Memanah di Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Memanah di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan berlangsung dari 25 Julai hingga 4 Ogos 2024 di Les Invalides, Paris, Perancis. Pusingan penentuan ranking akan diadakan pada 25 Julai manakala pertandingan yang sebenar akan bermula 28 Julai.[1]

Memanah
di Sukan Olimpik XXXIII
TempatLes Invalides
Tarikh25 Julai — 4 Ogos 2024
Bil. acara5
Pesaing128 (dijangka)
← 2020
2028 →

Kelayakan sunting

Terdapat 128 tempat yang diberikan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024, 64 untuk lelaki dan 64 untuk perempuan. Standard kelayakan telah dikeluarkan oleh World Archery pada 12 April 2022.[2]

Setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dibenarkan untuk menghantar maksimum enam peserta (tiga bagi setiap jantina) ke Sukan Olimpik 2024. Bagi JOK yang layak dalam acara berpasukan dalam satu jantina, mereka boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga atlet ke acara berpasukan dan ketiga-tiga atlet tersebut juga boleh bertanding dalam acara individu. Terdapat 12 slot pasukan bagi setiap jantina, oleh itu 36 individu akan layak ke Sukan Olimpik melalui kelayakan acara berpasukan. JOK yang lain pula boleh mendapat maksimum satu tempat bagi setiap jantina bagi acara individu.[3]

Pasukan Perancis akan memperoleh enam slot (tiga bagi setiap jantina) secara automatik, manakala empat slot yang lain (dua bagi setiap jantina) akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tripartit. 118 slot yang lain pula diperuntukkan melalui proses kelayakan, di mana pemanah akan memperoleh slot kelayakan bagi JOK masing-masing tetapi bukan semestinya bagi diri sendiri.[3]

Berbeza dengan Sukan Olimpik 2020, hanya tiga pemenang yang tertinggi dalam acara berpasukan di Kejohanan Dunia akan memperoleh slot kelayakan. Slot yang lain akan diperuntukkan melalui Kejohanan Benua (3), Kejohanan Kelayakan Dunia (3) dan mengikut ranking dunia (2).[2] Bagi acara berpasukan campuran pula, satu slot akan diberikan dalam setiap Kejohanan Benua, atau melalui Kejohanan Kelayakan Dunia sekiranya acara berpasukan campuran tidak dipertandingan dalam Kejohanan Benua tersebut.[3] Kemungkinan untuk menambah slot kelayakan bagi atlet pelarian dalam edisi ini juga sedang dibincangkan.[2]

Untuk layak ke dalam Sukan Olimpik selepas sebuah JOK memperoleh satu slot kelayakan, setiap pemanah mestilah mencapai Skor Kelayakan Minimum (MQS) yang berikut:

  • Lelaki: 640 dalam pusingan 70m
  • Wanita: 610 dalam pusingan 70m

MQS ini mesti dicapai antara hari pertama Kejohanan Memanah Dunia 2023 dan 28 Jun 2024 dalam acara yang diiktiraf oleh World Archery.[2]

Garis masa sunting

Acara Tarikh Tempat
Sukan Asia 2022 10–25 September 2022   Hangzhou
Kejohanan Memanah Dunia 2023 28 Julai – 6 Ogos 2023   Berlin
Sukan Eropah 2023 21 Jun – 2 Julai 2023   Kraków
Sukan Pasifik 2023 14–28 Julai 2023   Honiara
Sukan Seluruh Amerika 2023 20 Oktober – 5 November 2023   Santiago
Sukan Afrika 2023 Akan ditentukan   Accra
Kejohanan Benua Akan ditentukan Akan ditentukan
Kejohanan Kelayakan Dunia Akhir Akan ditentukan Akan ditentukan

Pemenang sunting

Acara Emas Perak Gangsa
Individu lelaki
butiran
Berkumpulan lelaki
butiran
Individu wanita
butiran
Berkumpulan wanita
butiran
Berkumpulan campuran
butiran

Rujukan sunting

  1. ^ "Paris 2024 Olympic Competition Schedule by session" (dalam bahasa Inggeris). POCOG. 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  2. ^ a b c d Wells, Chris (12 April 2022). "Olympic qualification procedure released for archery at Paris 2024". World Archery (dalam bahasa Inggeris). Lausanne. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  3. ^ a b c "Qualification system - Games of the XXXIII Olympiad - Paris 2024". World Archery (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.

Pautan luar sunting