Memori Cinta Suraya

Memori Cinta Suraya ialah sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2015 yang diadaptasi daripada telenovela Mexico, A Love to Remember terbitan TV Azteca. Dibintangi oleh Anzalna Nasir dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama,[3] bersama-sama pelakon lain, siri bersiaran di Slot Tiara di Astro Prima dari 17 Ogos 2015 hingga 23 Februari 2016.[4][5]

Memori Cinta Suraya
Genre
Berdasarkan daripada
A Love to Remember oleh TV Azteca
PenciptaAlberto Gomez (cerita asal)
Ditulis olehRozie Rashid
Adzim Shahabuddin (terjemahan)
PengarahMohd Feroz Abd Kader[1]
Dibintangi oleh
Anzalna Nasir
Hisyam Hamid
Afiq Muiz
Marissa Yasmin
Miera Leyana
Iqram Dinzly
Lagu pembukaan"Milikmu Selamanya" oleh Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Milikmu Selamanya" oleh Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod137
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Khairul Anuar Salleh
  • Zaiton Muhd Jiwa
Penerbit
  • Saniboey Mohd Ismail
  • Zetty Adilla Dato' Ramly
  • Zetty Alia Dato' Ramly
Lokasi
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Syarikat pengedaran
Comarex[2]
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Siaran asal17 Ogos 2015 – 23 Februari 2016
Kronologi
Diikuti olehUda & Dara

SinopsisSunting

Mengisahkan Suraya yang menjejaki semula cinta Megat Rayyan yang sudah pulih ingatan. Rayyan merupakan seorang arkitek daripada sebuah keluarga yang kaya. Pesawat peribadinya terhempas di hutan namun dia bernasib baik dan telah diselamatkan oleh Suraya.

Akibat kemalangan itu, dia mempunyai amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Semenjak itu dia dijaga oleh Suraya. Mereka mula jatuh cinta dan berkahwin. Selain itu Suraya terpaksa berdepan dengan makciknya yang begitu membenci dirinya.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu ketika Rayyan menuju ke bandar. Rayyan mendapat semula ingatan lama beliau dan lupa tentang isterinya, Suraya. Sebaliknya, dia mengingati yang dia telah bertunang dengan Irina. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Suraya akan ditinggalkan terus oleh Rayyan?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Penampilan khasSunting

SambutanSunting

Memori Cinta Suraya yang bersiaran dari 17 Ogos hingga 23 Februari 2016 sebanyak 137 episod menjadi antara drama Melayu terpanjang di benua Asia dan paling terpanjang dalam sejarah televisyen Malaysia. Drama ini mendapat sambutan di kalangan peminat tempatan apabila ia berjaya mencecah penarafan 1.5 juta penonton sejak tayangan perdananya.[8]

RujukanSunting

  1. ^ Pengarah berjaya patuh arahan dalam Memori Cinta Suraya mStar Online (8 Ogos 2015). Dicapai pada 9 Ogos 2015.
  2. ^ Roslen Fadzil (12 Disember 2014). Memori Cinta Suraya dilancar di Singapura Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2016.
  3. ^ Ridzuan Abd Rahman (15 Ogos 2015). Tambat hati suami hilang ingatan Harian Metro. Dicapai pada 18 Februari 2016.
  4. ^ Michelle Gun (25 Jun 2015). Di balik tabir Memori Cinta Suraya Harian Metro. Dicapai pada 18 Februari 2016.
  5. ^ Angelin Yeoh (16 Ogos 2015). "Romance, drama, and conflict unfold in Memori Cinta Suraya". Star2. Dicapai pada 16 Ogos 2015.
  6. ^ Norhayati Nordin (6 Mei 2015). Belum tetap tarikh kahwin Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2015.
  7. ^ Michelle Gun (28 Julai 2015). Kukuh nama di bidang seni Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2015.
  8. ^ Ramlah Zainal (2 Mac 2016). Memori Cinta Suraya lakar sejarah Harian Metro. Dicapai pada 18 Februari 2016.