.

Melodi
Melodi2013.jpg
GenreHiburan, gosip
Pengacara
Pencerita suara latar
  • Khairul Anuar Azmi
  • Tabah Syazwan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifJamil Hassan
PenerbitMichelle Wee
LokasiSri Pentas, Bandar Utama
Tempoh siaran
  • 30 minit seminggu
    (10.01.1993 - 28.12.2003)
  • 1 jam seminggu
    (04.01.2004 - 31.12.2017, 01.08.2021 - kini)
  • 1 jam 30 minit
    (07.01.2018 - 25.07.2021)
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Siaran asal10 Januari 1988 – kini

Rancangan ini mendapat rating yang tinggi bagi penonton yang mana rancangan ini disiarkan secara langsung dari Studio B, Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor selama 1 jam pada setiap hari Ahad pada pukul 12:30 tengah hari.

Mulai 7 Januari 2018, Melodi akan bersiaran pada jam 12:00 tengah hari selama 1 jam 30 minit.

Mulai 1 Ogos 2021, Melodi kembali bersiaran pada jam 12:30 tengah hari selama 1 jam.

Pengacara & WartawanSunting

Pasukan Wartawan SekarangSunting

  • Michelle Wee
  • Nuraisyah Maswan
  • Ferra Mazlan
  • Izzad Farhan

Penolong Penerbit

  • Nuraisyah Maswan

Penyunting Visual

  • Izwansyah
  • Firas Azhad

Bekas WartawanSunting

  • Aznil Nawawi
  • Azmi Jamsari
  • Azwan Ali
  • Intan Suraya
  • Nas Ahmad
  • Zuan Azmi
  • Noradillah Abdullah
  • Suhairiyah
  • Nik Syafiq
  • Nurul Izza
  • Izz Fizz

PengacaraSunting

Tahun Pengacara Penerbit
1988-1993 Mahadzir Lokman Nik Ramzi Nik Hassan
1993-1996 Fauziah Ahmad Daud
Yusmal Ghazali (Mat Kepo)
Azwan Ali
1997-1998 Fauziah Ahmad Daud
Saiful Apek
Michael Christian Simon
1999 Fauziah Ahmad Daud
Saiful Apek
Haliza Misbun1
Azhar Borhan
2000 Haliza Misbun
Adiel Abdul Ghaffar
Ziana Zain2
Raja Azura3
Jamil Hassan
2001-2003 Raja Azura
Yassin Yahya
Adiel Abdul Ghaffar
Sheila Rusly4
Jamil Hassan
2003-2004 Aznil Nawawi Jamil Hassan
2005-2009 Fara Fauzana
Abdul Wahid
Nas Ahmad
2010-2012 Awal Ashaari
Dira Abu Zahar
Zizan Razak5
Azman Abdul Ghaffar
2013-2014 Awal Ashaari
Zizan Razak
AG Azmeer6
Michelle Wee
2015 Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Michelle Wee
2016-2017 Awal Ashaari
AG Azmeer
Michelle Wee
2018-2019 Ajak Shiro
Janna Nick
Michelle Wee
2020-Jul 2021 Awal Ashaari
Janna Nick
Noradillah Abdullah (Adeed)
2021-Jun 2022 Nabila Huda
Elly Mazlein7
Affendy Jailani
2022-kini Ain Edruce
Haziq Hussni
Michelle Wee
  • ↑Nota 1  Menggantikan Fauziah (yang bersara) selepas separuh musim.
  • ↑Nota 2  Mengendalikan Melodi selama dua bulan selepas separuh musim.
  • ↑Nota 3  Mengambil alih Melodi di penghujung musim.
  • ↑Nota 4  Menggantikan Raja Azura (yang cuti bersalin) selepas separuh musim pada 2003.
  • ↑Nota 5  Menggantikan Dira Abu Zahar (yang berhenti) selepas separuh musim pada 2012.
  • ↑Nota 6  Menggantikan Zizan Razak (yang berhenti) selepas separuh musim pada 2014.
  • ↑Nota 7  Elly Mazlein menggantikan Nabila Huda apabila bercuti atau sakit.