Memanah di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024

Memanah di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 dijadualkan unter berlangsung di Les Invalides yang terletak di Paris, Perancis dari 27 Ogos hingga 4 September 2024.[1] Sebanyak 140 atlet dari dua kategori akan bertanding dalam 9 acara.

Memanah
di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
LokasiLes Invalides
Tarikh29 Ogos - 5 September 2024
Pesaing140 atlet
← 2020
2028 →

Kelayakan sunting

Tempoh kelayakan untuk Sukan Paralimpik 2024 adalah dari 1 Julai 2023 hingga 1 Julai 2024. Slot kelayakan adalah diberi kepada JPK dan bukannya atlet. Setiap atlet hanya boleh memperoleh satu (1) slot kelayakan untuk JPKnya. Bagi pengagihan slot melalui Jemputan Jawatankuasa Dwipihak pula, slot kelayakan adalah diberi kepada atlet dan bukannya JPK. Setiap JPK hanya boleh memperoleh maksimum dua (2) slot bagi setiap acara pingat individu. Sesebuah JPK secara automatiknya diberi maksimum satu (1) slot untuk sebuah pasukan yang terdiri daripada satu (1) atlet lelaki dan satu (1) atlet perempuan yang layak sekiranya mereka ada atlet yang bertanding dalam kedua-dua jantina. Anggota pasukan adalah dipilih daripada atlet-atlet yang bertanding dalam acara individu.[2]

Cara Layak Tarikh Lokasi Bilangan Slot
Kejohanan Para Memanah Dunia 2023 17 – 23 Julai 2023   Pilzen 78 slot

Individu: 32 lelaki 22 perempuan
Pasukan: 12 lelaki 12 perempuan

Kejohanan Kelayakan Benua 2023 (Eropah) 10 - 20 Ogos 2023   Rotterdam 10 slot

5 lelaki 5 perempuan

Kejohanan Kelayakan Benua 2023 (Asia) 16-25 November 2023   Bangkok 10 slot

5 lelaki 5 perempuan

Sukan Parapan Amerika 17-26 November 2023   Santiago 10 slot

5 lelaki 5 perempuan

Kejohanan Kelayakan Benua 2024 (Afrika/Oceania) TBD   Dubai 6 slot

3 lelaki 3 perempuan

Kejohanan Kelayakan Dunia 2024 TBD   Dubai 12 slot

6 lelaki 6 perempuan

Pengagihan Tuan Rumah - - 6 slot

3 lelaki 3 perempuan

Pengagihan Jemputan Jawatankuasa Dwipihak TBD - 8 slot

4 lelaki 4 perempuan

Jumlah 140

Kategori sunting

140 peserta (80 lelaki dan 60 perempuan) akan bertanding dalam 9 acara.[3]

  • Individu W1 (Lelaki/Perempuan)
  • Individu Compound - Terbuka (Lelaki/Perempuan)
  • Individu Recurve - Terbuka (Lelaki/Perempuan)
  • Kumpulan W1 (Campuran)
  • Kumpulan Compound - Terbuka (Campuran)
  • Kumpulan Recurve - Terbuka (Campuran)

Klasifikasi sunting

Terdapat dua klasifikasi bagi memanah dalam Sukan Paralimpik 2024:

  • W1: Atlet yang mempunyai kecatatan pada kedua-dua tangan dan kakinya serta menggunakan kerusi roda
  • Terbuka: Atlet yang mempunyai kecatatan pada kakinya atau mempunyai masalah keseimbangan dan memanah dengan berdiri atau duduk di bangku.

Penyertaan sunting

Keputusan sunting

Jadual pingat sunting

KedudukanNPCEmasPerakGangsaJumlah
Jumlah (0 NPC)0000

Pemenang sunting

Acara Emas Perak Gangsa
Individu Recurve - Terbuka (lelaki)
Individu Recurve - Terbuka (perempuan)
Kumpulan Recurve - Terbuka (campuran)
Individu W1 (lelaki)
Individu W1 (perempuan)
Kumpulan W1 (campuran)
Individu Compound - Terbuka (lelaki)
Individu Compound - Terbuka (perempuan)
Kumpulan Compound - Terbuka (campuran)

Rujukan sunting

Sumber yang dirujuk sunting

  1. ^ "Competition Venue Concept". paris2024.org.
  2. ^ "Paris 2024 Paralympic Games Qualification Regulations" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 5 Mei 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 7 Mei 2023. Dicapai pada 5 Jun 2023.
  3. ^ "Para Archery". paris2024.org.